Kehidupan penuh dengan pelbagai warna. Medan perkongsian ilmu dan amal dalam mengharungi kehidupan.
Jumaat, 31 Disember 2010
Imbasan 2010
2010 tahun yg penuh senyum dan tangis..aku rasa sama byk manis dan pahitnya.. Januari bln penuh tragedi.. Februari bln yg hampir buat aku dihantar ke 'tg rambutan'.. Mac bln yg suram.. April bln br menampakkan cahaya..mei, jun, julai n ogos bln yg manis2..tp sept bln yg paling pilu..bln2 seterusnya aku bhagia..selamat tinggal 2010..selamat datang 2011 yg penuh harapan..
Khamis, 30 Disember 2010
Gula dan Ubat
Manisnya hari ini..jam 10 pagi tadi, pertama kali aku bersalaman dengan Timb Menteri di Kementerian tempat aku bertugas..aku menang tempat pertama mencipta moto/'tagline' tempat2 awam..dan tempat ke-3 bagi mencipta nama2 bilik mesyuarat..sempena Bulan Bahasa peringkat Kementerian..dpt la beberapa ratus rm..siapa nak bagi duit banyak tu pada masa2 macam ni..pegawai dan bos aku semacam terperanjat...ye la aku ni antara staf yg paling 'cool' kat ofis..berebut2 staf nak keje bawah aku..sebab aku tak reti nak marah...'u ni diam2 tapi berisi jugak ye..'..itu antara dialog yg kedengaran...sekurang2nya keyakinan aku meningkat la skit..petang selepas jam 3..aku diasak dgn kerja yg bertindih2.. sepatutnya bos yg jawab tapi aku pulak yg kena mengadap dan memberi ulasan...bos lepas tangan..senangnya jadi bos..benggangnya aku... memang mencabar kesabaran aku..tp itu semua ubat ketabahan aku...aku tidak pernah lupa berdoa kpd Allah agar aku sentiasa diberi kesabaran, keikhlasan, ketenangan dan redha dgn segala ketentuanNYA.. Aminnn
Sabtu, 25 Disember 2010
Hidup
Pagi-pagi, cuti-cuti dah kena pergi pejabat...pejabat macam rumah kedua..9 jam setiap hari di pejabat..kadang2 rasa cemuihnya ...nak relax kat rumah..tetapi di rumah otak tidak berfungsi untuk berfikir..sebenarnya di pejabatlah kita belajar hidup...hidup dengan kawan-kawan, hidup mengawal diri, hidup mengenal perangai manusia, hidup berfikir bagi mencari penyelesaian terbaik...kesian jugak bila ada yang di beri hidup tapi hidupnya menempah mati...hidup yang tak mahu hidup..
Jumaat, 24 Disember 2010
Senak
Antara senak perut dengan sakit perut...sama ke? Abg kata lain...aku senak perut ni..kekenyangan ke atau kelaparan...macam2 lagu dah berbunyi..tanda angin dah mengambil tempat makanan...1/3 air, 1/3 angin dan 1/3 makanan itu yang disarankan...tapi rasanya lepas ni makanan pulak yang mengambil tempat angin...sebu..
Khamis, 23 Disember 2010
Pening
Sama ke sakit kepala dengan pening?...Abg kata tak sama...tetapi hari ini aku memang pening , asyik2 meeting...hujung tahun yang amat sibuk...kiri kanan aku bertimbun-timbun fail untuk di semak dan lulus...bila nak habis kerja ni...kalau aku banyak duit tidak perlu kerja..duduk saja di rumah...macam2 aku boleh buat...kepala pun tak pening..fikiran pun tidak serabut...
Rabu, 22 Disember 2010
Salam Perkenalan
Hari ini merupakan hari bersejarah. Aku telah lahir sebagai blogger...mulai hari ini aku akan cuba menulis kehidupan di sini..melakarkan dan mengukir kehidupan aku...
Langgan:
Catatan (Atom)