Kehidupan penuh dengan pelbagai warna. Medan perkongsian ilmu dan amal dalam mengharungi kehidupan.
Khamis, 28 April 2011
Pengurusan Stress melalui Teknik Origami.
Pelik dengan topik di atas..itulah alasan yg menguatkan aku untuk hadir ke program tersebut.. 27 April 2011, Kem. Sumber Manusia telah menganjurkan program Bicara Hati bertajuk Pengurusan Stress melalui Teknik Origami.. disampaikan oleh Pn. Noridawati bt Mohd Nor, pegawai psikologi Kem. Sumber Manusia..program ini agak santai tp memberi byk impak kepada peserta..pada awal program peserta separuh dewan tp lama kelamaan tinggal suku dewan sahaja...yg keluar dewan menganggap program tersebut lebih sesuai utk cikgu tadika..belajar buat bentuk2 binatang dr lipatan kertas yg dikenali sbg origami..(bukan poligami yeaa)...bagaimana origami dapat mengurangkan stress ...rupanya stress dpt dikurangkan kalau kita fokus kpd sesuatu perkara..origami dpt mengalih tumpuan drpd terus memikirkan perkara yg memberi tekanan... apabila suatu origami itu dpt diselesaikan..peserta akan mencapai suatu kepuasan..secara tak langsung menceriakan individu itu..malah pemilihan objek binatang yg hendak dibuat juga dpt mencerminkan peribadi seseorang...ia juga melatih peserta menggunakan kedua2 belah otak..logik dan kreatif...
Jumaat, 22 April 2011
Kawan Lama
9 dan 10 April yg lalu..bekas murid Sek Men. Teknik Ipoh tahun 87/88 mengadakan 'reunion' di Sand Paradise Resort, Pulau Pinang... bertemakan 'sweet become 40..'...mcm2 cerita dr rakan-rakan sekolah..hampir 80% aku dah tak kenal langsung.. Amat berbeza skali...dulu gelap tp kini dah putih gebu...dulu tembam tp kini dah slim..ada juga yg rambut putih melebihi yg hitam..maklumla dah 23 tahun tak jumpa..ada juga kabar rakan yg telah meninggal dunia...yg bangga ada yg dah dpt phd..yg dipangkal nama ada 'Dr'..ada yg jd lawyer..ada yg jd YB dan paling ramai jd cikgu..tp td aku terserempak lagi dgn rakan lama diputrajaya.. selisih dgn kereta MYVInya saja PJL8484..tanpa sempat bertanya khabar... terkenang semula kisah2 lama...
Selasa, 12 April 2011
Rezeki
Alhamdulillah..inilah yg dikatakan rezeki..14 April 2011..utk kali ke 4 aku bakal naik pentas mengadap Pak Menteri..aku dpt lg Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..berkhidmat selama 14 tahun di 3 Kementerian berbeza... anugerah yg pernah aku terima sebelum ini pd tahun 2002, 2006, 2008 semuanya dr menteri yg berbeza...rasanya kali ini aku dpt APC ni bukan krn kerja aku bagus sgt tapi krn di pejabat aku dah tiada org lain yg belum terima APC kecuali aku..yg br 2 thn bertugas di kementerian ini...inilah yg dikatakan rezeki..tp apa yg aku impikan ialah anugerah isteri dan ibu cemerlang..layak kah aku??
Rabu, 6 April 2011
Kejam
Kenapa manusia kejam? Manusia adalah sebaik2 kejadian krn dikurniakan akal fikiran...tp sebab itu lah juga manusia boleh jd sejahat2 makhluk...ilmu yg ada digunakan kepada perkara yg salah...apa salah aku bila aku sentiasa jd mangsa...org2 di sekeliling aku sentiasa mengambil kesempatan... tak kira kwn ke, adik-beradik ke, malah pasangan sendiri pun ada yg mengambil kesempatan bila isterinya baik...betul2 kejam..
Ahad, 3 April 2011
Dendam
Seorang sahabat telah bercerita pd aku.."aku bengang betul dgn mamat ni...aku tak akan maafkan dia selama2nya"..aku tanya balik.."apa yg dia dah buat kat engkau"... "mamat ni kira balak aku la..lebih kurang kekasih gelap la..dia dah ada bini aku pun dah ada laki..tp ayat2 cinta dia power.. aku lentok..wa ckp lu... macam2 dia janji kat aku..nak bela aku dr ditindas dek laki aku la konon..taknak tengok aku derita..nak tengok aku bahagia la..tp skrg tengok apa dia dah buat kat aku..aku dibiar terkontang-kanting seorang diri...dia buat sampai aku bercerai-berai..pastu tinggalkan aku...dia janji nak kawin dgn aku lepas aku bercerai..tp hampeh..dia ada penyakit 'TB'.. takut biniii.... mcm mkn tebu lepas ambil manis hampas dibuang...aku pun bodoh..habis aku serah body aku kat dia... kira aku berzina la...mula2 aku takut...tp dia kata takpe lepas ni kita minta ampun dgn Tuhan byk2...aku benci sgt kat dia...kenapa dia sanggup buat aku mcm ni... musnahkan hidup aku.. aku rasa jijik dgn diri aku sendiri...hanya Tuhan saja yg dpt membalasnya.. nasib aku baik ada rumah perlindungan utk wanita mcm aku ni..kalau tak aku rasa tempat aku di Hospital Bahagia..tp perkataan yg tak dpt aku lupa..sebelum dia langsung tak ambil tahu pasal aku..mcm aku tak pernah wujud dlm hidup dia..mamat ni pernah cakap..dia tak kisah apa yg akan terjadi pd hujung hubungan kami samada kahwin dgn aku ke tidak tapi dia suka kpd proses utk dapatkan aku..." ....berlinang airmata ini seusai sahabat ini mengakhiri kisahnya... habis hilang mood aku hari ini..
Langgan:
Catatan (Atom)