Kehidupan penuh dengan pelbagai warna. Medan perkongsian ilmu dan amal dalam mengharungi kehidupan.
Khamis, 31 Mac 2011
Sabar atau Ikhlas?
Antara sabar dan ikhlas mana patut didahulukan? Soalan yg ditanya oleh seorang sahabat..aku termenung memikirkan jawapannya...kalau kt ikhlas tanpa sabar..ikhlas tak akan dpt bertahan..tp kalau kt sabar..sabar dgn segala mehnah..ikhlas akan hadir dgn sendirinya..br dpt ketenangan...betul ke? Itulah apa yg aku amalkan dan itulah yg aku dpt..bg aku..aku betul...tp tak tau la pd org lain..pd tika dan saat ini aku rindu sgt pd pd Mu..pd Mekah..terutama pd Kaabah..betapa tenangnya aku bila memandang Kaabah...bila lagi ya Allah..jemputlah aku menjadi tetamu Mu lagi...
Jumaat, 25 Mac 2011
Ambil Kesempatan
Kenapa manusia suka mengambil kesempatan diatas kelemahan org lain..kelemahan aku..aku suka tolong org tanpa mengira agenda sebaliknya..kata sifu..'never think negetive'...itulah yg aku buat tanpa harap sebarang balasan pun...tp aku diberi tuba bertimba2...sedihnya hati ini...tak apa aku ada Allah..Ya Allah lindungi lah aku dr manusia yg suka menindas.. lindungilah aku dr manusia yg khianat...Ya Allah kepadaMU saja tempat aku mengadu.. mudahkan lah segala urusan ku samada urusan dunia mahupun urusan akhirat.. jadikan lah aku antara hamba Mu yg sentiasa bersyukur.. aminnn
Sabtu, 19 Mac 2011
Penantian adalah satu penyiksaan..selalunya diungkapkan oleh org yg tengah angau bercinta..tapi aku lega krn penantian ku akan berakhir esok... berakhirnya cuti sekolah...maka berakhirnya rasa bersalah aku krn tak dpt bercuti utk menghabiskan masa bersama anak2..waktu selepas pejabat dan hujung minggu saja yg dpt aku peruntukan masa dgn anak2..sama spt hari biasa persekolahan..ada hikmahnya...byk tempat juga kami berkunjung dgn penjimatan.. antaranya bandar i-City di Shah Alam..mandi kolam yg free je kat Putrajaya.. kami mandi di tepi pantai jugak..tp pantai buatan di Putrajaya je..waktu rehat di pejabat aku hantar anak2 ke Perpustakaan di Bangi dan Putrajaya..ku jemput balik bila habis waktu pejabat..ku kira percutian kali ini amat memenatkan tapi berbaloi...terima kasih anak-anak ku kerana memahami mama..
Setiap anak adalah amanah..byk anak dgn perangai yg berbeza walau dr sumber yg sama..anak lelaki tunggal aku ni penyegan skit terutama bila kena buat homework...aku ketawa bila dialog ini dilafazkan.."kenapa amin tak habis lagi tulis"... "amin tak larat nak buat dah"..."kenapa tak larat pulak"...."tak larat la sebab bateri dah habis"...kelakar betul alasan yg diberi..memang kreatif...
Selasa, 15 Mac 2011
?
Aku tak tahu nak tulis apa...aku sayang blog ni..tempat aku luahkan perasaan dan lebih bersifat peribadi...aku nak rakamkan setiap detik kehidupan aku ( atas nasihat seorang sahabat maya..)..tp kadangkala keadaan dan masa seolah-olah menyemburui aku...apa yg tidak pernah aku rasa...kalau boleh aku nak rakamkan semuanya..dan aku percaya ramai diluar sana juga punya byk rasa...
Rabu, 2 Mac 2011
Mula Bekerja
Hari ini aku mula bekerja setelah separuh bulan aku cuti sakit..mcm2 perubahan berlaku dipejabat...entah la aku tak de mood nak kerja...kalau la aku byk duit..x payah keje utk org lain...aku nak kerja utk kepuasan diri...skrg ni x boleh nak buat keputusan..walau kita dah buat keputusan..bos x bg tetap tak boleh.. kalau kita kata tak boleh tapi bos kata 'kita kena buat benda salah dgn cara yg betul'..aku nak kata apa...aku tak suka...!
Selasa, 1 Mac 2011
Iktibar Kisah Siti
1..jgn cepat melatah bila ditimpa musibah..bersabar dan mohon petunjuk Allah..... 2..setiap masalah ada hikmah..kalau Siti x bercerai mungkin Siti x smpai ke Mekah............. 3..jgn bercerita tentang masalah rumahtangga pd kawan lelaki..dr simpati akan beralih sayang..... 4..Allah adalah sebaik2 pendengar, mengadulah pdNYA, berserahlah padaNYA..pasti DIA bersama mu...hati akan tenang walau apa pun yg datang menimpa diri........ 5..jgn mudah percaya pd pujuk rayu seorg lelaki.... 6..ubat hidup adalah CINTA pd yg berhak..iaitu ALLAH..
Langgan:
Catatan (Atom)