Jumaat, 19 Oktober 2012

Cinta Sejati

Seorang Isteri bertanya kepada suaminya : “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang?
Suaminya memandang muka isteri dan berkata :: ” Saat itu belum terjadi lagi..
Si Isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”
Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya
...
‘Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..”

suaminya lalu berkata lagi''jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu''..

si isteri menangis tak dapat menahan sebak di dada...
bagai tak disangka... keesokan harinya, si suami terlibat dalam kemalangan jalan raya..
ketika si suami dalam perjalanan mencari rezeki buat keluarga tercinta..
masih tersimpan di genggamannya nota kecil yang suaminya hadiahkan kepadanya :

''biar berjauhan asalkan hati tak berubah, dan biar tak jumpa asalkan hati tak lupa''

seorang isteri menangis menahan sebak di dada.
nak mandikan jenazah suami dia
bapak mertua dgn polis forensik tak bagi..
sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. ''jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu''..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal?

lalu ustaz tu kate tidak mengapa kalau isteri nak mandikan jenazah suami..
ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu

dan aku sbg seorang isteri redha akn pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Ya Allah..menitis airmata admin terbaca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

"Jika betullah kita sayang dia, tapi kita belum mampu jaga dia, maka bangunlah berjaga di malam hari minta Allah yang jagakan dia dulu buat sementara waktu."

petikan dari facebook 'Bercinta Selepas Nikah'

Selasa, 9 Oktober 2012

Khasiat Pisang


Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.
Tekanan: 
 
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan
jiwa,
kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia,
yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

 
PMS:
Makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada

otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun.

Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari .
Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil .

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Isnin, 1 Oktober 2012

Dugaan Seorang Kakak

          Aku anak yatim...anak sulung dari empat beradik yang semuanya perempuan...arwah abah pergi meninggalkan kami  sejak tahun 2001..ketika itu hanya aku yang telah berumahtangga dengan 2 adik yang masih bersekolah..ketika itu seorang tengah menunggu keputusan SPM (adik ke-3) dan seorang lagi tengah menunggu keputusan PMR (adik yang bongsu )...semua belanja sekolah adik2 aku yang tanggung..sampai la sekarang ini adik ketiga aku tu telah berjaya menggengam segulung Ijazah dan menjadi seorang Akauntan dan yang bongsu walaupun tidak secemerlang seperti kakaknya dapat la juga genggam Diploma Pentadbiran Perniagaan...kalau abah ada tentu abah bangga...
 
            Perkara yang paling mencabar kewibawaan aku sebagai seorang kakak ialah bila tiba masa untuk kahwinkan adik2 aku...adik yang kedua dah selesai pada tahun 2007, adik ketiga dah selamat pada 2010 dan tinggal yang bongsu...yang ini amat memeningkan kepala sebab si bongsu ni banyak la sangat cekadak...banyak la sangat songgehnye...masalah kami yang tidak mengenali keluarga pasangannya..takut kalau apa2 kemungkinan..dah la tak nak bertunang..ni nak terus nikah...dengan bajet pun berlari-larian..tak tentu arah...nak ditegur..asyik nak merajuk..asyik nak menangis...ketahuilah tujuan akak ni nak bagi elok..supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku di belakang hari...dah la nak kahwin dengan orang jauh nun di timur Semenanjung ..lagilah akak risau...mak dah tak tahu nak kata apa..hanya ikut cakap kakak ni...si kakak ni la yang kehulu kehilir minta pandangan orang sana..orang sini..bapa saudara dan sanak saudara...peningnya la kepala ini...orang lain yang nak kahwin kita lak yang tidak lena tidur...emmmm..dugaan..dugaan..dugaan..
 
       Ya Allah permudahkan lah segala2nya....aminnnnnnnnnnnn........