Mahkamah Syariah Daerah Petaling, Petaling Jaya..16 Februari 2009..9.30pg
Isnin 16 Februari 2009 sebutan kes aku mohon cerai kat mahkamah Syariah PJ di Jln Othman jam 9.00 pg. Pada asalnya aku tak tau sapa yang patut ikut aku..nak bawak sapa..untung jugak aku ada penasihat atau lebih tepat lawyer tak bertauliah yang bagi idea..aku kena bawa mak la…dan kalau boleh bawa semua adik-beradik aku…untuk bagi support..akhirnya si aini ( adik ke2 ) sorang je yang ikut..tijah ( adik ke3) tak leh cuti dah sebab 10hb dia dah amik cuti antar si soleha ( adik ke4) ke kursus bakeri tu..mak lak kena jaga ain ( anak ke4..3 thn) yang demam…aini pun oklah bagi penguat semangat..
Pg tu aku bangun kul 5 pg..aku siapkan semua kelengkapan sekolah anak2 aku..kul 2pg pun aku terjaga..tak lena aku dibuatnya..dah la ain demam..si kakak ( anak pertama..9 thn ) muntah la plak..aku berdebar2..tapi aku cuba relaxkan perasaan ini…memang aku cool je…aku buat je sebagaimana aku patut buat tanpa fikir apa yang akan berlaku kat mahkamah kul 9 nanti..lepas antar anak2 ke sekolah..aku terus pergi 3b ( Bandar Baru Bangi )..kul 7.00pg aku dah telefon abg ( bekas suami ) untuk get ready..abg blum bangun tido lagi..abg cakap apa yang call awal2..pergi kul 8pg la..aku kata mana boleh kul 7.30pg kena bertolak dah sebab jalan jem..abg pun kata ok..tepat kul 7.30pg aku sampai depan rumah abg..pintu dah terbuka..suami jiran sebelah tgh sibuk start enjin motor nak hantar anak2 dia pergi sekolah agama..aku call abg..dia jawab..tunggu la dulu jiran sebelah ada kat luar segan la mama..nanti apa dia orang kata..aku kata ok je..tau dak masa tu la abg nak sidai kain..bengang betul aku..aku takut tak sempat sampai kul 9.00pg kat mahkamah..mula2 dia kata dia nak naik avanza..aku kata tak payah la..naik la skali dengan kita orang..bukan apa..aku takut nanti dia tak ikut kete aku..
Ayat pertama abg cakap masa masuk kereta..apa yang sibuk2 nak pergi cepat sangat..bukannya nak pergi berseronok…aku diam je tak cakap apa2 pun..lepas tu tak de sapa2 pun kata apa2..masing2 diam seribu bahasa..abg cuba memecahkan kesunyian..abg tanya ni jln apa..tak de sapa pun yang jawap..pastu abg cakap lagi..mama dah betul2 ke buat keputusan..mama ni tak fikir panjang…cuba mama fikir ..nanti mama hidup jadi janda..tak de sapa nak tolong mama..selama ni pun ayah sabar je tengok mama terjerit2 kat anak..sampai jiran masa kat putrajaya pun cakap mama ni suka bergaduh dengan anak2..aku jwp..kalau mama gaduh dgn budak2 pun sebab mama tension kat ayah la..bukan ayah peduli…pastu abg cakap lagi…nanti mama sakit jiwa..mental mama nanti terganggu..percaya la cakap ayah..mama nak buat semua sorang2…nak amik kakak dgn diyana (anak ke2..7 thn ) lagi amin ( anak ke 3..4 thn ) dan ain lagi..dah la nak duduk kuarters sorang2..kalau sekarang ni boleh la sebab mama duduk dengan mak ..ada orang nak masak..ada orang nak uruskan baju dan main2 dengan budak2..nanti kalau mama duduk kuarter mama akan sakit jiwa punya…aku geram betul dengar abg cakap cam tu..ari tu pasai apa yang suruh aku minta kuarters…ni cakap cam tu lak..benci betul..saja nak susahkan aku…aku hanya jawap..ala jalan jem sangat ni tak sempat sampai kul 9.00pg..ayah punya pasal la ni..janji kul 7.30..masa tu la nak sidai kain…pastu abg cakap..ala bukannya nak pergi seronok2 yang nak cepat sangat tu buat apa…tak sempat2 nak title janda ke..seronok sangat ke dapat title janda..mama tak tau hidup sebagai janda ni..ramai orang akan kata belakang..mama sakit jiwa nanti..mana nak pikir anak mana nak pikir diri mama..lagi pun mahkamah ni bukan leh selesai hari ni..mesti tangguh2…entah2 2 ke tiga tahun baru selesai…aku geram betul…aku balas balik..kalau ayah tak lepaskan mama dan susahkan mama siap la..semua mama cerita..mama tak kira dah..nak selesai cepat ayah kena lepas mama..jgnlah susahkan mama.!!!.masa tu aku menangis..sebak……..
Kami sampai kat mahkamah jam 9.15pg..aku risau sangat takut kena tangguh ke sebab aku dah lambat..nasib memang menyebelahi aku..ada tempat parking khas untuk kelisa aku..abg kata..mama dah booking ke parking ni….tension betul aku dengar kata2 abg..aku tau dia saja nak bagi aku bengang..aku buat tak tau je..aku terus masuk dalam mahkamah..aku tanya kat kaunter mana dewan 2..petugas kat situ jawab..hari ni semua kes di dewan 1..aku pun masuklah ke dewan 1..kelibat abg tak kelihatan..dalam hati aku..manala plak pakcik ni…aku terus bukak pintu dewan 1..apa ni ramai nye orang..nak dengar kes aku ke..berderau gak darah ni…bila ada petugas yang beritahu pengiring kena duduk kat luar..hanya yang ada kes aja boleh stay dalam dewan..lega la..ramainya yang ada kes…yang kesian tu..dah tua2 pun ada yang nak bercerai..dalam hati aku…nasib baik la aku bercerai sekarang…bukannya masa tua2 cam tu..
Masa dalam dewan aku kena serahkan IC…ada 4 orang petugas dalam dewan..2 orang duduk kat sebelah kanan aku ..dekat dengan orang2 yang ada kes.. seorang perempuan dan seorang lelaki..dan dua lagi pakai kot duduk depan hakim..seorang lelaki dan seorang perempuan..hakim lelaki…muka serius je..tapi nampak tak garang pun…aku solawat byk2..tak tau nak sembang apa…dan sebenarnya malas nak sembang..aku hanya fikir pasal diri aku je…abg masuk minta kunci kereta kat aku..aku kata ada kat aini..dalam hati aku jgnlah abg gi mana2..5 min abg masuk dalam dewan lega hati aku..
Lebih kurang jam 9.30pg hakim masuk dalam dewan..semua kena bangun..hakim mulakan sesi..sepasang demi sepasang pasangan yang hendak berpisah di panggil kehadapan..depan 2 pegawai tu disediakan dua mikropon..satu untuk plantif dan satu untuk defendan..macam2 cerita..ada yang nak pisah tapi suami tak setuju..monyok je si plantif sebab kena tangguh dan dapatkan wakil untuk jadi pendamai..ada yang terus diceraikan..ada jugak suami yang nak ceraikan isteri tapi isteri plak tak bersetuju…ada yang nak mohon cerai tapi defendan tak hadir..ada yang surat saman tak dapat diserahkan..ada yang nampak ok je..masih tinggal sebumbung dan masih bersama dgn suami tapi masing2 nak berpisah…kes aku dipanggil selepas 6 pasangan dipanggil oleh petugas mahkamah…Pn. Musliha Shamsudin (bukan nama sebenar) dan En. Farid bin Abd Razak (bukan nama sebenar )..aku berdebar2..gigil kepala lutut..( kepalanya saja bukan lutut ) ..kalau masa ni gambar aku diambil rasanya mesti gambar tak jadi..rosak kemera..
Hakim : Plantif..Musliha Shamsudin (bukan nama sebenar )..apa yang kamu mohon?
Me : Saya mohon cerai.
Hakim : Defenden ..kamu dah terima surat saman.?
Abg : Dah
Hakim : Kamu dah baca?
Abg : Dah
Hakim : Kamu dah faham?
Abg : Dah
Hakim : Adakah kamu bersetuju dengan permohonan cerai ini?
Abg : Ya saya setuju.
Hakim : Palntif..kenapa mohon cerai
Me : tidak sefahaman
Hakim : Lagi ?
Me :..( diam…)…ada sikap2 suami yang saya tidak boleh terima
Hakim : Apa yang telah kamu lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Me : saya pergi kaunseling kat pejabat agama dan saya duduk asing di rumah mak.
Hakim : Defendan..apa yang kamu telah lakukan bagi menyelesaikan masalah ini ?
Abg : ..(..diam..)……..
Hakim : Ada kamu pergi kaunseling?
Abg :…( sambil geleng kepala)...tak..
Hakim :Plantif..adakah permohonan kamu ini ada sebarang paksaan?
Me : Tidak
Hakim : Defenden..adakah persetujuan kamu ini ada sebarang paksaan?
Abg : tidak
Hakim : Plantif..adakah kamu suci ketika ini?
Me : Suci
Hakim : Adakah kamu bersama suami semasa tempoh suci tersebut?
Me : Tidak
Hakim : Adakah anda mengandung ketika ini?
Me : Tidak
Hakim : setelah mendengar hujah dari kedua2 pihak palntif dan defendan..dan terdapat persetujuan antara kedua2nya untuk bercerai..dengan ini mahkamah membenarkan defendan untuk melapazkan talak satu sahaja kepada plantif..
Habis aje kata-kata tersebut petugas dihadapan hakim memberi sekeping nota untuk dibaca oleh abg..sebelum itu abg disuruh berselawat dan membaca bismillah…abg lapazkan..saya Farid bin Abd Razak menceraikan isteri saya Musliha bt Shamsudin dengan talak satu..kemudian abg tandatangan diatas nota tersebut dan kemudian nota itu diberi pada aku untuk ditandatangan..
Hakim : Plantif..adakah kamu dengar dan faham apa yang di ucapkan oleh defenden.
Me : Ya saya dengar dan faham.
Hakim : Apa yang kamu faham.
Me : Saya telah diceraikan dengan talak satu oleh suami saya.
Hakim : Defenden..adakah kamu faham apa yang kamu lapazkan tadi?
Abg : Ya saya faham
Hakim : Apa yang kamu faham?
Abg : saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu.
Hakim : Dengan ini, mulai tarikh 16 Februari 2009 plantif dan defendan bukan lagi suami isteri..sebarang urusan selepas ini sila berurusan dengan pendaftar di kaunter mahkamah..kes selesai dan ditutup.
Itulah antara dialog yang masih tergiang2 ditelinga aku masa aku kat dewan 1, mahkamah syariah Daerah Petaling..masa lapaz talak diucapkan oleh abg..aku rasa berdebar sangat…tapi bila hakim kata kes selesai dan ditutup aku..rasa lega..tapi kaki aku rasa cam melekat kat lantai dewan.. lembut lutut…nak angkat muka pun rasa malu sangat..aku keluar..lebih kurang jam 10.30pg..terus aku pergi kat aini..aini pun kata “dah sudah ke?”..aku jawap….” Dah “..”aik senang je” …”tu la” …abg terus pergi ke tandas..masa balik aku drive juga…masuk je dalam kereta..abg cakap..”mama dah happy la..seronok la tu..dah dapat title janda..pas ni leh la buat kenduri..puas la hati mama”…aku tarik tangan abg..aku cium tangan abg..aku kata…”mama minta maaf ayah..dari hujung kaki hingga hujung rambut..selama mama hidup dengan ayah tolong maafkan semua dosa mama pada ayah..zahir dan batin…halalkan makan minum mama”..aku tak mampu untuk berkata2 hanya airmata deras mengalir ke pipi…abg kata..”ayah pun minta maaf..ayah tak jaga mama dengan baik….ayah silap satu je..ayah tak tanya mama ok ke tak ok hidup dengan ayah..ayah ingat ok..sebab mama nampak ok je”…aku diam sepanjang jalan..dan sepanjang jalan tu jugaklah abg bercakap tak henti2…yang pastinya aku malas nak ambil pot apa yang abg cakap..nak cakap apa pun cakap lah..aku dah bebas….lega kepala ni..inilah pertama kali aku menjejak kaki ke dewan mahkamah dan dibicarakan..selama ini aku hanya tgk drama kat tv je…kata org pengalaman yang amat berharga…seribu satu rasa semasa berada di dalam dewan mahkamah..tambahan pulak apa yang aku minta @ buat adalah sesuatu yang amat dibenci Tuhan walaupun ia dibolehkan…walau hati aku lega tapi aku rasa malu untuk angkat muka aku...seperti semua orang tengah mengejek aku...aku dah jadi janda!!!satu status yang aku rasa semua wanita tak mahu rasa...
Hati aku tiada siapa yang tahu…biarlah hati ini menjadi saksi dan penyimpan rahsia aku…betapa aku rasa diri ini tidak dihargai sebagai seorang isteri…kemesraan antara kami tiada..hanya menunaikan tanggungjawap sahaja…aku pun walau tak bahagia..cuba pujuk hati agar semua orang nampak kami bahagia….kami kahwin atas pilihan keluarga…masa aku kahwin dgn abg aku telah dua kali di kecewakan sehingga mood untuk kahwin aku letak tepi..aku sambung belajar..tapi kalau dah jodoh…semua ketentuan Allah…abg pernah cakap ..dia kahwin dgn aku pun sebab ayah yang suruh kahwin…abg merupakan seorang yang baik hati..tapi entahlah…aku sendiri masa 4 bulan pertama perkahwinan kami ..aku rasakan lebih baik aku hidup bujang dari kahwin..abg lebih pada kawan2 dia..aku dibiar sendiri…semua aku urus sendiri…hal anak2 ..sekolah anak…nursery anak..hinggakan akulah pendokong utama bisnes suami aku…dari tiada apa2 hinggalah abg dapat bukak cawangan bisnes lanskap dan tapak semaian pokok bunga..dari hanya ada sebiji kancil hinggalah ada 3 kereta, lori dan van…dari tiada apa2 hinggalah semua orang kampung respect kat abg…tapi aku..dibiar sendiri…solat jauh sekali…abg mula ego..aku rasa diriku hanya tunggul..abg balik rumah hanya sejam untuk aku bercerita...tgh malam baru balik…nak manja jauh sekali… aku pujuk diri aku…Tuhan sayang aku itulah sebabnya aku diuji dgn suami yang macam ni..aku pasrah dan redho…sehinggalah aku dapat pertahankan perkahwinan aku sehingga tahun ke 10…aku dah punya 4 anak…tika ini baru aku sedar sampai bila aku nak hidup begini..aku rasakan aku tidak diperlukan lagi dalam hidup abg…abg dah dapat apa yang dia nak…aku kena cari kebahagiaan sendiri…hidup yang penuh warna warni perlu aku hayati…aku rasa aku perlu pergi dari hidup abg..biarlah dia cari dan dapatkan apa yang dia hendak..abg pernah kata dia nak kahwin lagi satu…aku penghalangnya…kini abg dah kahwin lain pun…dgn janda anak 1 umur 22 tahun…moga abg bahagia dengan pilihan hati abg…aku pun dah tenang dgn hidup aku…banyak perasaan yang perlu dijaga…terutama hati mak dan hati aku jugak..aku tak mahu bersedih lagi..amanah Tuhan ada padaku…anak2 aku..walaupun hanya 2 orang yang bersama aku…tapi aku kini dah cukup bahagia…hanya ingin menik mati hidup yang penuh warna warni…Ya Allah ..terima kasih atas pemberian dan kurniaan Mu…terima kasih atas kasih sayang Mu….
Nota : Catatan ini adalah cerita benar ditulis sendiri oleh orang yang menghadapinya pada Mei 2009, dipaparkan untuk berkongsi pengalaman..cerita selanjutnya akan disambung pada edisi yang lain..