Bersedekah lah..kerana ia mempunyai kuasa tersendiri...peristiwa yang saya alami sendiri...ada seorang staf saya berbangsa India...ditakdirkan suatu hari dia dimasukkan ke hospital kerana mengidap ulser perut...saya cadangkan pada dia untuk makan jeli gamat kerana ia telah terbukti cepat meyembuhkan luka-luka dalaman...disebabkan staf tersebut tidak tahu mana nak cari, jadi saya telah tolong belikan untuknya...dan saya beri secara percuma kepada staf tersebut..selang setengah jam saya dapat panggilan dari kawan baik saya dari Kelantan...katanya kepada saya "u nak tak susu kambing..i nak bagi free je ni sebab ada org yang tak jadi beli'...Ya Allah..saya teringat ubat free saya beri sbgai balasan Allah beri saya susu kambing free...
Satu lagi kuasa bersedekah ialah rezeki kita pasti bertambah..kerana hukum alam kita akan dapat apa yang kita beri..kasih sayang kita beri..kasih sayang juga kita akan dapat...ada satu cerita di pejabat kawan saya...kawan saya ni memang selalu tidak puas hati dengan bos dia...ada saja yang tidak kena dengan bos itu...walaupun perangai 'boss' memang begitu sentiasa arah sana..arah sini...tanpa memikirkan situasi kakitangan bawahan...sentiasa marah-marah..dan kadang kala kita rasa bos kejam dan tidak bertimbang rasa...sbb itulah kawan saya dan beberapa kawan-kawannya pun sentiasa merungut tentang bos mereka...tapi Alhamdulillah walaupun bos mereka berperangan 'boss'..tapi dia ni suka belanja makan, suka beri hadiah dan macam2 lagi...tambah-tambah masa-masa macam sekarang ni..debaran menyambut Hari Raya telah berkobar2...dipendekkan cerita kawan saya dan kawan-kawanya telah dapat brooch seorang satu, dapat kueh raya dan duit raya utk sesiapa yang ada anak bawah 6 tahun...kawan saya tu walaupun asyik kutuk bos dia..dia tetap ambil apa yang diberi...sampai dia sendiri berkata...baik la bos...terima kasih banyak2..semoga rezeki bos bertambah2 dan bahagia selalu...
Jadi nampak tak kuasa sedekah...kita akan dapat doa dari orang yang menerima sedekah tersebut...lagi ramai yang doakan kita lagi berkatlah hidup kita...berbanding dengan kita buat jahat pada orang kita akan sentiasa akan dikutuk dan hidup pun tak aman...
Marilah sama-sama kita bersedekah tidak kiralah walau hanya sepotong doa...