Isnin, 17 November 2014

Pesanan Dari Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Wahai anakku, Sesiapa yang kamu bertemu, itulah manusia yang ditakdirkan Allah untuk muncul di hidupmu pada waktu itu. Ia bukan satu kebetulan, tapi satu ketentuan. Setiap manusia di keliling kamu membawa mesej sesuatu untuk dipelajari kamu atau membantu kamu dalam hal-hal yang sedang dihadapi kamu. Wahai anakku, Setiap apa yang berlaku pada hidup kamu, itu adalah perkara yang ditakdirkan berlaku pada waktu itu. Apa yang kamu alami tidak mungkin berlaku dalam cara yang lain selain daripada cara yang Allah izinkan ia berlaku. Tiada ruang untuk andaian kamu: “Kalau sedemikian, mungkin ia boleh dielakkan.” Ingatlah wahai anakku, setiap apa yang kamu alami adalah sempurna, dan ia bersesuaian dengan keperluan kamu ketika itu sebagaimana yang dirancang Allah. Wahai anakku, Setiap waktu yang berlaku sesuatu perkara adalah masa terbaik untuk perkara tersebut berlaku. Tiada apa boleh berlaku tanpa keizinan-Nya, maka dengan itu, waktu segala apa yang berlaku ialah waktu yang paling sesuai untuk ia berlaku untuk kamu. Asalkan kamu bersedia, setiap waktu adalah waktu terbaik untuk kamu memulakan langkah. Wahai anakku, Segala apa yang berakhir, sudah berakhir. Ia mudah sebagaimana titik noktah di penghujung setiap ayat. Apabila ada perkara yang berakhir di hidup kamu, sesuatu yang baru akan bermula. Jika ia ada di ingatan, ia boleh berkekalan. Apabila ia tamat, ia adalah satu permulaan yang baru. Wahai anakku, Kamu terbaca tulisan ini bukan satu kebetulan. Kalau tulisan ini menyentuh sanubari kamu, ia juga bukan satu kebetulan. Ia menandakan masa kamu sudah tiba untuk memahami sesuatu sebagaimana sekeping salji tidak mungkin jatuh di tempat yang salah. Kongsilah kepada mereka yang memerlukannya. Perkongsian kamu bukan satu kebetulan. Senyum DATO’ TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN

Isnin, 5 Mei 2014

MAAFKAN AKU


Add caption

Sejak akhir-akhir ini ku rasa macam dunia sedang menghambat aku...aku sentiasa rasa penat dan letih untuk melaksanakan apa saja..terasa semacam malaikat maut sedang memerhati aku dari kejauhan..mataku kian kabur..langkahku semakin perlahan..kadang-kadang berselang-seli dengan rasa pening dan berpusing...aku takut..aku takut akan kematian yang datang menjengah secara tiba-tiba...kerana aku belum bersedia...aku ingin kembali dengan keadaan bersujud kepada Mu...

Aku hanya berharap agar kematian itu hadir ketika iman ku paling teratas..dan ketika itu aku amat berharap semua orang memaafkan aku..terutama seorang insan istimewa yang bernama kak Rusina binti Othman..aku banyak menyusahkan hidup insan ini dengan menganggu emosinya suatu ketika dulu...maafkan aku..jika sesiapa mengenali insan ini mohon disampaikan hajatku ini...semoga hidupnya sentiasa bahagia disamping suami dan anak-anak tercinta...  

Rabu, 12 Mac 2014

Nostalgia

Salah sebuah banggunan yang telah memenangi tempat pertama Gelari Warisan peringkat Wilayah Persekutuan yang terdapat di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Pudu..dulu dikenali sebagai PESS (Pudu English Secondary School )



       PESS merupakan sekolah aku dulu..aku penghuninya dari tahun 1984-1986..bangunan di atas merupakan salah sebuah banglo yang didiami oleh bekas gurubesar Ms. Mary Wood pada tahun 1947..pernah dijadikan kelas dan aku pernah belajar dikelas yang terletak ditingkat atas banglo ini..sekolah ini pernah menjadi markas tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Malaysia..mula beroperasi pada 21 September 1914 yang pada asalnya hanya utk anak2 bangsa Cina yang tinggal dipersekitaran sahaja dengan permulaan 14 orang murid...kini PESS dah berusia 100 tahun!!

       Bukan bertujuan untuk menceritakan perihal sekolah tersebut tetapi sebenarnya aku agak teruja apabila berjumpa dengan rakan lama yang satu kelas dan satu sekolah dengan aku semalam. Hampir 27 tahun terpisah kerana hambatan hidup yg masing2 membawa haluan kehidupan masing2..27 tidak bertemu...semalam berbagai kisah yang terungkap..rasa nak mengalir airmata ini bila kami dapat bertemu semula . Pertemuan yang hanya setengah jam amat bermakna buat aku dan Ija...masih ku ingat semasa aku tingkatan 3 dan 4 aku gunakan alamat rumah Ija untuk berutus surat dengan buah hati aku!!..aku gunakan alamat Ija ketika itu sebab aku takut Mak atau Abah tahu aku berutus surat dgn buah hati cinta pertama aku...hii hii...mmg nostalgia..kini beliau merupakan seorang guru manakala kembarnya Ila bersuamikan seorang guru...

       Ramai rakan2 persekolahan aku memilih kerjaya sebagai seorang guru...dan hidup aku pun sentiasa bersekitarkan 'guru'...dan aku punya impian...impian semoga salah seorang dr anak2 aku akan menjadi seorang guru...in shaa Allah..