Selamat tinggal 2016..banyak kenangan manis yg kurang beberapa saat akan berakhir ( ketika entry ini ditulis jam tepat 11.57malam)...
Jan 2016
- mula berhijrah ..tempat tinggal baru, tempat bekerja baru. Anak bersekolah baru. Kehidupan baru yg memberansangkan..
- dipilih utk kali ke5..menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagai tahun 2015...dptlah bergambar dgn Menteri KPKT..Alhamdulillah..
- di akhir tahun Bhg Kewangan yang diselia oleh aku telah memenangi Johan Anugerah Inovasi bagi Pengurusan Kewangan tahun 2016 yang dipertandingkan di antara semua Penjara di Malaysia.
Alhamdulillah..
Semoga tahun 2017 akan terus membawa semangat positif bagai aku untuk terus kuat dan tabah menghadapi semua cabaran dan dugaan.
Kehidupan penuh dengan pelbagai warna. Medan perkongsian ilmu dan amal dalam mengharungi kehidupan.
Sabtu, 31 Disember 2016
Jumaat, 30 Disember 2016
Bahasa Ibunda
Bahasa Ibunda...saya terjumpa dan terbeli buku ni..'Heighok Peitok..Denei Kehidopan'.
Pemilihan buku ini adalah sebab bunyinya yang pelik. Terasa berkobar-kobar untuk dibaca kerana bahasanya. Bahasa warga Batu Kurau, Perak ..bunyinya seakan loghat Kedah + Kelantan + Terenganu + Patani. Kelakar bunyi sebutan perkataannya. Di dalam buku ini disertakan sekali kamus sebagai panduan pembaca. Isunya hanya santai berkisar kehidupan warga Batu Kurau, Perak yang majoritinya berasal dan berketurunan Patani. Satu persoalan..adakah ia bahasa yang sama seperti loghat Kedah Tua seperti yang saya terbaca perbualan dalam mukabuku seorang sifu alias teman yang berkongsi cara-cara jadi seorang penulis.

Rabu, 28 Disember 2016
Salam Kembali
Melewati setahun aku tidak menulis di sini. AlhamdulilLah..aku masih diterima. Masih boleh berbual mesra...masih berupaya meluahkan kata-kata..semoga aku masih sempat untuk bercengkerama dgn diriku di sini...di ruang yg amat sempit tetapi sudah cukup luas bagiku...kembalinya aku dengan azam baru..azam untuk terus menulis walau bukan untuk aku...
Langgan:
Catatan (Atom)