Khamis, 4 Julai 2013

Teduhan Kasih vs Berteduh Kasih


     Tsunami Teduhan Kasih baru sahaja reda, drama yang  ditayangkan di TV3 baru2 ini berjaya menarik minat ramai penonton setianya terutama wanita..cerita yang amat menarik dan banyak pengajaran daripadanya..aku tidak terlepas peluang sehingga sanggup membeli novel 'Teduhan Kasih' dan membacanya berulang2 kali...kisah berteduh kasih yang amat memilukan...

     Aku terpanggil untuk bercerita berkenaan Nur Iffah Humairah ( spt gambar di atas ) , kebetulan mempunyai nama yang serupa dengan watak utama drama Teduhan Kasih.. 'Iffa"...gambar Nur Iffah Humairah ini diambil ketika berusia 3 bulan..dan kini sudah berusia hampir 6 bulan..bayi yang kematian ayah ketika berusia 40 hari...mempunyai seorang ibu berusia 19 tahun...setelah kematian suami akibat kemalangan jalanraya, ibunya seperti hilang deria rasa..langsung tidak mempedulikan anak ini...menangis dan meraunglah..tiada siapa yang peduli...akhirnya diserahkan anak ini kepada ibu saudara si ayah..ibu saudara yang berumur 65 tahun dan agak uzur mana mampu untuk menjaga Nur Iffah Humairah...

      Mungkin rezeki yang Allah telah rancangkan..ibu saudara ini telah menyerahkan anugerah Allah ini kepada anak lelakinya  yang kebetulan isterinya baru sahaja mengalami keguguran anak pertama...isteri itu adalah adik bongsu aku!!!..dengan penuh syukur anak ini dibela dgn penuh kasih sayang...Alhamdulillah anak ini kini telah menjadi anak saudara aku....disinilah Nur Iffah Humairah berteduh kasih....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan