Khamis, 27 September 2012

Sejarah untuk diinsafi kekurangan diri...

             Entah mengapa hari ini memori lama mengimbau kembali..satu2 slide terpampang di skrin mata ini..ada yang aku suka..ada yang aku benci...tp banyak yang sedih...tanpa ku sedari airmata bertakung di kelopak mata ini....ayat2 ini mencengkam jiwa...

'Till for now dear, I try to conclude this note as I got difficulty of believing that I actually spend my wonderful 96000 second with someone I adored for 22 years! Love you so much, honey. Deep down my heart, I want to spend the rest of my remaining life with you even for a day as your husband! I want to take good care of you, your kids and your family and reimbursed you all the lost of love for all these years! Missing you so much! '

            Di kala ini aku redha dan dengan penuh ikhlas untuk menerima apa sahaja dugaan hidup ini..Suami ku adalah suami ku kini..orang lain hanya sekadar kawan...Cintaku hanya kepada MU..krn aku percaya pada janji Tuhan...Kalau aku beri cintaku hanya kepadaMU nescaya aku akan dapat cinta seluruh alam dan isinya ..sesungguhnya ujianMu adalah tanda sayangMU.

            Aku percaya pada janji Tuhan...UjianNya untuk hambaNya yang disayangi..Dia tak kabulkan doamu sekarang sebab Dia membuat persediaan untuk memberi kepadamu yang lebih baik...aku redha..dan keredhaan itu membuatkan aku terus hidup dalam ketenangan...

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).

Tips Elak Sakit Hati

                                                                
                                                                                      Dr. HM. Tuah Iskandar
 
          Saya ingin berkongsi maklumat yang disampaikan oleh Dr. HM Tuah di segmen Motivasi Pagi di Radio Selangor FM pagi tadi. Beliau telah memberi 3 tips bagaimana nak elakkan rasa sakit hati bila org kutuk / mengata kita..
 
           Pertama..buat tak faham, buat tak tahu, buat tak dengar...sbbnya bila kita buat2 tak faham kita tak akan fikir apa org lain kata...kita tak akan cuba mencari punca dan sebab yang hanya akan menyebabkan kita tambah sakit hati...kita buat2 tak dengar sbb kalau kita dengar kita akan terus mendengar dan ingin tahu apa lagi yang dikata juga akan memeningkan kepala dan menyedihkan hati...
 
           Kedua..baca firman dan hadis yang sebut pasal umpat keji ni...hati pasti tenang..sbbnya semua pahala org yang mengumpat kita akan dapat kat kita dan semua dosa kita dia yang ambil...kan bagus gitu...
 
           Ketiga..tingkatkan kerja 5x ganda...bila kita tambahkan kerja kita tak ada masa nak fikir pasal umpat keji org...motivasi pun bertambah..kerja pun meningkat...

Jumaat, 21 September 2012

Rindu dan Kemaafan

        Entah kenapa hati ini rindu sangat pada seseorang...potretnya ku lihat berkali-kali...seseorang yang pernah hadir dalam hidup ini...hadirnya sebagai seorang teman yang menceriakan suasana suram..teman yang berkongsi rasa dan perasaan..kini kau menghilang..seperti hilangnya butiran mutiara diantara pasir-pasir di pantai....aku terkesima..terasa seperti helang kepatahan sayap...yang terbang menjunam ke lembah...aku dibiar walau berbagai janji telah dimeterai...janji-janji yang dipahat dihati ini yang kau akan sentiasa disisi..usah diragu dan usah dirisau karana kau sentiasa akan menyokong dan memberi semangat..walau apa pun yang terjadi kau berjanji akan sentiasa bersama aku....tetapi janji-janji itu hanya tinggal ungkapan...hilang bersama semangat yang aku ada...terasa diri ini hanya batu loncatan..diri ini hanya untuk diambil kesempatan atas kelemahan yang ada...diri ini hanya barang mainan...terasa diri ini tidak berguna lagi..diri ini dihina manusia lain kerana apa yang kau telah lakukan...kenapa manusia2 ini sanggup melakukanya pada insan2 yang bergelar wanita..yang patut dibimbing..wanita yang menjadi pelengkap tulang rusuk lelaki...tetapi wanita ini dibuat seperti barang lelongan...siapa nak boleh masuk untuk dibida...walau serendah2 harga pun boleh di 'nego'.....aku wanita serendah itu!!
 
       Itulah yang terjadi bila hati diserah pada manusia...sebab manusia bukan malaikat..manusia bukan Tuhan....manusia yang penuh dengan hawa nafsu...dan syaitan disekelilingnya hanya ketawa pada manusia2 seperti ini ( termasuklah aku yang tewas dengan pujuk rayu manusia /syaitan yang menyerupai manusia)..patutkah aku memohon maaf...akukah yang salah...biarlah aku yang mengaku..aku yang salah dari menyalahkan orang lain..biarlah aku yang memohon maaf dari mengharap kemaafan dari orang lain...orang lain yang tidak punya hati dan rasa...walau aku sendiri sudah tidak punya hati dan rasa!!!
 
   Ya Allah..ampunkan aku...hanya kepadaMu tempat aku memohon ampun..hanya Engkau yang boleh memaafkan aku..siapalah aku disisi MU...Ya Allah MAAFKAN AKU....MAAFKAN AKU...MAAFKAN AKU....

Khamis, 20 September 2012

Rindu

          Kenapa manusia tidak terlepas dari perasaan rindu? Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu yang sentiasa berada dalan ingatan / kenangan...itulah maksud yang ditulis di dalam Kamus Dewan...kalau seseorang itu tiada perasaan rindu bermakna seolah2 dia tiada perasaan..
tiada kenangan..dia tiada keinginan berjumpa seseorang yang sentiasa bermain di kotak fikirannya...mungkin si ibu atau si ayah di kampung..mungkin anak2 yang belajar di kejauhan..mungkin si isteri /sang suami yang ditinggalkan kerana hambatan tugas di perantauan..mungkin juga sahabat2 lama yang sudah lama tidak kedengaran khabar berita...mahupun seseorang yang pernah berkongsi bantal tilam kehidupan dengan kita tetapi telah tiada di sisi..sesekala hambatan kenangan mengimbau2..kadangkala hati ini berbicara alangkah bagusnya kalau lah kenangan yang tidak mahu diingat dapat dipadam dan di 'erase' dari kotak filem...pasti kenangan manis sahaja yang tinggal....tapi itu semua tidak mungkin berlaku kerana kenangan pahit mahupun manis perlu dalam hidup ini untuk dijadikan sempadan dan tauladan sebagaimana garam dan gula dalam makanan...
 
Rindu pada mentari yang bersinar..
 
        Rindu pada Pencipta bila hati ini gundah gulana...rasa nak serah jiwa dan raga ini padaNYA..biarlah Dia nak buat apa pun..hati ini redha...kadangkala terasa suatu keajaiban..terasa ketenangan bila kita berserah segala-galanya pada DIA..hati rasa terubat..walaupun pada zahirnya kita tersiksa dan menangis terasa bagai hati ini dihiris2 dengan pisau yang amat tajam..tapi bila hati diserah padaNya...merintih padaNya...hilang segala masalah..terasa lapang...tahukah anda jika kita telah menjejakkan kaki di Masjidil Haram...berdiri dihadapan Kaabah...terasa diri ini amat kerdil sekali..terasa diri ini bertuah yang amat sangat dijemput menjadi tetamu di Rumah Allah..terasa siapalah diri ini..terasa nak peluk Kaabah tu..rasa tak nak dipejam mata ini..nak sentiasa memandang Kaabah...bila masa nak berpisah dan meninggalkan Kaabah..terasa suatu perasaan yang teramat sedih...sentiasa berfikir..bilalah lagi aku akan dijemput lagi..adakah masa lagi untuk aku kesini lagi...bila tiba di sini hati ini meruntun yang amat sangat..terasa rindu yang amat sangat untuk menatap Kaabah..hinggakan sejadah aku mesti ada gambar Kaabah...bilalah rindu ini akan berakhir..mungkin bila berakhirnya hayat ini....Wallahualam.