Khamis, 27 Disember 2012

sayang


Belajarlah menghargai perasaan seseorang yang menyayangi kita. Jangan biarkan dia menangis sebab kadang kita tak pernah tahu yang dia sentiasa berusaha untuk membuat kita tersenyum..
 

Iman dan Kasih Sayang


Sesungguhnya, hati manusia perlu diisi dengan dua perkara iaitu iman dan kasih sayang. Orang yang kurang iman hatinya akan mudah rungsing pada perkara keduniaan dan orang yang hatinya kurang kasih sayang akan tumbuh kebencian. Orang yang hatinya ada kebencian akan mudah membenci orang lain.

Blog Ustaz Amin

Rabu, 26 Disember 2012

Bila Suami kata....

      Ada ke patut jika seorang suami cakap kat isteri dan anak2 dia "..korang ni kan asyik tau nak kikis duit ayah je"..tak ke sedih dan terasa hati...si isteri hanya mampu mengalirkan air mata..tapi duit yang dilemparkan si suami tu ia ambil jugak dgn hati yang amat berat sekali...terasa dirinya dan anak2 membawa beban kepada sang suami....sedihnye...

Jumaat, 7 Disember 2012

Anak

        Aku ada 4 orang anak yang masing2 mempunyai perangai tersendiri..seronok ada anak..sebab anak adalah penyeri rumahtangga..walaupun kadangkala perangai mereka boleh menaikkan darah..tapi sebenarnya itulah hiburan...aku bersyukur...anak sulung aku baru sebulan yang lepas meyambut hari kelahirannya yang ke-12 tahun...tapi kalau dilihat susuk badan dia macam sudah berusia 16 tahun...aku terharu apabila sikakak melihat senarai barang dan buku yang hendak dibeli bagi membolehkan dia menjejakkan kaki ke Tingkatan 1 di sebuah sekolah agama yg berasrama.."mama cukup ke duit nak beli semua ni..kalau tak cukup mama beli yg penting je dulu...yg lain boleh beli kemudian. kasut sekolah yg lama kakak pun boleh pakai lg"..kemudian dia menyenaraikan beberapa barangan yang tidak perlu dibeli...aku terkesima seketika..Alhamdulillah anak aku tahu susah payah ibu dan ayah mencari duit...tak sia-sia didikan aku selama ini yg tidak mengajar mereka hidup dengan kemewahan...walaupun kami mampu memberi kemewahan itu...

Selasa, 4 Disember 2012

Temuduga

               Apalah yang nak diduga selepas bertemu?...Anak aku akan ditemuduga untuk masuk ke Tingakatan 1 tahun hadapan...temuduga untuk masuk ke sekolah aliran agama..kenapalah disusahkan perkara yang baik..jika dah ada keinginan untuk belajar agama itu merupakan petanda yang baik...patutnya diberi galakkan dan dorongan...bila adanya temuduga untuk kealiran agama, banyak la niat2 baik yang terbantut sekiranya tidak melepasi 'standard' yang dikehendaki...semoga kakak dapat memenuhi kehendak penemuduga..Good Luck Kakak...