Selamat tinggal 2016..banyak kenangan manis yg kurang beberapa saat akan berakhir ( ketika entry ini ditulis jam tepat 11.57malam)...
Jan 2016
- mula berhijrah ..tempat tinggal baru, tempat bekerja baru. Anak bersekolah baru. Kehidupan baru yg memberansangkan..
- dipilih utk kali ke5..menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagai tahun 2015...dptlah bergambar dgn Menteri KPKT..Alhamdulillah..
- di akhir tahun Bhg Kewangan yang diselia oleh aku telah memenangi Johan Anugerah Inovasi bagi Pengurusan Kewangan tahun 2016 yang dipertandingkan di antara semua Penjara di Malaysia.
Alhamdulillah..
Semoga tahun 2017 akan terus membawa semangat positif bagai aku untuk terus kuat dan tabah menghadapi semua cabaran dan dugaan.
Manis Gula Pahit Ubat
Kehidupan penuh dengan pelbagai warna. Medan perkongsian ilmu dan amal dalam mengharungi kehidupan.
Sabtu, 31 Disember 2016
Jumaat, 30 Disember 2016
Bahasa Ibunda
Bahasa Ibunda...saya terjumpa dan terbeli buku ni..'Heighok Peitok..Denei Kehidopan'.
Pemilihan buku ini adalah sebab bunyinya yang pelik. Terasa berkobar-kobar untuk dibaca kerana bahasanya. Bahasa warga Batu Kurau, Perak ..bunyinya seakan loghat Kedah + Kelantan + Terenganu + Patani. Kelakar bunyi sebutan perkataannya. Di dalam buku ini disertakan sekali kamus sebagai panduan pembaca. Isunya hanya santai berkisar kehidupan warga Batu Kurau, Perak yang majoritinya berasal dan berketurunan Patani. Satu persoalan..adakah ia bahasa yang sama seperti loghat Kedah Tua seperti yang saya terbaca perbualan dalam mukabuku seorang sifu alias teman yang berkongsi cara-cara jadi seorang penulis.
Pemilihan buku ini adalah sebab bunyinya yang pelik. Terasa berkobar-kobar untuk dibaca kerana bahasanya. Bahasa warga Batu Kurau, Perak ..bunyinya seakan loghat Kedah + Kelantan + Terenganu + Patani. Kelakar bunyi sebutan perkataannya. Di dalam buku ini disertakan sekali kamus sebagai panduan pembaca. Isunya hanya santai berkisar kehidupan warga Batu Kurau, Perak yang majoritinya berasal dan berketurunan Patani. Satu persoalan..adakah ia bahasa yang sama seperti loghat Kedah Tua seperti yang saya terbaca perbualan dalam mukabuku seorang sifu alias teman yang berkongsi cara-cara jadi seorang penulis.
Rabu, 28 Disember 2016
Salam Kembali
Melewati setahun aku tidak menulis di sini. AlhamdulilLah..aku masih diterima. Masih boleh berbual mesra...masih berupaya meluahkan kata-kata..semoga aku masih sempat untuk bercengkerama dgn diriku di sini...di ruang yg amat sempit tetapi sudah cukup luas bagiku...kembalinya aku dengan azam baru..azam untuk terus menulis walau bukan untuk aku...
Rabu, 5 Ogos 2015
WARKAH KEHIDUPAN
Hari ini 05 Ogos 2015…lagi 116 hari maka genaplah 7 tahun dari tragedi di Mersing…tragedi yang memulai palitan sejarah hitam dalam hidup aku…
Kini sudah 5 tahun lebih aku bina semula mahligai yang aku runtuhkan..bagi aku ia lebih kukuh dari mahligai sebelum ini kerana kali ini mahligai ini aku bina dengan airmata…aku bina dengan semangat yang ada pada anak2 aku..aku bina dengan keikhlasan ..aku bina dengan keredhaan…aku bina dengan matlamat yang lebih jelas untuk berkhidmat dan berbakti kepada sesiapa sahaja..supaya mati aku nanti aku tidak terkilan..supaya mati aku nanti lebih aman..supaya mati aku nanti aku ada saham yang akan mendoakan aku…
Walau dugaan membina semula kehidupan ini lebih mencabar dari dulu..aku lebih bersedia..aku lebih tenang….kerana aku bergantung sepenuhnya kepada Allah…aku tahu perancanganNYA lebih sempurna buat aku..aku tahu DIA sayang aku..aku tahu jawapan bagi segala permasalahan ada pada DIA..buat apa aku susah2 cari manusia lain..sebab aku sentiasa ada DIA…bahagia tidak perlu dicari merata2..bahagia ada di dalam hati yang tenang…Alhamdulillah aku sedar dari mimpi…dulu aku asyik terbayang2 kebahagiaan bila dapat hidup bersama dengan 'dia' selepas 28 Mei 2009..ternyata bayangan bahagia itu hanyalah ilusi semata….Allah tidak izinkan..itulah jawapannya…mungkin aku tambah sengsara..atau jika bukan aku mungkin anak2 aku yang akan menanggung kesengsaraan itu…Allah punya perancangan yang lagi hebat..walau 'dia' dah rancang macam2….
Aku banyak belajar dari kesilapan aku dulu..terlalu pentingkan diri..terlalu mengikut perasaan..terlalu percayakan orang..terlalu kejam pada orang lain…aku lupa tujuan hidup aku untuk mendapat keredhaaNYA…bukan cari redha manusia…bukan cari kutukan manusia…dulu aku rasa aku dajal yang bertopengkan manusia…terpana aku dengan kata2 ini…’ketika kita berbuat dosa iman tiada di dalam hati, mana mungkin dosa dan iman bersekali’…aku tertanya2 sendirian ‘dimana iman aku ketika aku berbuat dosa!!!...’ sahlah ketika itu aku tidak beriman!!!.syukur aku tidak mati ketika itu…terima kasih Ya Allah…
Allah Maha Penyayang…DIA tutup aib aku..DIA masih pinjamkan aku masa untuk aku bertaubat…DIA uji aku sebab DIA sayang aku….aku yang tidak sedar ketika itu!!!..aku ikutkan perasaan yang dikawal nafsu..Kini aku benci pada dosa2 aku…Ya Allah lindungilah aku dari melakukan dosa lagi…lindungilah aku dan semua zuriat keturunan aku dari mengulangi kesilapan yang pernah aku lakukan….Terima kasih Ya Allah sebab masih memberi aku nikmat punya IBU…doa ibu yang telah menyelamatkan aku…aku berharap 'dia' juga begitu…hargailah apa yang kita miliki sekarang kerana bukan selamanya ia menjadi milik kita…selalunya kita akan menghargainya bila ia telah tiada disisi….hargai sebelum terlambat..sekian.
Selasa, 24 Mac 2015
Korban Kasih
Adakah ini korban kasih...Alhamdulillah aku masih mampu ketawa dan tersenyum...terima kasih Ya Allah kerana masih kasihkan aku...Kau uji kasih ku..dimanakah patut ku curahkan kasih ini..hanya kepada MU..Engkau sahaja yang akan membalas kasih ku...sebab Engkau empunya perasaan kasih itu..Kau kurniakan kepada sesiapa yang Engkau mahu..
Isnin, 23 Mac 2015
Kasih Yang Diduga...
Kasih Ku diduga lagi...selepas hidup 10 thn bersama..kasih kami terlerai...aku terpaut kasih dgn orang yg aku anggap kasihkan aku...bekas suami juga menganyam kasih baru...org yg aku kasih itu juga telah meleraikan kasihnya padaku...bekas suami juga meleraikan kasih yg dianyam bersama isteri barunya...
Ditakdirkan kasih kami (aku dan bekas suami) bertaut semula...6 tahun berlalu... Kini @ dalam masa terdekat..aku akan berkongsi kasih pula...kasih Ku diduga...aku izin...walau semalam aku tidak rasa apa2...aku tidak tahu perasaanku sendiri...tetapi hari ini, tiba2 hati Ku pilu..sepilu-pilunya....terasa diri ini tidak diperlukan lg....
Isnin, 17 November 2014
Pesanan Dari Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Wahai anakku,
Sesiapa yang kamu bertemu, itulah manusia yang ditakdirkan Allah untuk muncul di hidupmu pada waktu itu. Ia bukan satu kebetulan, tapi satu ketentuan. Setiap manusia di keliling kamu membawa mesej sesuatu untuk dipelajari kamu atau membantu kamu dalam hal-hal yang sedang dihadapi kamu.
Wahai anakku,
Setiap apa yang berlaku pada hidup kamu, itu adalah perkara yang ditakdirkan berlaku pada waktu itu. Apa yang kamu alami tidak mungkin berlaku dalam cara yang lain selain daripada cara yang Allah izinkan ia berlaku. Tiada ruang untuk andaian kamu: “Kalau sedemikian, mungkin ia boleh dielakkan.” Ingatlah wahai anakku, setiap apa yang kamu alami adalah sempurna, dan ia bersesuaian dengan keperluan kamu ketika itu sebagaimana yang dirancang Allah.
Wahai anakku,
Setiap waktu yang berlaku sesuatu perkara adalah masa terbaik untuk perkara tersebut berlaku. Tiada apa boleh berlaku tanpa keizinan-Nya, maka dengan itu, waktu segala apa yang berlaku ialah waktu yang paling sesuai untuk ia berlaku untuk kamu. Asalkan kamu bersedia, setiap waktu adalah waktu terbaik untuk kamu memulakan langkah.
Wahai anakku,
Segala apa yang berakhir, sudah berakhir. Ia mudah sebagaimana titik noktah di penghujung setiap ayat. Apabila ada perkara yang berakhir di hidup kamu, sesuatu yang baru akan bermula. Jika ia ada di ingatan, ia boleh berkekalan. Apabila ia tamat, ia adalah satu permulaan yang baru.
Wahai anakku,
Kamu terbaca tulisan ini bukan satu kebetulan. Kalau tulisan ini menyentuh sanubari kamu, ia juga bukan satu kebetulan. Ia menandakan masa kamu sudah tiba untuk memahami sesuatu sebagaimana sekeping salji tidak mungkin jatuh di tempat yang salah. Kongsilah kepada mereka yang memerlukannya. Perkongsian kamu bukan satu kebetulan.
Senyum
DATO’ TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Langgan:
Catatan (Atom)