Jumaat, 25 Februari 2011

Ubat Hidup 2

Rasanya tidak sabar aku nak habiskan cerita tentang Siti...Hiduplah Siti sebagai seorang ibu tunggal..amat perit bila semuanya hendak diuruskan sendiri..tiada teman untuk berkongsi rasa..walau pun tenang Siti sunyi..lain kisahnya pulak dikeluarga sebelah bekas suami ..bermacam2 fitnah dilontarkan pada Siti..Siti tu hipokrit..solat tunggang-tungging tapi hati busuk..memburukkan suami sendiri..Siti perempuan jalang..ada jantan lain..naik turun hotel dengan jantan walau masih bergelar isteri...hanya adik lelaki bekas suami siti saja yang masih mempertahankan siti..sebab dia pernah tinggal sebumbung dengan siti dan abang nya lebih 10 tahun..bila abangnya ( bekas suami siti ) berkahwin lain..dia pun berpindah hidup bersama rakan sekerjanya...mungkin dia tahu hati budi siti..

      Apabila Siti hampir untuk berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah, khabar tidak enak sampai ke telinga Siti..bekas suami siti telah tidak tinggal sebumbung dengan isteri barunya..isterinya telah dihantar untuk tinggal bersama ibu-bapanya..2 dari 4 anak siti dijaga oleh suami siti sendirian..siti tak tahu kenapa jadi begitu..sehingga lah siti pulang dari Mekah..bekas suami siti bercerita tentang isteri barunya.."dia tak sama macam mama..yang baru tak sama dengan yang lama..hari2 cari gaduh dengan ayah..ada saja yang tidak kena..dengan anak2 pun asyik mengadu anak2 kita degil dan tak dengar kata..kesian kakak dan diana asyik kena marah je.."..siti tak tahu nak cakap apa...awal2 lagi siti dah cakap.. betul2 ke nak kahwin sebab baru kenal 2 bulan dah nak kahwin..tapi bekas suami siti degil dan ego...tetap dengan pendiriannya..hidup bekas suami siti tak tentu arah..perempan keliling pinggang..siti mula rasa bersalah..dan dia juga sering hantar smsm pada siti..maki hamun siti..sebab tindakan siti dia jadi lebih jahat ....semua salah siti...dan siti sendiri rasa bersalah pada semua orang..mungkin kalau siti bertahan semua ini tidak akan berlaku..

    Siti terkedu bila dengar ceramah agama di pejabat..kata ustaz.."isteri yang diberi suami yang berperangai tidak elok sebenarnya adalah ujian dari Allah..lihatlah contoh Asiah..isteri Firaun lagi..kenapa kita tidak boleh bersabar..sebenarnya banyak pahala yang Allah dah sediakan untuk isteri2 yang begini.." lagi satu ustaz tu cakap ." daripada mohon cerai lebih baik bertahan...anak2 yang membesar tanpa seorang ayah susah untuk cemerlang..kita mencari kebahagiaan sendiri dengan mengorbankan kebahagiaan anak2..mana nak ..korban seorang ( iaitu diri sendiri dengan ganjaran pahala ) atau korban 4 orang anak ( dengan ganjaran bahagia didunia )...isteri yang punya suami..suaminya adalah sandaran syurga bagi seorang isteri..tapi kalau tiada suami..apa yang nak disandarkan.."..Siti pernah menceritakan semasa di Mekah siti telah berdoa.." Ya Allah, aku mohon kepada Mu agar membuang segala sifat2 mazmumah yang ada pada diriku dan bekas suami ku..buang lah segala sikap dan sifat tidak elok yang ada pada kami..dan tanamkanlah sifat mahmudah dalam diri kami..sekiranya baik bagi kami untuk bersatu semula Kau satukan lah kami dan sekiranya tidak baik bagi kami maka Kau jauhkan lah kami.."..

   Ditakdirkan pada bulan Disember bekas suami siti telah dimasukkan ke hospital kerana ketumbuhan didalam perut...Pihak hospital telah memanggil siti untuk hadir dihospital..siti terkejut pada mulanya..tapi siti hadirkan diri di hospital pakar itu..disitu bekas suami siti terbaring di wad sambil menahan sakit..Dr kata terdapat 6 ketulan di usus nya dan ia perlu dibuang segera..bekas suami siti memegang tangan siti..merayu pada siti untuk kembali padanya...katanya.."mama baliklah pada ayah..demi anak2...mama tinggal ayah dah hampir setahun..ayah langsung tak bahagia..apa yang ayah buat semuanya serba tak kena..macam2 penyakit datang..ayah dapat lelah semula..dengan sakit ayah ni lagi..mama balik la kepangkuan ayah..ye...kita bina balik apa yang dah runtuh dan kita betulkan balik apa yang salah.."..siti menangis..tak terkata apa2...akhirnya siti pasrah.."ye ayah..mama kan kembali pada ayah..mama akan jaga ayah dan mama kan jaga anak2 ayah..ayah jangan risau..ayah akan sembuh mama dan anak2 akan doakan ayah.."

    Dipendekkan cerita..selepas pembedahan secara 'scope' dilakukan..siti berulang melawat bekas suami di hospital..yang tragisnya ada seorang perempuan yang menemani bekas suaminya...bila siti tanya siapa perempuan itu..katanya ..bakal isterinya..kami akan nikah pada hari raya cina akan datang...bagai halilintar membelah dada siti...siti menangis semahu-mahunya..." kenapa ayah buat kat mama macam ni..ayah ajak mama kawin semula pada masa yang sama ayah nak kawin dengan orang lain..ayah kejam.."...bekas suami siti cuba memujuk siti..tapi siti dah lari keluar dari wad tersebut...siti menangis dan menangis lagi...bekas suami siti mohon siti untuk berkorban untuknya..dia dah berjanji untuk kahwin dengan perempuan tu..dan masa yang sama dia nak siti juga menerimanya..pendek kata bekas suami siti nak kahwin kedua2nya sekali...siti tak mahu bermadu...bekas suami merayu pada siti..siti tiada pilihan..siti mohon petunjuk Allah..dan...siti buat keputusan nekad untuk kahwin dengan bekas suaminya dan menerima perempuan itu sebagai madunya..janji Tuhan payung emas untuk isteri yang membenarkan suaminya berpoligami..siti dapat rasakan itu adalah didikan Tuhan pada siti..dulu masa siti nak kahwin dengan cikgu n..siti pandai lak pujuk isterinya untuk bermadu dengan siti..kini siti pulak yang kena pujuk diri untuk menerima madu...Tuhan 'twist' je...sekarang siti pulak rasa...Allah Maha Besar..cinta siti hanya untuk mendapat keredhaanNya..pesan siti kalau kita Cinta Allah..apa yang berlaku semuanya sandaran kepada syurga Allah sekiranya kita berserah padanya...

   Bekas suami siti dah keluar dari hospital dan pulang ke kampungnya untuk berubat secara kampung...hari2 bekas suami siti akan sms pada siti..berterima kasih pada siti kerana sanggup menerimanya dan perempuan itu...Allah Maha Besar..perancangan Allah adalah yang terbaik..pulangnya bekas suami siti ke Bangi..bermacam2 perkara berlaku..si perempuan yang ingin bermadu itu telah memberi syarat pada bekas suami siti supaya dia dikahwini dulu baru boleh kahwin dengan siti..siti pulak cakap..kalau ayah kahwin dulu dengan perempuan tu belum tentu ayah dapat kawin dengan siti sebab belum tentu perempuan itu nak beri izin..tapi kalau pilih siti dulu..siti dah janji awal2 lg untuk beri izin ayah kahwin lagi..bekas suami buntu..akhirnya setuju untuk kahwin dengan siti dulu...keputusan bekas suami siti telah membuatkan perempuan itu mengamuk..berbagai2 sms dia hantar pada siti..bermacam2 kata2 kesat dilemparkan..tapi siti tenang aje..biarlah di nak lepaskan perasaannya...siti pujuk juga..agar sama2  bersyukur..tapi bagai mencurah air di daun keladi...akhirnya perempuan itu tarik diri..dan bekas suami siti telah putuskan hubungan dengan perempuan itu...

  Siti bersatu semula dengan bekas suaminya..kegembiraan wajah anak2 jelas terbayang...baru2 ini ada kawan siti mengadu hal padanya..." Lia kan kan dah kawin semula dengan seorang duda beranak 3..tapikan lia nak minta nasihat akak la..suami lia ni nak kembali pada bekas isterinya..macamana nak buat ni kak..Lia tak nak bermadu.."...siti termenung...sama macam cerita aku...Allahuakbar....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan