Ahad, 24 Julai 2011

Sayonara

Telah tiba masanya ku ucapkan 'Selamat Tinggal'..entah bila aku akan kembali atau aku tidak akan kembali lagi..aku pun tidak pasti..

Sabtu, 16 Julai 2011

Malam ini merupakan malam nisfu sya'aban.. malam yg dibuka pintu langit utk dimakbulkan doa..marilah bersama2 kita panjatkan doa, berzikir dan bertaubat..semoga buku amalan kt ditutup dgn taubat dan buku baru dibuka dgn pujian2 kpd Allah...

Selasa, 21 Jun 2011

SOALAN YANG TIADA JAWAPAN

Soalan yang tiada jawapan...seperti rangkap lagu ini :-

Bangau oh Bangau
kenapa engkau kurus
macamana aku tak kurus
ikan tak mahu timbul..

ikan oh ikan
kenapa tak mahu timbul
macamana aku nak timbul
rumput panjang sangat..

rumput oh rumput
kenapa panjang sangat
macamana aku tak panjang
lembu tak makan aku..

lembu oh lembu
kenapa tak makan rumput
macamana aku nak makan
perut aku sakit..

perut oh perut
kenapa engkau sakit
macamana aku tak sakit
makan nasi mentah..

nasi oh nasi
kenapa engkau mentah
macamana aku tak mentah
kayu api basah..

kayu oh kayu
kenapa engkau basah
macamana aku tak basah
hujan timpa aku...

hujan oh hujan
kenapa timpa kayu
macamana aku tak timpa
katak panggil aku..

katak oh katak
kenapa panggil hujan
macamana aku tak panggil
ular nak makan aku...

ular oh ular
kenapa nak makan katak
macamana aku tak makan
memang makanan aku..
memang makanan aku...

Bukan niat nak kupas lagu ini....hanya untuk renungan bersama....setiap sesuatu ada sebab dan musababnya...punca setiap sebab adalah atas tindakan kita sendiri...usaha kita sendiri...bangau tidak berusaha untuk mengatasi dirinya yang kurus..bukan hanya ikan sahaja makanannya..dan bukan ikan di situ sahaja makanannya...akhir lagu pasti bangau dah putus harapan dengan jawapan....soalan yang dikemukakan tiada jawapannya...berbagai2 alasan telah diberi tapi akhirnya tiada juga jawapan...betul lah kata seorang teman..proses lebih bermakna dari akhirannya...pinjam kata2 bakal maharaja lawak...lu pikir la sendiriii...

Rabu, 18 Mei 2011

Hari Guru vs Hari Jururawat..

Rasanya masih belum terlambat utk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru2 tak kira dimana anda berada pd 16 Mei...jasamu tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.. terutama buat guru2 yg pernah mengajar aku... tapi kesian pada jururawat..Selamat Hari Jururawat dan terima kasih kpd semua jururawat yg disambut pada 12 Mei tidak kira dimana anda bertugas.. jasamu tiada tolok bandingnya...hanya Tuhan saja yg dpt membalasnya...patutnya hari jururawat juga disambut meriah spt hari guru..cuba bayangkan kalau tiada jururawat.. pasti tak de org yg nak jadi doktor kan!..

Sabtu, 7 Mei 2011

Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yg bergelar ibu..terutama kpd ibu ku..jasamu terlampau agung...sentiasa mendoakan aku.. walaupun sejahat mana pun aku.. dan ibu mertua ku...ibu mertua yg paling baik di dunia..org yg mempunyai ibu dialah yg paling kaya krn syurga yg tidak ternilai harganya berada di bawah telapak kaki ibu...wahai suami2 diluar sana hargailah isteri mu yg bertarung nyawa utk memberi zuriat keturunan kpd mu..berperang dan berjuang utk menjadi seorang ibu!!..hargailah mereka bukan hanya pada hari ibu!!

Jumaat, 6 Mei 2011

Mei dan SIS

Bulan Mei menjelma lagi...bulan yg byk kenangan pahit manis.. biar manis..manis2 buah..biar pahit..pahit2 ubat (meminjam dr kata2 Ainol Jamal Zainal Dj Selangor fm)..1 Mei hari pekerja..semua pekerja bercuti termasuk aku.. ditambah cuti pd Isnin 2 Mei 2011.. yahooo!.. bahagianya tak payah kerja... 2 Mei 2009 ...suami aku berkahwin dgn janda 22 tahun (ketika itu suami aku adalah 'bekas suami aku')...4 Mei 2009 keputusan mahkamah yg tidak menyebelahi aku.. 7 Mei 2009 hari terakhir aku berjumpa dgn 'papa'... selepas hari itu aku dah 'mati'...terasa aku kehilangan segala2nya... bertuah aku masih ada ALLAH...8 Mei hari ibu...10 Mei 2011 aku akan menghadiri Majlis Sambutan Hari Ibu...17 Mei 2011 cuti lagi..kali ini hari Selasa..yahooo!.. boleh la tambah cuti Isnin 16 Mei..25 Mei 2011 tadika anak aku akan mengadakan lawatan ke Taman Ostrich di Seremban... 28 Mei 2009 hari khayalan aku... 'mahligai bahagia yang bakal dibina'..tp hanya tinggal angan2 Mat Jenin..khayalan yg tidak menjadi kenyataan..dan 28 Mei setiap tahun juga akan menyebabkan hayat aku berkurangan setahun demi setahun...tanda masa aku telah hampir TAMAT..

Khamis, 28 April 2011

Pengurusan Stress melalui Teknik Origami.

Pelik dengan topik di atas..itulah alasan yg menguatkan aku untuk hadir ke program tersebut.. 27 April 2011, Kem. Sumber Manusia telah menganjurkan program Bicara Hati bertajuk Pengurusan Stress melalui Teknik Origami.. disampaikan oleh Pn. Noridawati bt Mohd Nor, pegawai psikologi Kem. Sumber Manusia..program ini agak santai tp memberi byk impak kepada peserta..pada awal program peserta separuh dewan tp lama kelamaan tinggal suku dewan sahaja...yg keluar dewan menganggap program tersebut lebih sesuai utk cikgu tadika..belajar buat bentuk2 binatang dr lipatan kertas yg dikenali sbg origami..(bukan poligami yeaa)...bagaimana origami dapat mengurangkan stress ...rupanya stress dpt dikurangkan kalau kita fokus kpd sesuatu perkara..origami dpt mengalih tumpuan drpd terus memikirkan perkara yg memberi tekanan... apabila suatu origami itu dpt diselesaikan..peserta akan mencapai suatu kepuasan..secara tak langsung menceriakan individu itu..malah pemilihan objek binatang yg hendak dibuat juga dpt mencerminkan peribadi seseorang...ia juga melatih peserta menggunakan kedua2 belah otak..logik dan kreatif...

Jumaat, 22 April 2011

Kawan Lama

9 dan 10 April yg lalu..bekas murid Sek Men. Teknik Ipoh tahun 87/88 mengadakan 'reunion' di Sand Paradise Resort, Pulau Pinang... bertemakan 'sweet become 40..'...mcm2 cerita dr rakan-rakan sekolah..hampir 80% aku dah tak kenal langsung.. Amat berbeza skali...dulu gelap tp kini dah putih gebu...dulu tembam tp kini dah slim..ada juga yg rambut putih melebihi yg hitam..maklumla dah 23 tahun tak jumpa..ada juga kabar rakan yg telah meninggal dunia...yg bangga ada yg dah dpt phd..yg dipangkal nama ada 'Dr'..ada yg jd lawyer..ada yg jd YB dan paling ramai jd cikgu..tp td aku terserempak lagi dgn rakan lama diputrajaya.. selisih dgn kereta MYVInya saja PJL8484..tanpa sempat bertanya khabar... terkenang semula kisah2 lama...

Selasa, 12 April 2011

Rezeki

Alhamdulillah..inilah yg dikatakan rezeki..14 April 2011..utk kali ke 4 aku bakal naik pentas mengadap Pak Menteri..aku dpt lg Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..berkhidmat selama 14 tahun di 3 Kementerian berbeza... anugerah yg pernah aku terima sebelum ini pd tahun 2002, 2006, 2008 semuanya dr menteri yg berbeza...rasanya kali ini aku dpt APC ni bukan krn kerja aku bagus sgt tapi krn di pejabat aku dah tiada org lain yg belum terima APC kecuali aku..yg br 2 thn bertugas di kementerian ini...inilah yg dikatakan rezeki..tp apa yg aku impikan ialah anugerah isteri dan ibu cemerlang..layak kah aku??

Rabu, 6 April 2011

Kejam

Kenapa manusia kejam? Manusia adalah sebaik2 kejadian krn dikurniakan akal fikiran...tp sebab itu lah juga manusia boleh jd sejahat2 makhluk...ilmu yg ada digunakan kepada perkara yg salah...apa salah aku bila aku sentiasa jd mangsa...org2 di sekeliling aku sentiasa mengambil kesempatan... tak kira kwn ke, adik-beradik ke, malah pasangan sendiri pun ada yg mengambil kesempatan bila isterinya baik...betul2 kejam..

Ahad, 3 April 2011

Dendam

Seorang sahabat telah bercerita pd aku.."aku bengang betul dgn mamat ni...aku tak akan maafkan dia selama2nya"..aku tanya balik.."apa yg dia dah buat kat engkau"... "mamat ni kira balak aku la..lebih kurang kekasih gelap la..dia dah ada bini aku pun dah ada laki..tp ayat2 cinta dia power.. aku lentok..wa ckp lu... macam2 dia janji kat aku..nak bela aku dr ditindas dek laki aku la konon..taknak tengok aku derita..nak tengok aku bahagia la..tp skrg tengok apa dia dah buat kat aku..aku dibiar terkontang-kanting seorang diri...dia buat sampai aku bercerai-berai..pastu tinggalkan aku...dia janji nak kawin dgn aku lepas aku bercerai..tp hampeh..dia ada penyakit 'TB'.. takut biniii.... mcm mkn tebu lepas ambil manis hampas dibuang...aku pun bodoh..habis aku serah body aku kat dia... kira aku berzina la...mula2 aku takut...tp dia kata takpe lepas ni kita minta ampun dgn Tuhan byk2...aku benci sgt kat dia...kenapa dia sanggup buat aku mcm ni... musnahkan hidup aku.. aku rasa jijik dgn diri aku sendiri...hanya Tuhan saja yg dpt membalasnya.. nasib aku baik ada rumah perlindungan utk wanita mcm aku ni..kalau tak aku rasa tempat aku di Hospital Bahagia..tp perkataan yg tak dpt aku lupa..sebelum dia langsung tak ambil tahu pasal aku..mcm aku tak pernah wujud dlm hidup dia..mamat ni pernah cakap..dia tak kisah apa yg akan terjadi pd hujung hubungan kami samada kahwin dgn aku ke tidak tapi dia suka kpd proses utk dapatkan aku..." ....berlinang airmata ini seusai sahabat ini mengakhiri kisahnya... habis hilang mood aku hari ini..

Khamis, 31 Mac 2011

Sabar atau Ikhlas?

Antara sabar dan ikhlas mana patut didahulukan? Soalan yg ditanya oleh seorang sahabat..aku termenung memikirkan jawapannya...kalau kt ikhlas tanpa sabar..ikhlas tak akan dpt bertahan..tp kalau kt sabar..sabar dgn segala mehnah..ikhlas akan hadir dgn sendirinya..br dpt ketenangan...betul ke? Itulah apa yg aku amalkan dan itulah yg aku dpt..bg aku..aku betul...tp tak tau la pd org lain..pd tika dan saat ini aku rindu sgt pd pd Mu..pd Mekah..terutama pd Kaabah..betapa tenangnya aku bila memandang Kaabah...bila lagi ya Allah..jemputlah aku menjadi tetamu Mu lagi...

Jumaat, 25 Mac 2011

Ambil Kesempatan

Kenapa manusia suka mengambil kesempatan diatas kelemahan org lain..kelemahan aku..aku suka tolong org tanpa mengira agenda sebaliknya..kata sifu..'never think negetive'...itulah yg aku buat tanpa harap sebarang balasan pun...tp aku diberi tuba bertimba2...sedihnya hati ini...tak apa aku ada Allah..Ya Allah lindungi lah aku dr manusia yg suka menindas.. lindungilah aku dr manusia yg khianat...Ya Allah kepadaMU saja tempat aku mengadu.. mudahkan lah segala urusan ku samada urusan dunia mahupun urusan akhirat.. jadikan lah aku antara hamba Mu yg sentiasa bersyukur.. aminnn

Sabtu, 19 Mac 2011

Penantian adalah satu penyiksaan..selalunya diungkapkan oleh org yg tengah angau bercinta..tapi aku lega krn penantian ku akan berakhir esok... berakhirnya cuti sekolah...maka berakhirnya rasa bersalah aku krn tak dpt bercuti utk menghabiskan masa bersama anak2..waktu selepas pejabat dan hujung minggu saja yg dpt aku peruntukan masa dgn anak2..sama spt hari biasa persekolahan..ada hikmahnya...byk tempat juga kami berkunjung dgn penjimatan.. antaranya bandar i-City di Shah Alam..mandi kolam yg free je kat Putrajaya.. kami mandi di tepi pantai jugak..tp pantai buatan di Putrajaya je..waktu rehat di pejabat aku hantar anak2 ke Perpustakaan di Bangi dan Putrajaya..ku jemput balik bila habis waktu pejabat..ku kira percutian kali ini amat memenatkan tapi berbaloi...terima kasih anak-anak ku kerana memahami mama..
Setiap anak adalah amanah..byk anak dgn perangai yg berbeza walau dr sumber yg sama..anak lelaki tunggal aku ni penyegan skit terutama bila kena buat homework...aku ketawa bila dialog ini dilafazkan.."kenapa amin tak habis lagi tulis"... "amin tak larat nak buat dah"..."kenapa tak larat pulak"...."tak larat la sebab bateri dah habis"...kelakar betul alasan yg diberi..memang kreatif...

Selasa, 15 Mac 2011

?

Aku tak tahu nak tulis apa...aku sayang blog ni..tempat aku luahkan perasaan dan lebih bersifat peribadi...aku nak rakamkan setiap detik kehidupan aku ( atas nasihat seorang sahabat maya..)..tp kadangkala keadaan dan masa seolah-olah menyemburui aku...apa yg tidak pernah aku rasa...kalau boleh aku nak rakamkan semuanya..dan aku percaya ramai diluar sana juga punya byk rasa...

Rabu, 2 Mac 2011

Mula Bekerja

Hari ini aku mula bekerja setelah separuh bulan aku cuti sakit..mcm2 perubahan berlaku dipejabat...entah la aku tak de mood nak kerja...kalau la aku byk duit..x payah keje utk org lain...aku nak kerja utk kepuasan diri...skrg ni x boleh nak buat keputusan..walau kita dah buat keputusan..bos x bg tetap tak boleh.. kalau kita kata tak boleh tapi bos kata 'kita kena buat benda salah dgn cara yg betul'..aku nak kata apa...aku tak suka...!

Selasa, 1 Mac 2011

Iktibar Kisah Siti

1..jgn cepat melatah bila ditimpa musibah..bersabar dan mohon petunjuk Allah..... 2..setiap masalah ada hikmah..kalau Siti x bercerai mungkin Siti x smpai ke Mekah............. 3..jgn bercerita tentang masalah rumahtangga pd kawan lelaki..dr simpati akan beralih sayang..... 4..Allah adalah sebaik2 pendengar, mengadulah pdNYA, berserahlah padaNYA..pasti DIA bersama mu...hati akan tenang walau apa pun yg datang menimpa diri........ 5..jgn mudah percaya pd pujuk rayu seorg lelaki.... 6..ubat hidup adalah CINTA pd yg berhak..iaitu ALLAH..

Jumaat, 25 Februari 2011

Ubat Hidup 2

Rasanya tidak sabar aku nak habiskan cerita tentang Siti...Hiduplah Siti sebagai seorang ibu tunggal..amat perit bila semuanya hendak diuruskan sendiri..tiada teman untuk berkongsi rasa..walau pun tenang Siti sunyi..lain kisahnya pulak dikeluarga sebelah bekas suami ..bermacam2 fitnah dilontarkan pada Siti..Siti tu hipokrit..solat tunggang-tungging tapi hati busuk..memburukkan suami sendiri..Siti perempuan jalang..ada jantan lain..naik turun hotel dengan jantan walau masih bergelar isteri...hanya adik lelaki bekas suami siti saja yang masih mempertahankan siti..sebab dia pernah tinggal sebumbung dengan siti dan abang nya lebih 10 tahun..bila abangnya ( bekas suami siti ) berkahwin lain..dia pun berpindah hidup bersama rakan sekerjanya...mungkin dia tahu hati budi siti..

      Apabila Siti hampir untuk berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah, khabar tidak enak sampai ke telinga Siti..bekas suami siti telah tidak tinggal sebumbung dengan isteri barunya..isterinya telah dihantar untuk tinggal bersama ibu-bapanya..2 dari 4 anak siti dijaga oleh suami siti sendirian..siti tak tahu kenapa jadi begitu..sehingga lah siti pulang dari Mekah..bekas suami siti bercerita tentang isteri barunya.."dia tak sama macam mama..yang baru tak sama dengan yang lama..hari2 cari gaduh dengan ayah..ada saja yang tidak kena..dengan anak2 pun asyik mengadu anak2 kita degil dan tak dengar kata..kesian kakak dan diana asyik kena marah je.."..siti tak tahu nak cakap apa...awal2 lagi siti dah cakap.. betul2 ke nak kahwin sebab baru kenal 2 bulan dah nak kahwin..tapi bekas suami siti degil dan ego...tetap dengan pendiriannya..hidup bekas suami siti tak tentu arah..perempan keliling pinggang..siti mula rasa bersalah..dan dia juga sering hantar smsm pada siti..maki hamun siti..sebab tindakan siti dia jadi lebih jahat ....semua salah siti...dan siti sendiri rasa bersalah pada semua orang..mungkin kalau siti bertahan semua ini tidak akan berlaku..

    Siti terkedu bila dengar ceramah agama di pejabat..kata ustaz.."isteri yang diberi suami yang berperangai tidak elok sebenarnya adalah ujian dari Allah..lihatlah contoh Asiah..isteri Firaun lagi..kenapa kita tidak boleh bersabar..sebenarnya banyak pahala yang Allah dah sediakan untuk isteri2 yang begini.." lagi satu ustaz tu cakap ." daripada mohon cerai lebih baik bertahan...anak2 yang membesar tanpa seorang ayah susah untuk cemerlang..kita mencari kebahagiaan sendiri dengan mengorbankan kebahagiaan anak2..mana nak ..korban seorang ( iaitu diri sendiri dengan ganjaran pahala ) atau korban 4 orang anak ( dengan ganjaran bahagia didunia )...isteri yang punya suami..suaminya adalah sandaran syurga bagi seorang isteri..tapi kalau tiada suami..apa yang nak disandarkan.."..Siti pernah menceritakan semasa di Mekah siti telah berdoa.." Ya Allah, aku mohon kepada Mu agar membuang segala sifat2 mazmumah yang ada pada diriku dan bekas suami ku..buang lah segala sikap dan sifat tidak elok yang ada pada kami..dan tanamkanlah sifat mahmudah dalam diri kami..sekiranya baik bagi kami untuk bersatu semula Kau satukan lah kami dan sekiranya tidak baik bagi kami maka Kau jauhkan lah kami.."..

   Ditakdirkan pada bulan Disember bekas suami siti telah dimasukkan ke hospital kerana ketumbuhan didalam perut...Pihak hospital telah memanggil siti untuk hadir dihospital..siti terkejut pada mulanya..tapi siti hadirkan diri di hospital pakar itu..disitu bekas suami siti terbaring di wad sambil menahan sakit..Dr kata terdapat 6 ketulan di usus nya dan ia perlu dibuang segera..bekas suami siti memegang tangan siti..merayu pada siti untuk kembali padanya...katanya.."mama baliklah pada ayah..demi anak2...mama tinggal ayah dah hampir setahun..ayah langsung tak bahagia..apa yang ayah buat semuanya serba tak kena..macam2 penyakit datang..ayah dapat lelah semula..dengan sakit ayah ni lagi..mama balik la kepangkuan ayah..ye...kita bina balik apa yang dah runtuh dan kita betulkan balik apa yang salah.."..siti menangis..tak terkata apa2...akhirnya siti pasrah.."ye ayah..mama kan kembali pada ayah..mama akan jaga ayah dan mama kan jaga anak2 ayah..ayah jangan risau..ayah akan sembuh mama dan anak2 akan doakan ayah.."

    Dipendekkan cerita..selepas pembedahan secara 'scope' dilakukan..siti berulang melawat bekas suami di hospital..yang tragisnya ada seorang perempuan yang menemani bekas suaminya...bila siti tanya siapa perempuan itu..katanya ..bakal isterinya..kami akan nikah pada hari raya cina akan datang...bagai halilintar membelah dada siti...siti menangis semahu-mahunya..." kenapa ayah buat kat mama macam ni..ayah ajak mama kawin semula pada masa yang sama ayah nak kawin dengan orang lain..ayah kejam.."...bekas suami siti cuba memujuk siti..tapi siti dah lari keluar dari wad tersebut...siti menangis dan menangis lagi...bekas suami siti mohon siti untuk berkorban untuknya..dia dah berjanji untuk kahwin dengan perempuan tu..dan masa yang sama dia nak siti juga menerimanya..pendek kata bekas suami siti nak kahwin kedua2nya sekali...siti tak mahu bermadu...bekas suami merayu pada siti..siti tiada pilihan..siti mohon petunjuk Allah..dan...siti buat keputusan nekad untuk kahwin dengan bekas suaminya dan menerima perempuan itu sebagai madunya..janji Tuhan payung emas untuk isteri yang membenarkan suaminya berpoligami..siti dapat rasakan itu adalah didikan Tuhan pada siti..dulu masa siti nak kahwin dengan cikgu n..siti pandai lak pujuk isterinya untuk bermadu dengan siti..kini siti pulak yang kena pujuk diri untuk menerima madu...Tuhan 'twist' je...sekarang siti pulak rasa...Allah Maha Besar..cinta siti hanya untuk mendapat keredhaanNya..pesan siti kalau kita Cinta Allah..apa yang berlaku semuanya sandaran kepada syurga Allah sekiranya kita berserah padanya...

   Bekas suami siti dah keluar dari hospital dan pulang ke kampungnya untuk berubat secara kampung...hari2 bekas suami siti akan sms pada siti..berterima kasih pada siti kerana sanggup menerimanya dan perempuan itu...Allah Maha Besar..perancangan Allah adalah yang terbaik..pulangnya bekas suami siti ke Bangi..bermacam2 perkara berlaku..si perempuan yang ingin bermadu itu telah memberi syarat pada bekas suami siti supaya dia dikahwini dulu baru boleh kahwin dengan siti..siti pulak cakap..kalau ayah kahwin dulu dengan perempuan tu belum tentu ayah dapat kawin dengan siti sebab belum tentu perempuan itu nak beri izin..tapi kalau pilih siti dulu..siti dah janji awal2 lg untuk beri izin ayah kahwin lagi..bekas suami buntu..akhirnya setuju untuk kahwin dengan siti dulu...keputusan bekas suami siti telah membuatkan perempuan itu mengamuk..berbagai2 sms dia hantar pada siti..bermacam2 kata2 kesat dilemparkan..tapi siti tenang aje..biarlah di nak lepaskan perasaannya...siti pujuk juga..agar sama2  bersyukur..tapi bagai mencurah air di daun keladi...akhirnya perempuan itu tarik diri..dan bekas suami siti telah putuskan hubungan dengan perempuan itu...

  Siti bersatu semula dengan bekas suaminya..kegembiraan wajah anak2 jelas terbayang...baru2 ini ada kawan siti mengadu hal padanya..." Lia kan kan dah kawin semula dengan seorang duda beranak 3..tapikan lia nak minta nasihat akak la..suami lia ni nak kembali pada bekas isterinya..macamana nak buat ni kak..Lia tak nak bermadu.."...siti termenung...sama macam cerita aku...Allahuakbar....

Khamis, 24 Februari 2011

Ubat Hidup 1

Aku kenali Siti lama dah ketika kami sama2 bersekolah rendah hinggalah menengah.. keakraban kami terganggu bila masing ke sekolah berasrama..kini masing2 dgn kisah tersendiri..kisah hidup Siti dipaparkan utk diambil iktibar...salah Siti sebab bercerita masalah rumahtangganya pada cikgu n..suami Siti tidak menghargai siti..mereka dikahwin kan atas pilihan keluarga..semua urusan rumah dan sekolah anak2 diurus sendiri oleh Siti..tambahan suaminya sering bersama2 kawannya..larut mlm br balik..ganja dan judi jadi amalan..Siti seorang yg kuat beragama..dan x sanggup lg berlakon depan keluarga dan saudara..Siti menderita tp Siti tau smua itu ujian Allah..tp bila cikgu n hadir..cikgu n telah menberi semangat baru pd Siti utk bertindak demi diri Siti dan anak2 siti...jgn dibiar org menindas..kita berhak utk mendpt kebahagian... cikgu n ingin membahagiakan Siti.. Cikgu x mau tgk siti menderita lg...siti percaya sepenuhnya pd cikgu n.. siti nak hidup dgn cikgu.. begitu juga dgn cikgu.. cikgu nak membela hidup siti...cikgu tak mau melihat airmata siti lg..siti nekad mohon cerai dan cikgu n sanggup memperisterikan siti sbg no 2...pd mulanya siti meraguinya tp cikgu begitu bersungguh2... katanya isterinya x membantah...suami siti terkejut dgn tindakan siti..dia terpaksa ceraikan siti bla siti buat laporan polis berkenaan kegiatannya.. semuanya atas nasihat cikgu n.. selepas diceraikan hubungan siti dan cikgu bertambah rapat..dr panggilan 'U' dan 'I'..panggilan telah bertukar kpd 'sayang' dan seterusnya 'papa' dan 'mama'..cikgu n layan siti bagai menatang minyak yg penuh..blanja makan minum dan mcm2 blanja dibayar oleh cikgu..bekas suami siti telah kawin lain dgn janda anak satu sebelum siti habis edah..sebab nak tutup malu bini dia tinggalkan dia...cikgu n telah jumpa ibu dan keluarga siti utk minta izin kahwin dgn siti...ibu n keluarga semua berat hati sbb tak mau siti ambil hak org lain..tp sbb siti dah sayang sgt dan melihat akan kesungguhan cikgu n, mereka x menghalang.. cikgu n telah mengambil tindakan2 yg sepatutnya utk berpoligami..ke pej agama, mencari saksi, isi borang nikah dan semuanya telah siap kecuali satu ..kebenaran nikah dr isteri pertama..! ..isterinya telefon siti dgn esakan..katanya walau dia setuju tp dia x akan jumpa siti dan hidupnya lepas ini hanya demi anak2.. siti cuba memujuk.."siti bkn nak rampas suami akak, siti hanya nak tumpang kasih suami akak je"... dimahkamah isteri cikgu telah buat bantahan pd 4 mei..7 mei cikgu jumpa siti dan beri 2 cadangan.. 1..minta siti menyamar jd isteri cikgu dan beri izin dmahkamah..sbb muka kami seolah kembar..dan ke2 ajak siti kawin disiam.. Siti x mau..sbb siti dah ckp dr awal jika isteri cikgu bantah siti akan berundur dr hidup cikgu...akhirnya 7 mei itulah kali terakhir siti jumpa cikgu n...hidup siti selepas itu amat tersiksa skali..cikgu lansung x tanya berita siti..seolah2 siti tak pernah wujud..siti bagai layang2 terputus tali...menangis n terus menangis..berbagai kaunselor siti jumpa.. smua siti buat sendrian tanpa ibu n keluarga.. depan mereka siti seolah2 bahagia dgn keputusan siti..siti tau siti dah silap langkah.. bermcm2 sms dan email siti hantar pd cikgu n..bg tau deritanya siti..siti hanya bercakap dgn dinding...siti celik seketika..siti ada Tuhan.. siti menyerah diri pdNYA...siti berjumpa dgn kekasih siti..ALLAH SWT di Mekah...siti kembali tenang..

Rabu, 23 Februari 2011

Ubat Hidup

Terkesima seketika setelah aku mendengar kisah hidup seorang teman...kisah bermula ketika Siti berusia 15 tahun..hatinya berbunga cinta..cinta pada guru Bahasa Inggeris di kelas tuisyennya..cikgu n tak la hensom pun tapi airmukanya manis.. pandai bermain kata dan kreatif ketika mengajar.. menyebabkan Siti terpikat..disebabkan cikgu n, Siti rajin belajar dan suka mata pelajaran Bahasa Inggeris.. disebabkan ego, masing2 hanya memendam rasa.. cikgu n ada beberapa kali cuba memikat Siti..tp Siti jual mahal...hubungan mereka terputus..Siti menyimpan surat cikgu n selama 10 tahun..thn tersebut cikgu n kembali dlm hidup Siti..Siti menyulam cintanya cantik sekali..batas2 agama sentiasa dijaga.. sehingga Siti hampir memberi persetujuan utk menjadi isteri cikgu n.. Allah Maha Kuasa..berita cikgu n telah beristeri dan punya 2 anak telah menjengah ke telinga Siti.. Siti amat kecewa dgn cikgu n krn merasakan dia ditipu dgn cikgu yg dia sanjung selama ini..surat2 cikgu n yg siti simpan selama ini siti racik halus2 dgn linangan airmata..Siti menulis surat terakhir kpd cikgu n dgn menggunakan pen berdakwat merah.. malang x berbau..surat tersebut telah sampai ke tangan isteri cikgu n..Siti terkedu bila menerima panggilan dr isteri cikgu n..dia memohon maaf bg pihak suaminya yg telah kecewakan Siti..siti tambah terharu bila mengetahui isteri cikgu n masih dlm pantang anak kedua..siti terus memutuskan hubungan dgn cikgu n...amat perit rasanya bila hati dan perasaan kita dimain2kan..cikgu n dan siti terputus hubungan... namun begitu kasih siti pd cikgu n tak mampu dibuang..12 tahun berlalu..kasìh mereka bertaut kembali tetapi dlm situasi berbeza..cinta dan kasih mereka adalah yg terlarang krn masing telah berkeluarga.. (bersambung)

Cuti Sakit

Sudah beberapa hari aku di rumah menghabiskan masa dan usia..ku kira masa2 yg berlalu itu penuh terisi dgn membaca dan melayari internet...sesekali kebosanan menjengah juga...krn aktiviti luar tidak dpt ku laksanakan lantaran kesihatan tidak mengizinkan..'mc' sehingga 1 Mac...rindu pulak pd kesibukan di pejabat...ku kira itulah sifat manusia..tak pernah rasa puas..masa tengah sibuk2 asyik fikir nak mc..bila Tuhan dah bg mc sampai separuh bulan, sibuk pulak nak keje... patutnya aku bersyukur... Terima kasih Tuhan..

Isnin, 21 Februari 2011

LIFE

Life is a matter of give n take..sharing n caring... forgive n forget...

Cinta

Februari bulan yg rata2 orang mengambarkan bulan Cinta..kerana jatuhnya hari meraikan kekasih pada 14 hb...hari yg byk memusnahkan maruah gadis2...Cinta itu buta..memBUTAkan mata dr melihat kebenaran.. cinta menjadikan org menderhaka..disebabkan cinta org membunuh..itu negetifnya cinta...Cinta juga menCELIKkan mata..dgn cinta org melihat keindahan, org menghargai kenikmatan dan dgn cinta wujudnya semangat utk terus hidup..itulah cinta utk mendapat redha Ilahi..

Ahad, 20 Februari 2011

Ujian

Alhamdulillah..syukur kpd Allah..aku masih diberi peluang utk hidup..masih diberi peluang utk menginsafi diri...masih diberi peluang memohon maaf dan memberi maaf.. selamat tinggal 'Rumah Sakit'..3 hari aku penghuni setia mu..aku terharu bila melihat wajah2 si kecil di rumah menanti kepulangan ibu mereka..redup sekali pandangan mata bila bertentangan...mata layu si suami yg keletihan dgn ragam anak yg pelbagai dan urusan2 kerja serta rumah yg ditanggung berseorangan...aku pasrah...airmata tidak dapat ku bendung lagi..menitis membasahi pipi..Terima Kasih Tuhan..

Sabtu, 19 Februari 2011

Rumah Sakit

Pertama kali dlm hidup aku diusung ke bilik 'OT'..gerun gak..mcm diusung ke bilik mayat je..berdetup-detap jantung aku...

Jumaat, 18 Februari 2011

Nak Sakit

Siapa nak sakit, angkat tangan..pasti tiada satu pun tangan yang berangkat.. Sakit itu ubat.... ubat untuk tidak lupa pada Pencipta Sihat juga ubat.... ubat untuk kita lupa pada diri yg tidak punya apa..
Biar aku sakit agar aku tidak lupa siapa aku.. Allah Maha Besar Maha Mengetahui Maha Segala2nya..Terima kasih Tuhan

Khamis, 17 Februari 2011

Nak Hidup

Macam2 manusia sanggup buat untuk terus hidup. Kadangkala rasa kita perlu dan mesti hidup untuk melihat orang yg kita sayang terus menikmati hidup, walaupun kita di ambang kematian. Di kala dan ketika ini aku penghuni setia rumah yg rata2 manusia harap untuk terus hidup..hairan ye ramai org menyebutnya 'rumah sakit' bukannya 'rumah hidup atau rumah sihat'.!..melihat jiran2 aku di sini yg sakitnya pelbagai, aku insaf dan bersyukur akan sakit ku ini..moga Allah permudahkan segala2nya..Amin

Rabu, 16 Februari 2011

Guruh Berbunyi Air Ditempayan Dicurahkan

(samb dr entry 'Sehari Di Mahkamah') Wah.. sekarang ni aku dah bebas, bebas dari kongkongan lelaki yang bernama suami...aku ada banyak masa dan aku boleh 'chart my own destiny'..macam-macam dalam perancangan termasuk untuk menyambung belajar..Aku mencari kehidupan baru yang pastinya akan lebih indah dari sebelum ini...aku ingin mengejar pelangi...kuasa Allah menentukan segala..Takdir mengatasi tadbir...Kehidupan selepas diceraikan bukan seperti yang dijangkakan. Aku sangka mentari bersinar tetapi sebaliknya berlaku mentari malu menampilkan diri kerana aku isteri yang hina...kerana aku yg memohon cerai.. BERGEGAR ARASH !

Aku kesepian, kehidupan sebagai seorang janda amat perit sekali.. gangguan-gangguan di pejabat membuat aku terasa hati..sehingga ada teman-teman yang berseloroh menyatakan 'kopi janda ' sedap...aku hanya mampu tersenyum.. dalam hati tiada siapa yang tahu.. hati kecil ku menangis ..2 anak2 bersama ku.. manakala 2 lg bersama ku pada hujung minggu... anak juga dah pandai merungut..'mama, kita org dah letih la..kejap kat rumah ayah, kejap kat rumah mama, kejap kat rumah tok..sampai bila hidup macam ni..'. Kesihan anak2..aku yg kemaruk nak kejar kebahagiaan tetapi telah mengorbankan kebahagiaan anak2..aku mmg ibu tak guna..hanya pentingkan diri sendiri.. pelajaran anak2 aku juga merosot..dan perangai pun semakin nakal dan degil.. kadang2 bila aku berkunjung ke restoran aku terharu sgt bila melihat kemesraan keluarga yg menjamu selera disitu..aku kehilangan detik2 begitu..aku hanya bersama anak2..pincang rasa hidup ini...azam aku..aku mesti kembalikan keceriaan dan kebahagiaan anak2 aku..

Selasa, 1 Februari 2011

Poligami

Seronok kalau bercerita pasal poligami terutama bagi lelaki. Insan golongan ini walau mulut berkata aku tak mahu kahwin lg..tapi dlm hati kalau diberi peluang tak akan menolak..ada seorg rakan bkn beragama Islam pernah berkata.. "tak kan u nak hidup sebantal dgn org yg sama utk lebih 20 tahun..hidup akan membosankan.. mesti ada amoy cantik utk enjoy sekali-sekala.."..itulah prinsip org yg tidak berpegang pd ajaran Al-Quran..bg mereka tidak berdosa asalkan isteri dpt apa yg dikehendakinya..tp kita yg hidup beragama hanya nikah saja yg dpt menghalal hubungan antara lelaki dan wanita...lelaki selalu kata isterinya adalah hak mutlak sang suami tetapi si suami bukan hak mutlak seorg isteri krn dia berhak utk punya 4 isteri..wahai suami2 dluar sana wanita mana yg sanggup berkongsi kasih terutama isteri yg masih segar-bugar..sebab itulah Allah telah menjanjikan payung emas dsyurga bg isteri yg beri izin suaminya berkahwin lg.. Tapi hati wanita bkn senang utk melakukannya.. dirinya rasa tidak diperlukan lg..hanya satu cara yg aku rasa seorg isteri akan mengizinkan dgn rela hati..bila hatinya hanya mencintai Allah melebihi segala2nya...wallahulam

Isnin, 17 Januari 2011

Satu Hari Di Mahkamah

Mahkamah Syariah Daerah Petaling, Petaling Jaya..16 Februari 2009..9.30pg

Isnin 16 Februari 2009 sebutan kes aku mohon cerai kat mahkamah Syariah PJ di Jln Othman jam 9.00 pg. Pada asalnya aku tak tau sapa yang patut ikut aku..nak bawak sapa..untung jugak aku ada penasihat atau lebih tepat lawyer tak bertauliah yang bagi idea..aku kena bawa mak la…dan kalau boleh bawa semua adik-beradik aku…untuk bagi support..akhirnya si aini ( adik ke2 ) sorang je yang ikut..tijah ( adik ke3) tak leh cuti dah sebab 10hb dia dah amik cuti antar si soleha ( adik ke4) ke kursus bakeri tu..mak lak kena jaga ain ( anak ke4..3 thn)  yang demam…aini pun oklah bagi penguat semangat..
Pg tu aku bangun kul 5 pg..aku siapkan semua kelengkapan sekolah anak2 aku..kul 2pg pun aku terjaga..tak lena aku dibuatnya..dah la ain demam..si kakak ( anak pertama..9 thn ) muntah la plak..aku berdebar2..tapi aku cuba relaxkan perasaan ini…memang aku cool je…aku buat je sebagaimana aku patut buat tanpa fikir apa yang akan berlaku kat mahkamah kul 9 nanti..lepas antar anak2 ke sekolah..aku terus pergi 3b ( Bandar Baru Bangi )..kul 7.00pg aku dah telefon abg ( bekas suami ) untuk get ready..abg blum bangun tido lagi..abg cakap apa yang call awal2..pergi kul 8pg la..aku kata mana boleh kul 7.30pg kena bertolak dah sebab jalan jem..abg pun kata ok..tepat kul 7.30pg aku sampai depan rumah abg..pintu dah terbuka..suami jiran sebelah tgh sibuk start enjin motor nak hantar anak2 dia pergi sekolah agama..aku call abg..dia jawab..tunggu la dulu jiran sebelah ada kat luar segan la mama..nanti apa dia orang kata..aku kata ok je..tau dak masa tu la abg nak sidai kain..bengang betul aku..aku takut tak sempat sampai kul 9.00pg kat mahkamah..mula2 dia kata dia nak naik avanza..aku kata tak payah la..naik la skali dengan kita orang..bukan apa..aku takut nanti dia tak ikut kete aku..
Ayat pertama abg cakap masa masuk kereta..apa yang sibuk2 nak pergi cepat sangat..bukannya nak pergi berseronok…aku diam je tak cakap apa2 pun..lepas tu tak de sapa2 pun kata apa2..masing2 diam seribu bahasa..abg cuba memecahkan kesunyian..abg tanya ni jln apa..tak de sapa pun yang jawap..pastu abg cakap lagi..mama dah betul2 ke buat keputusan..mama ni tak fikir panjang…cuba mama fikir ..nanti mama hidup jadi janda..tak de sapa nak tolong mama..selama ni pun ayah sabar je tengok mama terjerit2 kat anak..sampai jiran masa kat putrajaya pun cakap mama ni suka bergaduh dengan anak2..aku jwp..kalau mama gaduh dgn budak2 pun sebab mama tension kat ayah la..bukan ayah peduli…pastu abg cakap lagi…nanti mama sakit jiwa..mental mama nanti terganggu..percaya la cakap ayah..mama nak buat semua sorang2…nak amik kakak dgn diyana (anak ke2..7 thn ) lagi amin ( anak ke 3..4 thn ) dan ain lagi..dah la nak duduk kuarters sorang2..kalau sekarang ni boleh la sebab mama duduk dengan mak ..ada orang nak masak..ada orang nak uruskan baju dan main2 dengan budak2..nanti kalau mama duduk kuarter mama akan sakit jiwa punya…aku geram betul dengar abg cakap cam tu..ari tu pasai apa yang suruh aku minta kuarters…ni cakap cam tu lak..benci betul..saja nak susahkan aku…aku hanya jawap..ala jalan jem sangat ni tak sempat sampai kul 9.00pg..ayah punya pasal la ni..janji kul 7.30..masa tu la nak sidai kain…pastu abg cakap..ala bukannya nak pergi seronok2 yang nak cepat sangat tu buat apa…tak sempat2 nak title janda ke..seronok sangat ke dapat title janda..mama tak tau hidup sebagai janda ni..ramai orang akan kata belakang..mama sakit jiwa nanti..mana nak pikir anak mana nak pikir diri mama..lagi pun mahkamah ni bukan leh selesai hari ni..mesti tangguh2…entah2 2 ke tiga tahun baru selesai…aku geram betul…aku balas balik..kalau ayah tak lepaskan mama dan susahkan mama siap la..semua mama cerita..mama tak kira dah..nak selesai cepat ayah kena lepas mama..jgnlah susahkan mama.!!!.masa tu aku menangis..sebak……..

Kami sampai kat mahkamah jam 9.15pg..aku risau sangat takut kena tangguh ke sebab aku dah lambat..nasib memang menyebelahi aku..ada tempat parking khas untuk kelisa aku..abg kata..mama dah booking ke parking ni….tension betul aku dengar kata2 abg..aku tau dia saja nak bagi aku bengang..aku buat tak tau je..aku terus masuk dalam mahkamah..aku tanya kat kaunter mana dewan 2..petugas kat situ jawab..hari ni semua kes di dewan 1..aku pun masuklah ke dewan 1..kelibat abg tak kelihatan..dalam hati aku..manala plak pakcik ni…aku terus bukak pintu dewan 1..apa ni ramai nye orang..nak dengar kes aku ke..berderau gak darah ni…bila ada petugas yang beritahu pengiring kena duduk kat luar..hanya yang ada kes aja boleh stay dalam dewan..lega la..ramainya yang ada kes…yang kesian tu..dah tua2 pun ada yang nak bercerai..dalam hati aku…nasib baik la aku bercerai sekarang…bukannya masa tua2 cam tu..

Masa dalam dewan aku kena serahkan IC…ada 4 orang petugas dalam dewan..2 orang duduk kat sebelah kanan aku ..dekat dengan orang2 yang ada kes.. seorang perempuan dan seorang lelaki..dan dua lagi pakai kot duduk depan hakim..seorang lelaki dan seorang perempuan..hakim lelaki…muka serius je..tapi nampak tak garang pun…aku solawat byk2..tak tau nak sembang apa…dan sebenarnya malas nak sembang..aku hanya fikir pasal diri aku je…abg masuk minta kunci kereta kat aku..aku kata ada kat aini..dalam hati aku jgnlah abg gi mana2..5 min abg masuk dalam dewan lega hati aku..

Lebih kurang jam 9.30pg hakim masuk dalam dewan..semua kena bangun..hakim mulakan sesi..sepasang demi sepasang pasangan yang hendak berpisah di panggil kehadapan..depan 2 pegawai tu disediakan dua mikropon..satu untuk plantif dan satu untuk defendan..macam2 cerita..ada yang nak pisah tapi suami tak setuju..monyok je si plantif sebab kena tangguh dan dapatkan wakil untuk jadi pendamai..ada yang terus diceraikan..ada jugak suami yang nak ceraikan isteri tapi isteri plak tak bersetuju…ada yang nak mohon cerai tapi defendan tak hadir..ada yang surat saman tak dapat diserahkan..ada yang nampak ok je..masih tinggal sebumbung dan masih bersama dgn suami tapi masing2 nak berpisah…kes aku dipanggil selepas 6 pasangan dipanggil oleh petugas mahkamah…Pn. Musliha Shamsudin (bukan nama sebenar) dan En. Farid bin Abd Razak (bukan nama sebenar )..aku berdebar2..gigil kepala lutut..( kepalanya saja bukan lutut ) ..kalau masa ni gambar aku diambil rasanya mesti gambar tak jadi..rosak kemera..

Hakim            : Plantif..Musliha Shamsudin (bukan nama sebenar )..apa yang kamu mohon?
Me                 : Saya mohon cerai.
Hakim            : Defenden ..kamu dah terima surat saman.?
Abg                : Dah
Hakim             : Kamu dah baca?
Abg                 : Dah
Hakim             : Kamu dah faham?
Abg                 : Dah
Hakim             : Adakah kamu bersetuju dengan permohonan cerai ini?
Abg                 : Ya saya setuju.
Hakim             : Palntif..kenapa mohon cerai
Me                  : tidak sefahaman
Hakim             : Lagi ?
Me                  :..( diam…)…ada sikap2 suami yang saya tidak boleh terima
Hakim             : Apa yang telah kamu lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Me                   : saya pergi kaunseling kat pejabat agama dan saya duduk asing di rumah  mak.
Hakim             : Defendan..apa yang kamu telah lakukan bagi menyelesaikan masalah ini ?
Abg                 : ..(..diam..)……..
Hakim             : Ada kamu pergi kaunseling?
Abg                 :…( sambil geleng kepala)...tak..
Hakim             :Plantif..adakah permohonan kamu ini ada sebarang paksaan?
Me                   : Tidak
Hakim             : Defenden..adakah persetujuan kamu ini ada sebarang paksaan?
Abg                 : tidak
Hakim             : Plantif..adakah kamu suci ketika ini?
Me                   : Suci
Hakim             : Adakah kamu bersama suami semasa tempoh suci tersebut?
Me                   : Tidak
Hakim             : Adakah anda mengandung ketika ini?
Me                   : Tidak
Hakim             : setelah mendengar hujah dari kedua2 pihak palntif dan defendan..dan terdapat persetujuan antara kedua2nya untuk bercerai..dengan ini mahkamah membenarkan defendan untuk melapazkan talak satu sahaja kepada plantif..

Habis aje kata-kata tersebut petugas dihadapan hakim memberi sekeping nota untuk dibaca oleh abg..sebelum itu abg disuruh berselawat dan membaca bismillah…abg lapazkan..saya Farid bin Abd Razak menceraikan isteri saya Musliha bt Shamsudin dengan talak satu..kemudian abg tandatangan diatas nota tersebut dan kemudian nota itu diberi pada aku untuk ditandatangan..

Hakim             : Plantif..adakah kamu dengar dan faham apa yang di ucapkan oleh defenden.
Me                  : Ya saya dengar dan faham.
Hakim             : Apa yang kamu faham.
Me                  : Saya telah diceraikan dengan talak satu oleh suami saya.
Hakim             : Defenden..adakah kamu faham apa yang kamu lapazkan tadi?
Abg                 : Ya saya faham
Hakim             : Apa yang kamu faham?
Abg                 : saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu.
Hakim             : Dengan ini, mulai tarikh 16 Februari 2009 plantif dan defendan bukan lagi suami isteri..sebarang  urusan selepas ini sila berurusan dengan pendaftar di kaunter mahkamah..kes selesai dan ditutup.

