Rabu, 16 Februari 2011

Guruh Berbunyi Air Ditempayan Dicurahkan

(samb dr entry 'Sehari Di Mahkamah') Wah.. sekarang ni aku dah bebas, bebas dari kongkongan lelaki yang bernama suami...aku ada banyak masa dan aku boleh 'chart my own destiny'..macam-macam dalam perancangan termasuk untuk menyambung belajar..Aku mencari kehidupan baru yang pastinya akan lebih indah dari sebelum ini...aku ingin mengejar pelangi...kuasa Allah menentukan segala..Takdir mengatasi tadbir...Kehidupan selepas diceraikan bukan seperti yang dijangkakan. Aku sangka mentari bersinar tetapi sebaliknya berlaku mentari malu menampilkan diri kerana aku isteri yang hina...kerana aku yg memohon cerai.. BERGEGAR ARASH !

Aku kesepian, kehidupan sebagai seorang janda amat perit sekali.. gangguan-gangguan di pejabat membuat aku terasa hati..sehingga ada teman-teman yang berseloroh menyatakan 'kopi janda ' sedap...aku hanya mampu tersenyum.. dalam hati tiada siapa yang tahu.. hati kecil ku menangis ..2 anak2 bersama ku.. manakala 2 lg bersama ku pada hujung minggu... anak juga dah pandai merungut..'mama, kita org dah letih la..kejap kat rumah ayah, kejap kat rumah mama, kejap kat rumah tok..sampai bila hidup macam ni..'. Kesihan anak2..aku yg kemaruk nak kejar kebahagiaan tetapi telah mengorbankan kebahagiaan anak2..aku mmg ibu tak guna..hanya pentingkan diri sendiri.. pelajaran anak2 aku juga merosot..dan perangai pun semakin nakal dan degil.. kadang2 bila aku berkunjung ke restoran aku terharu sgt bila melihat kemesraan keluarga yg menjamu selera disitu..aku kehilangan detik2 begitu..aku hanya bersama anak2..pincang rasa hidup ini...azam aku..aku mesti kembalikan keceriaan dan kebahagiaan anak2 aku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan