Khamis, 30 Disember 2010

Gula dan Ubat

Manisnya hari ini..jam 10 pagi tadi, pertama kali aku bersalaman dengan Timb Menteri di Kementerian tempat aku bertugas..aku menang tempat pertama mencipta moto/'tagline' tempat2 awam..dan tempat ke-3 bagi mencipta nama2 bilik mesyuarat..sempena Bulan Bahasa peringkat Kementerian..dpt la beberapa ratus rm..siapa nak bagi duit banyak tu pada masa2 macam ni..pegawai dan bos aku semacam terperanjat...ye la aku ni antara staf yg paling 'cool' kat ofis..berebut2 staf nak keje bawah aku..sebab aku tak reti nak marah...'u ni diam2 tapi berisi jugak ye..'..itu antara dialog yg kedengaran...sekurang2nya keyakinan aku meningkat la skit..petang selepas jam 3..aku diasak dgn kerja yg bertindih2.. sepatutnya bos yg jawab tapi aku pulak yg kena mengadap dan memberi ulasan...bos lepas tangan..senangnya jadi bos..benggangnya aku... memang mencabar kesabaran aku..tp itu semua ubat ketabahan aku...aku tidak pernah lupa berdoa kpd Allah agar aku sentiasa diberi kesabaran, keikhlasan, ketenangan dan redha dgn segala ketentuanNYA.. Aminnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan