Kenapa manusia tidak terlepas dari perasaan rindu? Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu yang sentiasa berada dalan ingatan / kenangan...itulah maksud yang ditulis di dalam Kamus Dewan...kalau seseorang itu tiada perasaan rindu bermakna seolah2 dia tiada perasaan..
tiada kenangan..dia tiada keinginan berjumpa seseorang yang sentiasa bermain di kotak fikirannya...mungkin si ibu atau si ayah di kampung..mungkin anak2 yang belajar di kejauhan..mungkin si isteri /sang suami yang ditinggalkan kerana hambatan tugas di perantauan..mungkin juga sahabat2 lama yang sudah lama tidak kedengaran khabar berita...mahupun seseorang yang pernah berkongsi bantal tilam kehidupan dengan kita tetapi telah tiada di sisi..sesekala hambatan kenangan mengimbau2..kadangkala hati ini berbicara alangkah bagusnya kalau lah kenangan yang tidak mahu diingat dapat dipadam dan di 'erase' dari kotak filem...pasti kenangan manis sahaja yang tinggal....tapi itu semua tidak mungkin berlaku kerana kenangan pahit mahupun manis perlu dalam hidup ini untuk dijadikan sempadan dan tauladan sebagaimana garam dan gula dalam makanan...
Rindu pada mentari yang bersinar..
Rindu pada Pencipta bila hati ini gundah gulana...rasa nak serah jiwa dan raga ini padaNYA..biarlah Dia nak buat apa pun..hati ini redha...kadangkala terasa suatu keajaiban..terasa ketenangan bila kita berserah segala-galanya pada DIA..hati rasa terubat..walaupun pada zahirnya kita tersiksa dan menangis terasa bagai hati ini dihiris2 dengan pisau yang amat tajam..tapi bila hati diserah padaNya...merintih padaNya...hilang segala masalah..terasa lapang...tahukah anda jika kita telah menjejakkan kaki di Masjidil Haram...berdiri dihadapan Kaabah...terasa diri ini amat kerdil sekali..terasa diri ini bertuah yang amat sangat dijemput menjadi tetamu di Rumah Allah..terasa siapalah diri ini..terasa nak peluk Kaabah tu..rasa tak nak dipejam mata ini..nak sentiasa memandang Kaabah...bila masa nak berpisah dan meninggalkan Kaabah..terasa suatu perasaan yang teramat sedih...sentiasa berfikir..bilalah lagi aku akan dijemput lagi..adakah masa lagi untuk aku kesini lagi...bila tiba di sini hati ini meruntun yang amat sangat..terasa rindu yang amat sangat untuk menatap Kaabah..hinggakan sejadah aku mesti ada gambar Kaabah...bilalah rindu ini akan berakhir..mungkin bila berakhirnya hayat ini....Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan