Rabu, 5 Ogos 2015

WARKAH KEHIDUPAN

Hari ini 05 Ogos 2015…lagi 116 hari maka genaplah 7 tahun dari tragedi di Mersing…tragedi yang memulai palitan sejarah hitam dalam hidup aku… Kini sudah 5 tahun lebih aku bina semula mahligai yang aku runtuhkan..bagi aku ia lebih kukuh dari mahligai sebelum ini kerana kali ini mahligai ini aku bina dengan airmata…aku bina dengan semangat yang ada pada anak2 aku..aku bina dengan keikhlasan ..aku bina dengan keredhaan…aku bina dengan matlamat yang lebih jelas untuk berkhidmat dan berbakti kepada sesiapa sahaja..supaya mati aku nanti aku tidak terkilan..supaya mati aku nanti lebih aman..supaya mati aku nanti aku ada saham yang akan mendoakan aku… Walau dugaan membina semula kehidupan ini lebih mencabar dari dulu..aku lebih bersedia..aku lebih tenang….kerana aku bergantung sepenuhnya kepada Allah…aku tahu perancanganNYA lebih sempurna buat aku..aku tahu DIA sayang aku..aku tahu jawapan bagi segala permasalahan ada pada DIA..buat apa aku susah2 cari manusia lain..sebab aku sentiasa ada DIA…bahagia tidak perlu dicari merata2..bahagia ada di dalam hati yang tenang…Alhamdulillah aku sedar dari mimpi…dulu aku asyik terbayang2 kebahagiaan bila dapat hidup bersama dengan 'dia' selepas 28 Mei 2009..ternyata bayangan bahagia itu hanyalah ilusi semata….Allah tidak izinkan..itulah jawapannya…mungkin aku tambah sengsara..atau jika bukan aku mungkin anak2 aku yang akan menanggung kesengsaraan itu…Allah punya perancangan yang lagi hebat..walau 'dia' dah rancang macam2…. Aku banyak belajar dari kesilapan aku dulu..terlalu pentingkan diri..terlalu mengikut perasaan..terlalu percayakan orang..terlalu kejam pada orang lain…aku lupa tujuan hidup aku untuk mendapat keredhaaNYA…bukan cari redha manusia…bukan cari kutukan manusia…dulu aku rasa aku dajal yang bertopengkan manusia…terpana aku dengan kata2 ini…’ketika kita berbuat dosa iman tiada di dalam hati, mana mungkin dosa dan iman bersekali’…aku tertanya2 sendirian ‘dimana iman aku ketika aku berbuat dosa!!!...’ sahlah ketika itu aku tidak beriman!!!.syukur aku tidak mati ketika itu…terima kasih Ya Allah… Allah Maha Penyayang…DIA tutup aib aku..DIA masih pinjamkan aku masa untuk aku bertaubat…DIA uji aku sebab DIA sayang aku….aku yang tidak sedar ketika itu!!!..aku ikutkan perasaan yang dikawal nafsu..Kini aku benci pada dosa2 aku…Ya Allah lindungilah aku dari melakukan dosa lagi…lindungilah aku dan semua zuriat keturunan aku dari mengulangi kesilapan yang pernah aku lakukan….Terima kasih Ya Allah sebab masih memberi aku nikmat punya IBU…doa ibu yang telah menyelamatkan aku…aku berharap 'dia' juga begitu…hargailah apa yang kita miliki sekarang kerana bukan selamanya ia menjadi milik kita…selalunya kita akan menghargainya bila ia telah tiada disisi….hargai sebelum terlambat..sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan