Khamis, 21 Mac 2013

Telur Busuk

  Sejak mutakhir ini berbagai malah bermacam2 auta di bongkar..pendek kata telur yang tembelang telah pecah..dan masih ada yg nak menutup hidung dan menutup telur busuk itu dari terbau oleh orang lain...kalau nak tutup pun hidung sendiri je yang boleh ditutup..hidung orang lain tetap bau...PRU-13 penentu nasib rakyat..adakah rakyat telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan2 yang bakal ditempuh..yg masih gila kuasa takut nak lepaskan kuasa sebab takut kuasa yg ada terlepas kepada orang yang lebih berhak dan lebih layak...

   Terasa sangat seolah2 dunia dah nak kiamat...yang batil cuba dipertahan bermati-matian sebagai yang benar..walaupun kebenaran telah terunggkap...yang menyatakan diri benar dan berjihad pulak mmg org yang tak boleh dipercayai langsung...yang hanya nampak batang hidung @ muncul bila tembelang dah pecah..masih berusaha utk menegakkan benang yg basah...

  Rakyat sudah mual..nak termuntah...dan mula berdoa dan memohon petunjuk Allah mana yang benar...Ya Allah tunjukkanlah kekuasaan Mu...semoga kami tidak salah memilih pemimpin..semoga pemimpin yang akan datang dapat membawa kami agar lebih mencintai MU...Aminnn

Isnin, 4 Mac 2013

Dunia Baru Bermula


Alhamduliilah..Dunia baru ku bermula Isnin 4 Mac 2013. Tidak lagi berurusan dengan kewangan..suatu kelegaan kerana tidak perlu pening kepala memikirkan pasal duit dan kemana ia harus dibelanjakan serta bagaimana nak menyedapkan hati bos2 yang hanya tahu cakap 'saya hanya nak tahu ia dibayar, macamana nak bayar kamu yg fikir'..terutama bagi bayaran yang melibatkan pembekal2 kroni2... susah nak buat kerja..tp itu semua dah ku tinggalkan..
Pemandangan dari Aras 30, pejabat baru ku..


Aku hanya terlibat dengan penyediaan kertas siasatan terhadap individu / syarikat yang melanggar akta-akta yang telah ditetapkan..seronok...siasat mcm2....bila bosan boleh menjengok pemandangan kat luar...sejuk mata memandang...mudah2an Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhirat ku...aminn..