Itulah antara dialog yang masih tergiang2 ditelinga aku masa aku kat dewan 1, mahkamah syariah Daerah Petaling..masa lapaz talak diucapkan oleh abg..aku rasa berdebar sangat…tapi bila hakim kata kes selesai dan ditutup aku..rasa lega..tapi kaki aku rasa cam melekat kat lantai dewan.. lembut lutut…nak angkat muka pun rasa malu sangat..aku keluar..lebih kurang jam 10.30pg..terus aku pergi kat aini..aini pun kata “dah sudah ke?”..aku jawap….” Dah “..”aik senang je” …”tu la” …abg terus pergi ke tandas..masa balik aku drive juga…masuk je dalam kereta..abg cakap..”mama dah happy la..seronok la tu..dah dapat title janda..pas ni leh la buat kenduri..puas la hati mama”…aku tarik tangan abg..aku cium tangan abg..aku kata…”mama minta maaf ayah..dari hujung kaki hingga hujung rambut..selama mama hidup dengan ayah tolong maafkan semua dosa mama pada ayah..zahir dan batin…halalkan makan minum mama”..aku tak mampu untuk berkata2 hanya airmata deras mengalir ke pipi…abg kata..”ayah pun minta maaf..ayah tak jaga mama dengan baik….ayah silap satu je..ayah tak tanya mama ok ke tak ok hidup dengan ayah..ayah ingat ok..sebab mama nampak ok je”…aku diam sepanjang jalan..dan sepanjang jalan tu jugaklah abg bercakap tak henti2…yang pastinya aku malas nak ambil pot apa yang abg cakap..nak cakap apa pun cakap lah..aku dah bebas….lega kepala ni..inilah pertama kali aku menjejak kaki ke dewan mahkamah dan dibicarakan..selama ini aku hanya tgk drama kat tv je…kata org pengalaman yang amat berharga…seribu satu rasa semasa berada di dalam dewan mahkamah..tambahan pulak apa yang aku minta @ buat adalah sesuatu yang amat dibenci Tuhan walaupun ia dibolehkan…walau hati aku lega tapi aku rasa malu untuk angkat muka aku...seperti semua orang tengah mengejek aku...aku dah jadi janda!!!satu status yang aku rasa semua wanita tak mahu rasa...

            Hati aku tiada siapa yang tahu…biarlah hati ini menjadi saksi dan penyimpan rahsia aku…betapa aku rasa diri ini tidak dihargai sebagai seorang isteri…kemesraan antara kami tiada..hanya menunaikan tanggungjawap sahaja…aku pun walau tak bahagia..cuba pujuk hati agar semua orang nampak kami bahagia….kami kahwin atas pilihan keluarga…masa aku kahwin dgn abg aku telah dua kali di kecewakan sehingga mood untuk kahwin aku letak tepi..aku sambung  belajar..tapi kalau dah jodoh…semua ketentuan Allah…abg pernah cakap ..dia kahwin dgn aku pun sebab ayah yang suruh kahwin…abg merupakan seorang yang baik hati..tapi entahlah…aku sendiri masa 4 bulan pertama perkahwinan kami ..aku rasakan lebih baik aku hidup bujang dari kahwin..abg lebih pada kawan2 dia..aku dibiar sendiri…semua aku urus sendiri…hal anak2 ..sekolah anak…nursery anak..hinggakan akulah pendokong utama bisnes suami aku…dari tiada apa2 hinggalah abg dapat bukak cawangan bisnes lanskap dan tapak semaian pokok bunga..dari hanya ada sebiji kancil hinggalah ada 3 kereta, lori dan van…dari tiada apa2 hinggalah semua orang kampung respect kat abg…tapi aku..dibiar sendiri…solat jauh sekali…abg mula ego..aku rasa diriku hanya tunggul..abg balik rumah hanya sejam untuk aku bercerita...tgh malam baru balik…nak manja jauh sekali… aku pujuk diri aku…Tuhan sayang aku itulah sebabnya aku diuji dgn suami yang macam ni..aku pasrah dan redho…sehinggalah aku dapat pertahankan perkahwinan aku sehingga tahun ke 10…aku dah punya 4 anak…tika ini baru aku sedar sampai bila aku nak hidup begini..aku rasakan aku tidak diperlukan lagi dalam hidup abg…abg dah dapat apa yang dia nak…aku kena cari kebahagiaan sendiri…hidup yang penuh warna warni perlu aku hayati…aku rasa aku perlu pergi dari hidup abg..biarlah dia cari dan dapatkan apa yang dia hendak..abg pernah kata dia nak kahwin lagi satu…aku penghalangnya…kini abg dah kahwin lain pun…dgn janda anak 1 umur 22 tahun…moga abg bahagia dengan pilihan hati abg…aku pun dah tenang dgn hidup aku…banyak perasaan yang perlu dijaga…terutama hati mak dan hati aku jugak..aku tak mahu bersedih lagi..amanah Tuhan ada padaku…anak2 aku..walaupun hanya 2 orang yang bersama aku…tapi aku kini dah cukup bahagia…hanya ingin menikmati hidup yang penuh warna warni…Ya Allah ..terima kasih atas pemberian dan kurniaan Mu…terima kasih atas kasih sayang Mu….         

Nota : Catatan ini adalah cerita benar ditulis sendiri oleh orang yang menghadapinya pada Mei 2009, dipaparkan untuk berkongsi pengalaman..cerita selanjutnya akan disambung pada edisi yang lain..

Rabu, 5 Januari 2011

Takdir Mengatasi Tadbir.

Penatnya diminggu pertama tahun 2011.. walau aku rasa aku sudah cukup bersedia.. Sesekali tersasar dr apa yg drancang..tghari td lembut lutut aku kerana terpaksa turun tangga dr aras 13..gara2 lif rosak.. aku bergelap seketika sblum pintu lif terbuka smula diaras 13...terus aku keluar lif dan gunakan tangga...bla dah sampai dibawah aku dapati lif berjalan seperti biasa je..tak rosak pun..hampeh betul..itulah tadbir manusia x dpt atasi takdir Allah..

Isnin, 3 Januari 2011

Hari Pertama Persekolahan

Hari ini hari pertama 2 anak ku masuk tabika.. walaupun bukan kali pertama bg mereka, tapi hati ibu, risau x tentu pasal sehingga terbawa dlm tidur ku..harapan ku amat besar agar anak2 aku dpt menjadi seorang INSAN yg sentiasa bersyukur..zaman sekarang ni yuran masuk tabika ku kira lebih besar dr masuk U..bayang kan daftar tabika 6 thn RM860 manakala 5 thn RM820..2 org anak dah brape..tak kira lg byran bulanan yg paling murah pun RM300 sebulan..nasib baik aku tiada anak kecil lg..klau ada siap la lg RM300 utk byr pengasuh...walau apa pun bg aku setiap anak ada rezeki masing2..dan setiap anak itu adalah amanah Allah pd kita..

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Datang 2011

Mlm td abg mimpi...org2 dlm mimpinya kata tahun 2011 tahun kahwin 2...hampeh betul...rajuk ku sampai ke tengah hari...abg pujuk.. 'ala mainan tidur je la'...entah la hati wanita ku pasti terguris kalau topik 'itu' diungkap...aku nak bahagia..semoga tahun 2011 tahun yg membahagiakan..pernah dengar kata2 dr radio Ikim...'kebahagiaan itu bergantung kepada berapa tinggi keikhlasan kita'...