Bahasa Ibunda...saya terjumpa dan terbeli buku ni..'Heighok Peitok..Denei Kehidopan'.
Pemilihan buku ini adalah sebab bunyinya yang pelik. Terasa berkobar-kobar untuk dibaca kerana bahasanya. Bahasa warga Batu Kurau, Perak ..bunyinya seakan loghat Kedah + Kelantan + Terenganu + Patani. Kelakar bunyi sebutan perkataannya. Di dalam buku ini disertakan sekali kamus sebagai panduan pembaca. Isunya hanya santai berkisar kehidupan warga Batu Kurau, Perak yang majoritinya berasal dan berketurunan Patani. Satu persoalan..adakah ia bahasa yang sama seperti loghat Kedah Tua seperti yang saya terbaca perbualan dalam mukabuku seorang sifu alias teman yang berkongsi cara-cara jadi seorang penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan