Jumaat, 25 Februari 2011

Ubat Hidup 2

Rasanya tidak sabar aku nak habiskan cerita tentang Siti...Hiduplah Siti sebagai seorang ibu tunggal..amat perit bila semuanya hendak diuruskan sendiri..tiada teman untuk berkongsi rasa..walau pun tenang Siti sunyi..lain kisahnya pulak dikeluarga sebelah bekas suami ..bermacam2 fitnah dilontarkan pada Siti..Siti tu hipokrit..solat tunggang-tungging tapi hati busuk..memburukkan suami sendiri..Siti perempuan jalang..ada jantan lain..naik turun hotel dengan jantan walau masih bergelar isteri...hanya adik lelaki bekas suami siti saja yang masih mempertahankan siti..sebab dia pernah tinggal sebumbung dengan siti dan abang nya lebih 10 tahun..bila abangnya ( bekas suami siti ) berkahwin lain..dia pun berpindah hidup bersama rakan sekerjanya...mungkin dia tahu hati budi siti..

      Apabila Siti hampir untuk berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah, khabar tidak enak sampai ke telinga Siti..bekas suami siti telah tidak tinggal sebumbung dengan isteri barunya..isterinya telah dihantar untuk tinggal bersama ibu-bapanya..2 dari 4 anak siti dijaga oleh suami siti sendirian..siti tak tahu kenapa jadi begitu..sehingga lah siti pulang dari Mekah..bekas suami siti bercerita tentang isteri barunya.."dia tak sama macam mama..yang baru tak sama dengan yang lama..hari2 cari gaduh dengan ayah..ada saja yang tidak kena..dengan anak2 pun asyik mengadu anak2 kita degil dan tak dengar kata..kesian kakak dan diana asyik kena marah je.."..siti tak tahu nak cakap apa...awal2 lagi siti dah cakap.. betul2 ke nak kahwin sebab baru kenal 2 bulan dah nak kahwin..tapi bekas suami siti degil dan ego...tetap dengan pendiriannya..hidup bekas suami siti tak tentu arah..perempan keliling pinggang..siti mula rasa bersalah..dan dia juga sering hantar smsm pada siti..maki hamun siti..sebab tindakan siti dia jadi lebih jahat ....semua salah siti...dan siti sendiri rasa bersalah pada semua orang..mungkin kalau siti bertahan semua ini tidak akan berlaku..

    Siti terkedu bila dengar ceramah agama di pejabat..kata ustaz.."isteri yang diberi suami yang berperangai tidak elok sebenarnya adalah ujian dari Allah..lihatlah contoh Asiah..isteri Firaun lagi..kenapa kita tidak boleh bersabar..sebenarnya banyak pahala yang Allah dah sediakan untuk isteri2 yang begini.." lagi satu ustaz tu cakap ." daripada mohon cerai lebih baik bertahan...anak2 yang membesar tanpa seorang ayah susah untuk cemerlang..kita mencari kebahagiaan sendiri dengan mengorbankan kebahagiaan anak2..mana nak ..korban seorang ( iaitu diri sendiri dengan ganjaran pahala ) atau korban 4 orang anak ( dengan ganjaran bahagia didunia )...isteri yang punya suami..suaminya adalah sandaran syurga bagi seorang isteri..tapi kalau tiada suami..apa yang nak disandarkan.."..Siti pernah menceritakan semasa di Mekah siti telah berdoa.." Ya Allah, aku mohon kepada Mu agar membuang segala sifat2 mazmumah yang ada pada diriku dan bekas suami ku..buang lah segala sikap dan sifat tidak elok yang ada pada kami..dan tanamkanlah sifat mahmudah dalam diri kami..sekiranya baik bagi kami untuk bersatu semula Kau satukan lah kami dan sekiranya tidak baik bagi kami maka Kau jauhkan lah kami.."..

