Jabatan Perumahan Negara melalui Siaran Media Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertarikh 31 Julai 2013 memberi peringatan kepada pembeli2 rumah agar berhati2 kerana terdapat berbagai promosi menarik yang ditawarkan kepada bakal pembeli rumah. Antara tawaran2 tersebut ada yg hanya memerlukan syarat2 pandai membaca Al-Quran dan perjanjian secara 'Perjanjian Salam'.Tatacara penjualan perumahan sedemikian adalah tidak terjamin kerana tidak mengikut garis panduan sebagaimana termaktub di dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996 (AKTA 118) & Peraturan-peraturan. Hak pembeli rumah dilindungi di bawah akta ini (AKTA 118). Hak pembeli rumah tidak terjamin dan tidak dapat dilindungi sekiranya berlaku penipuan sekiranya masih meneruskan niat untuk membeli rumah yang tidak mematuhi Akta tersebut. Sebelum membeli rumah sila pastikan beberapa perkara penting berikut :- i) Lesen pemaju perumahan yang sah dan masih berkuatkuasa. ii) Permit iklan dan jualan yang sah dan masih berkuatkuasa. iii) Kebenaran merancang dan pelan susunatur telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iv) Tanah berstatus perumahan dan pecah sempadan telah diluluskan di Pejabat Tanah. v) Surat Perjanjian Jual dan Beli yg seragam mengikut Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989 iaitu Jadual G (Tanah dan Bnagunan), Jadual H ( Bangunan yang dipecahbahagi), Jadual I ( Bina dan Jual bagi Tanah dan Bangunan ) dan Jadual J ( Bina dan Jual bagi Bangunan yang dipecahbahagi ).