Rabu, 18 Mei 2011

Hari Guru vs Hari Jururawat..

Rasanya masih belum terlambat utk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru2 tak kira dimana anda berada pd 16 Mei...jasamu tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.. terutama buat guru2 yg pernah mengajar aku... tapi kesian pada jururawat..Selamat Hari Jururawat dan terima kasih kpd semua jururawat yg disambut pada 12 Mei tidak kira dimana anda bertugas.. jasamu tiada tolok bandingnya...hanya Tuhan saja yg dpt membalasnya...patutnya hari jururawat juga disambut meriah spt hari guru..cuba bayangkan kalau tiada jururawat.. pasti tak de org yg nak jadi doktor kan!..

Sabtu, 7 Mei 2011

Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yg bergelar ibu..terutama kpd ibu ku..jasamu terlampau agung...sentiasa mendoakan aku.. walaupun sejahat mana pun aku.. dan ibu mertua ku...ibu mertua yg paling baik di dunia..org yg mempunyai ibu dialah yg paling kaya krn syurga yg tidak ternilai harganya berada di bawah telapak kaki ibu...wahai suami2 diluar sana hargailah isteri mu yg bertarung nyawa utk memberi zuriat keturunan kpd mu..berperang dan berjuang utk menjadi seorang ibu!!..hargailah mereka bukan hanya pada hari ibu!!

Jumaat, 6 Mei 2011

Mei dan SIS

Bulan Mei menjelma lagi...bulan yg byk kenangan pahit manis.. biar manis..manis2 buah..biar pahit..pahit2 ubat (meminjam dr kata2 Ainol Jamal Zainal Dj Selangor fm)..1 Mei hari pekerja..semua pekerja bercuti termasuk aku.. ditambah cuti pd Isnin 2 Mei 2011.. yahooo!.. bahagianya tak payah kerja... 2 Mei 2009 ...suami aku berkahwin dgn janda 22 tahun (ketika itu suami aku adalah 'bekas suami aku')...4 Mei 2009 keputusan mahkamah yg tidak menyebelahi aku.. 7 Mei 2009 hari terakhir aku berjumpa dgn 'papa'... selepas hari itu aku dah 'mati'...terasa aku kehilangan segala2nya... bertuah aku masih ada ALLAH...8 Mei hari ibu...10 Mei 2011 aku akan menghadiri Majlis Sambutan Hari Ibu...17 Mei 2011 cuti lagi..kali ini hari Selasa..yahooo!.. boleh la tambah cuti Isnin 16 Mei..25 Mei 2011 tadika anak aku akan mengadakan lawatan ke Taman Ostrich di Seremban... 28 Mei 2009 hari khayalan aku... 'mahligai bahagia yang bakal dibina'..tp hanya tinggal angan2 Mat Jenin..khayalan yg tidak menjadi kenyataan..dan 28 Mei setiap tahun juga akan menyebabkan hayat aku berkurangan setahun demi setahun...tanda masa aku telah hampir TAMAT..