   Ditakdirkan pada bulan Disember bekas suami siti telah dimasukkan ke hospital kerana ketumbuhan didalam perut...Pihak hospital telah memanggil siti untuk hadir dihospital..siti terkejut pada mulanya..tapi siti hadirkan diri di hospital pakar itu..disitu bekas suami siti terbaring di wad sambil menahan sakit..Dr kata terdapat 6 ketulan di usus nya dan ia perlu dibuang segera..bekas suami siti memegang tangan siti..merayu pada siti untuk kembali padanya...katanya.."mama baliklah pada ayah..demi anak2...mama tinggal ayah dah hampir setahun..ayah langsung tak bahagia..apa yang ayah buat semuanya serba tak kena..macam2 penyakit datang..ayah dapat lelah semula..dengan sakit ayah ni lagi..mama balik la kepangkuan ayah..ye...kita bina balik apa yang dah runtuh dan kita betulkan balik apa yang salah.."..siti menangis..tak terkata apa2...akhirnya siti pasrah.."ye ayah..mama kan kembali pada ayah..mama akan jaga ayah dan mama kan jaga anak2 ayah..ayah jangan risau..ayah akan sembuh mama dan anak2 akan doakan ayah.."

    Dipendekkan cerita..selepas pembedahan secara 'scope' dilakukan..siti berulang melawat bekas suami di hospital..yang tragisnya ada seorang perempuan yang menemani bekas suaminya...bila siti tanya siapa perempuan itu..katanya ..bakal isterinya..kami akan nikah pada hari raya cina akan datang...bagai halilintar membelah dada siti...siti menangis semahu-mahunya..." kenapa ayah buat kat mama macam ni..ayah ajak mama kawin semula pada masa yang sama ayah nak kawin dengan orang lain..ayah kejam.."...bekas suami siti cuba memujuk siti..tapi siti dah lari keluar dari wad tersebut...siti menangis dan menangis lagi...bekas suami siti mohon siti untuk berkorban untuknya..dia dah berjanji untuk kahwin dengan perempuan tu..dan masa yang sama dia nak siti juga menerimanya..pendek kata bekas suami siti nak kahwin kedua2nya sekali...siti tak mahu bermadu...bekas suami merayu pada siti..siti tiada pilihan..siti mohon petunjuk Allah..dan...siti buat keputusan nekad untuk kahwin dengan bekas suaminya dan menerima perempuan itu sebagai madunya..janji Tuhan payung emas untuk isteri yang membenarkan suaminya berpoligami..siti dapat rasakan itu adalah didikan Tuhan pada siti..dulu masa siti nak kahwin dengan cikgu n..siti pandai lak pujuk isterinya untuk bermadu dengan siti..kini siti pulak yang kena pujuk diri untuk menerima madu...Tuhan 'twist' je...sekarang siti pulak rasa...Allah Maha Besar..cinta siti hanya untuk mendapat keredhaanNya..pesan siti kalau kita Cinta Allah..apa yang berlaku semuanya sandaran kepada syurga Allah sekiranya kita berserah padanya...

   Bekas suami siti dah keluar dari hospital dan pulang ke kampungnya untuk berubat secara kampung...hari2 bekas suami siti akan sms pada siti..berterima kasih pada siti kerana sanggup menerimanya dan perempuan itu...Allah Maha Besar..perancangan Allah adalah yang terbaik..pulangnya bekas suami siti ke Bangi..bermacam2 perkara berlaku..si perempuan yang ingin bermadu itu telah memberi syarat pada bekas suami siti supaya dia dikahwini dulu baru boleh kahwin dengan siti..siti pulak cakap..kalau ayah kahwin dulu dengan perempuan tu belum tentu ayah dapat kawin dengan siti sebab belum tentu perempuan itu nak beri izin..tapi kalau pilih siti dulu..siti dah janji awal2 lg untuk beri izin ayah kahwin lagi..bekas suami buntu..akhirnya setuju untuk kahwin dengan siti dulu...keputusan bekas suami siti telah membuatkan perempuan itu mengamuk..berbagai2 sms dia hantar pada siti..bermacam2 kata2 kesat dilemparkan..tapi siti tenang aje..biarlah di nak lepaskan perasaannya...siti pujuk juga..agar sama2  bersyukur..tapi bagai mencurah air di daun keladi...akhirnya perempuan itu tarik diri..dan bekas suami siti telah putuskan hubungan dengan perempuan itu...

  Siti bersatu semula dengan bekas suaminya..kegembiraan wajah anak2 jelas terbayang...baru2 ini ada kawan siti mengadu hal padanya..." Lia kan kan dah kawin semula dengan seorang duda beranak 3..tapikan lia nak minta nasihat akak la..suami lia ni nak kembali pada bekas isterinya..macamana nak buat ni kak..Lia tak nak bermadu.."...siti termenung...sama macam cerita aku...Allahuakbar....

Khamis, 24 Februari 2011

Ubat Hidup 1

Aku kenali Siti lama dah ketika kami sama2 bersekolah rendah hinggalah menengah.. keakraban kami terganggu bila masing ke sekolah berasrama..kini masing2 dgn kisah tersendiri..kisah hidup Siti dipaparkan utk diambil iktibar...salah Siti sebab bercerita masalah rumahtangganya pada cikgu n..suami Siti tidak menghargai siti..mereka dikahwin kan atas pilihan keluarga..semua urusan rumah dan sekolah anak2 diurus sendiri oleh Siti..tambahan suaminya sering bersama2 kawannya..larut mlm br balik..ganja dan judi jadi amalan..Siti seorang yg kuat beragama..dan x sanggup lg berlakon depan keluarga dan saudara..Siti menderita tp Siti tau smua itu ujian Allah..tp bila cikgu n hadir..cikgu n telah menberi semangat baru pd Siti utk bertindak demi diri Siti dan anak2 siti...jgn dibiar org menindas..kita berhak utk mendpt kebahagian... cikgu n ingin membahagiakan Siti.. Cikgu x mau tgk siti menderita lg...siti percaya sepenuhnya pd cikgu n.. siti nak hidup dgn cikgu.. begitu juga dgn cikgu.. cikgu nak membela hidup siti...cikgu tak mau melihat airmata siti lg..siti nekad mohon cerai dan cikgu n sanggup memperisterikan siti sbg no 2...pd mulanya siti meraguinya tp cikgu begitu bersungguh2... katanya isterinya x membantah...suami siti terkejut dgn tindakan siti..dia terpaksa ceraikan siti bla siti buat laporan polis berkenaan kegiatannya.. semuanya atas nasihat cikgu n.. selepas diceraikan hubungan siti dan cikgu bertambah rapat..dr panggilan 'U' dan 'I'..panggilan telah bertukar kpd 'sayang' dan seterusnya 'papa' dan 'mama'..cikgu n layan siti bagai menatang minyak yg penuh..blanja makan minum dan mcm2 blanja dibayar oleh cikgu..bekas suami siti telah kawin lain dgn janda anak satu sebelum siti habis edah..sebab nak tutup malu bini dia tinggalkan dia...cikgu n telah jumpa ibu dan keluarga siti utk minta izin kahwin dgn siti...ibu n keluarga semua berat hati sbb tak mau siti ambil hak org lain..tp sbb siti dah sayang sgt dan melihat akan kesungguhan cikgu n, mereka x menghalang.. cikgu n telah mengambil tindakan2 yg sepatutnya utk berpoligami..ke pej agama, mencari saksi, isi borang nikah dan semuanya telah siap kecuali satu ..kebenaran nikah dr isteri pertama..! ..isterinya telefon siti dgn esakan..katanya walau dia setuju tp dia x akan jumpa siti dan hidupnya lepas ini hanya demi anak2.. siti cuba memujuk.."siti bkn nak rampas suami akak, siti hanya nak tumpang kasih suami akak je"... dimahkamah isteri cikgu telah buat bantahan pd 4 mei..7 mei cikgu jumpa siti dan beri 2 cadangan.. 1..minta siti menyamar jd isteri cikgu dan beri izin dmahkamah..sbb muka kami seolah kembar..dan ke2 ajak siti kawin disiam.. Siti x mau..sbb siti dah ckp dr awal jika isteri cikgu bantah siti akan berundur dr hidup cikgu...akhirnya 7 mei itulah kali terakhir siti jumpa cikgu n...hidup siti selepas itu amat tersiksa skali..cikgu lansung x tanya berita siti..seolah2 siti tak pernah wujud..siti bagai layang2 terputus tali...menangis n terus menangis..berbagai kaunselor siti jumpa.. smua siti buat sendrian tanpa ibu n keluarga.. depan mereka siti seolah2 bahagia dgn keputusan siti..siti tau siti dah silap langkah.. bermcm2 sms dan email siti hantar pd cikgu n..bg tau deritanya siti..siti hanya bercakap dgn dinding...siti celik seketika..siti ada Tuhan.. siti menyerah diri pdNYA...siti berjumpa dgn kekasih siti..ALLAH SWT di Mekah...siti kembali tenang..

Rabu, 23 Februari 2011

Ubat Hidup

Terkesima seketika setelah aku mendengar kisah hidup seorang teman...kisah bermula ketika Siti berusia 15 tahun..hatinya berbunga cinta..cinta pada guru Bahasa Inggeris di kelas tuisyennya..cikgu n tak la hensom pun tapi airmukanya manis.. pandai bermain kata dan kreatif ketika mengajar.. menyebabkan Siti terpikat..disebabkan cikgu n, Siti rajin belajar dan suka mata pelajaran Bahasa Inggeris.. disebabkan ego, masing2 hanya memendam rasa.. cikgu n ada beberapa kali cuba memikat Siti..tp Siti jual mahal...hubungan mereka terputus..Siti menyimpan surat cikgu n selama 10 tahun..thn tersebut cikgu n kembali dlm hidup Siti..Siti menyulam cintanya cantik sekali..batas2 agama sentiasa dijaga.. sehingga Siti hampir memberi persetujuan utk menjadi isteri cikgu n.. Allah Maha Kuasa..berita cikgu n telah beristeri dan punya 2 anak telah menjengah ke telinga Siti.. Siti amat kecewa dgn cikgu n krn merasakan dia ditipu dgn cikgu yg dia sanjung selama ini..surat2 cikgu n yg siti simpan selama ini siti racik halus2 dgn linangan airmata..Siti menulis surat terakhir kpd cikgu n dgn menggunakan pen berdakwat merah.. malang x berbau..surat tersebut telah sampai ke tangan isteri cikgu n..Siti terkedu bila menerima panggilan dr isteri cikgu n..dia memohon maaf bg pihak suaminya yg telah kecewakan Siti..siti tambah terharu bila mengetahui isteri cikgu n masih dlm pantang anak kedua..siti terus memutuskan hubungan dgn cikgu n...amat perit rasanya bila hati dan perasaan kita dimain2kan..cikgu n dan siti terputus hubungan... namun begitu kasih siti pd cikgu n tak mampu dibuang..12 tahun berlalu..kasìh mereka bertaut kembali tetapi dlm situasi berbeza..cinta dan kasih mereka adalah yg terlarang krn masing telah berkeluarga.. (bersambung)

Cuti Sakit

Sudah beberapa hari aku di rumah menghabiskan masa dan usia..ku kira masa2 yg berlalu itu penuh terisi dgn membaca dan melayari internet...sesekali kebosanan menjengah juga...krn aktiviti luar tidak dpt ku laksanakan lantaran kesihatan tidak mengizinkan..'mc' sehingga 1 Mac...rindu pulak pd kesibukan di pejabat...ku kira itulah sifat manusia..tak pernah rasa puas..masa tengah sibuk2 asyik fikir nak mc..bila Tuhan dah bg mc sampai separuh bulan, sibuk pulak nak keje... patutnya aku bersyukur... Terima kasih Tuhan..

Isnin, 21 Februari 2011

LIFE

Life is a matter of give n take..sharing n caring... forgive n forget...

Cinta

Februari bulan yg rata2 orang mengambarkan bulan Cinta..kerana jatuhnya hari meraikan kekasih pada 14 hb...hari yg byk memusnahkan maruah gadis2...Cinta itu buta..memBUTAkan mata dr melihat kebenaran.. cinta menjadikan org menderhaka..disebabkan cinta org membunuh..itu negetifnya cinta...Cinta juga menCELIKkan mata..dgn cinta org melihat keindahan, org menghargai kenikmatan dan dgn cinta wujudnya semangat utk terus hidup..itulah cinta utk mendapat redha Ilahi..

Ahad, 20 Februari 2011

Ujian

Alhamdulillah..syukur kpd Allah..aku masih diberi peluang utk hidup..masih diberi peluang utk menginsafi diri...masih diberi peluang memohon maaf dan memberi maaf.. selamat tinggal 'Rumah Sakit'..3 hari aku penghuni setia mu..aku terharu bila melihat wajah2 si kecil di rumah menanti kepulangan ibu mereka..redup sekali pandangan mata bila bertentangan...mata layu si suami yg keletihan dgn ragam anak yg pelbagai dan urusan2 kerja serta rumah yg ditanggung berseorangan...aku pasrah...airmata tidak dapat ku bendung lagi..menitis membasahi pipi..Terima Kasih Tuhan..

