Cerita pasal kena tembak sana-sini mulalah rasa gerun bila bergelar 'Penguatkuasa'..termasuklah saya...sementelah mendapat bos baru di pejabat..semua kami yg bergelar 'Penguatkuasa' dah kena turun padang..serbu pemaju yg ingkar Akta Pemaju Perumahan...masing2 tertanya2 adakah kami juga bakal menerima nasib yg sama..DITEMBAK..bila tiada kepuasan dihati akibat tindakan yang diambil mengikut undang2...kami hanya menjalankan tugas... Mungkin satu penyelamat buat aku..Jumaat petang yang lalu aku terkesima membaca memo yang ditujukan kepada aku...aku akan ditukarkan ke bahagian lain yang memerlukan khidmat aku sebagai pegawai perakaunan bukannya penguatkuasa...yang paling aku bersyukur ialah di bahagian baru yang bakal aku ditempatkan tidak memerlukan aku untuk melakukan kerja di luar kawasan...tambahan pula aku akan bertugas di tempat baru bila selesai kursus di INTAN Sabah yg sedang aku hadiri saat ini sehingga 14 Nov ini... Mungkin ini hikmah hijrah dan bulan hijrah ini...terima kasih Ya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan