Isnin, 1 Oktober 2012

Dugaan Seorang Kakak

          Aku anak yatim...anak sulung dari empat beradik yang semuanya perempuan...arwah abah pergi meninggalkan kami  sejak tahun 2001..ketika itu hanya aku yang telah berumahtangga dengan 2 adik yang masih bersekolah..ketika itu seorang tengah menunggu keputusan SPM (adik ke-3) dan seorang lagi tengah menunggu keputusan PMR (adik yang bongsu )...semua belanja sekolah adik2 aku yang tanggung..sampai la sekarang ini adik ketiga aku tu telah berjaya menggengam segulung Ijazah dan menjadi seorang Akauntan dan yang bongsu walaupun tidak secemerlang seperti kakaknya dapat la juga genggam Diploma Pentadbiran Perniagaan...kalau abah ada tentu abah bangga...
 
            Perkara yang paling mencabar kewibawaan aku sebagai seorang kakak ialah bila tiba masa untuk kahwinkan adik2 aku...adik yang kedua dah selesai pada tahun 2007, adik ketiga dah selamat pada 2010 dan tinggal yang bongsu...yang ini amat memeningkan kepala sebab si bongsu ni banyak la sangat cekadak...banyak la sangat songgehnye...masalah kami yang tidak mengenali keluarga pasangannya..takut kalau apa2 kemungkinan..dah la tak nak bertunang..ni nak terus nikah...dengan bajet pun berlari-larian..tak tentu arah...nak ditegur..asyik nak merajuk..asyik nak menangis...ketahuilah tujuan akak ni nak bagi elok..supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku di belakang hari...dah la nak kahwin dengan orang jauh nun di timur Semenanjung ..lagilah akak risau...mak dah tak tahu nak kata apa..hanya ikut cakap kakak ni...si kakak ni la yang kehulu kehilir minta pandangan orang sana..orang sini..bapa saudara dan sanak saudara...peningnya la kepala ini...orang lain yang nak kahwin kita lak yang tidak lena tidur...emmmm..dugaan..dugaan..dugaan..
 
       Ya Allah permudahkan lah segala2nya....aminnnnnnnnnnnn........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan