Jumaat, 7 Disember 2012

Anak

        Aku ada 4 orang anak yang masing2 mempunyai perangai tersendiri..seronok ada anak..sebab anak adalah penyeri rumahtangga..walaupun kadangkala perangai mereka boleh menaikkan darah..tapi sebenarnya itulah hiburan...aku bersyukur...anak sulung aku baru sebulan yang lepas meyambut hari kelahirannya yang ke-12 tahun...tapi kalau dilihat susuk badan dia macam sudah berusia 16 tahun...aku terharu apabila sikakak melihat senarai barang dan buku yang hendak dibeli bagi membolehkan dia menjejakkan kaki ke Tingkatan 1 di sebuah sekolah agama yg berasrama.."mama cukup ke duit nak beli semua ni..kalau tak cukup mama beli yg penting je dulu...yg lain boleh beli kemudian. kasut sekolah yg lama kakak pun boleh pakai lg"..kemudian dia menyenaraikan beberapa barangan yang tidak perlu dibeli...aku terkesima seketika..Alhamdulillah anak aku tahu susah payah ibu dan ayah mencari duit...tak sia-sia didikan aku selama ini yg tidak mengajar mereka hidup dengan kemewahan...walaupun kami mampu memberi kemewahan itu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan