Isnin, 29 Julai 2013

Terima Kasih Allah

 
    Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu.......

    "Inilah perjalanan hidupku.. ALLaH yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan ALLaH.. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya..dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.. Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya.. Terima kasih ALLaH kerana mengasihiku"
    ...
    Selepas itu, buka matamu dan senyumlah....

    via Pakar diari hati

Cucu-cucu Mak


Muhamad Khairul Ashraf  3 tahun anak adik kedua aku...



Nur Iffah Humairah 7 bulan anak adik keempat aku..



Muhamad Fayyad Hakimi 1 tahun 5 bulan anak adik ketiga aku...




Farah Adibah 13 tahun, Nurdiyana Safiyah 11 tahun, Muhamad Fakhrul Amin 8 tahun dan Nur Ain Kamilia 7 tahun...ni semua anak2 aku..
         Tahun ini cucu mak dah 7 1/2 orang...raya ni tambah meriah...semoga hayat aku dipanjangkan dan berpeluang untuk merasa mempunyai cucu dan cicit.....


Khamis, 4 Julai 2013

Teduhan Kasih vs Berteduh Kasih


     Tsunami Teduhan Kasih baru sahaja reda, drama yang  ditayangkan di TV3 baru2 ini berjaya menarik minat ramai penonton setianya terutama wanita..cerita yang amat menarik dan banyak pengajaran daripadanya..aku tidak terlepas peluang sehingga sanggup membeli novel 'Teduhan Kasih' dan membacanya berulang2 kali...kisah berteduh kasih yang amat memilukan...

     Aku terpanggil untuk bercerita berkenaan Nur Iffah Humairah ( spt gambar di atas ) , kebetulan mempunyai nama yang serupa dengan watak utama drama Teduhan Kasih.. 'Iffa"...gambar Nur Iffah Humairah ini diambil ketika berusia 3 bulan..dan kini sudah berusia hampir 6 bulan..bayi yang kematian ayah ketika berusia 40 hari...mempunyai seorang ibu berusia 19 tahun...setelah kematian suami akibat kemalangan jalanraya, ibunya seperti hilang deria rasa..langsung tidak mempedulikan anak ini...menangis dan meraunglah..tiada siapa yang peduli...akhirnya diserahkan anak ini kepada ibu saudara si ayah..ibu saudara yang berumur 65 tahun dan agak uzur mana mampu untuk menjaga Nur Iffah Humairah...

      Mungkin rezeki yang Allah telah rancangkan..ibu saudara ini telah menyerahkan anugerah Allah ini kepada anak lelakinya  yang kebetulan isterinya baru sahaja mengalami keguguran anak pertama...isteri itu adalah adik bongsu aku!!!..dengan penuh syukur anak ini dibela dgn penuh kasih sayang...Alhamdulillah anak ini kini telah menjadi anak saudara aku....disinilah Nur Iffah Humairah berteduh kasih....