Sabtu, 19 Februari 2011

Rumah Sakit

Pertama kali dlm hidup aku diusung ke bilik 'OT'..gerun gak..mcm diusung ke bilik mayat je..berdetup-detap jantung aku...

Jumaat, 18 Februari 2011

Nak Sakit

Siapa nak sakit, angkat tangan..pasti tiada satu pun tangan yang berangkat.. Sakit itu ubat.... ubat untuk tidak lupa pada Pencipta Sihat juga ubat.... ubat untuk kita lupa pada diri yg tidak punya apa..
Biar aku sakit agar aku tidak lupa siapa aku.. Allah Maha Besar Maha Mengetahui Maha Segala2nya..Terima kasih Tuhan

Khamis, 17 Februari 2011

Nak Hidup

Macam2 manusia sanggup buat untuk terus hidup. Kadangkala rasa kita perlu dan mesti hidup untuk melihat orang yg kita sayang terus menikmati hidup, walaupun kita di ambang kematian. Di kala dan ketika ini aku penghuni setia rumah yg rata2 manusia harap untuk terus hidup..hairan ye ramai org menyebutnya 'rumah sakit' bukannya 'rumah hidup atau rumah sihat'.!..melihat jiran2 aku di sini yg sakitnya pelbagai, aku insaf dan bersyukur akan sakit ku ini..moga Allah permudahkan segala2nya..Amin

Rabu, 16 Februari 2011

Guruh Berbunyi Air Ditempayan Dicurahkan

(samb dr entry 'Sehari Di Mahkamah') Wah.. sekarang ni aku dah bebas, bebas dari kongkongan lelaki yang bernama suami...aku ada banyak masa dan aku boleh 'chart my own destiny'..macam-macam dalam perancangan termasuk untuk menyambung belajar..Aku mencari kehidupan baru yang pastinya akan lebih indah dari sebelum ini...aku ingin mengejar pelangi...kuasa Allah menentukan segala..Takdir mengatasi tadbir...Kehidupan selepas diceraikan bukan seperti yang dijangkakan. Aku sangka mentari bersinar tetapi sebaliknya berlaku mentari malu menampilkan diri kerana aku isteri yang hina...kerana aku yg memohon cerai.. BERGEGAR ARASH !

Aku kesepian, kehidupan sebagai seorang janda amat perit sekali.. gangguan-gangguan di pejabat membuat aku terasa hati..sehingga ada teman-teman yang berseloroh menyatakan 'kopi janda ' sedap...aku hanya mampu tersenyum.. dalam hati tiada siapa yang tahu.. hati kecil ku menangis ..2 anak2 bersama ku.. manakala 2 lg bersama ku pada hujung minggu... anak juga dah pandai merungut..'mama, kita org dah letih la..kejap kat rumah ayah, kejap kat rumah mama, kejap kat rumah tok..sampai bila hidup macam ni..'. Kesihan anak2..aku yg kemaruk nak kejar kebahagiaan tetapi telah mengorbankan kebahagiaan anak2..aku mmg ibu tak guna..hanya pentingkan diri sendiri.. pelajaran anak2 aku juga merosot..dan perangai pun semakin nakal dan degil.. kadang2 bila aku berkunjung ke restoran aku terharu sgt bila melihat kemesraan keluarga yg menjamu selera disitu..aku kehilangan detik2 begitu..aku hanya bersama anak2..pincang rasa hidup ini...azam aku..aku mesti kembalikan keceriaan dan kebahagiaan anak2 aku..

Selasa, 1 Februari 2011

Poligami

Seronok kalau bercerita pasal poligami terutama bagi lelaki. Insan golongan ini walau mulut berkata aku tak mahu kahwin lg..tapi dlm hati kalau diberi peluang tak akan menolak..ada seorg rakan bkn beragama Islam pernah berkata.. "tak kan u nak hidup sebantal dgn org yg sama utk lebih 20 tahun..hidup akan membosankan.. mesti ada amoy cantik utk enjoy sekali-sekala.."..itulah prinsip org yg tidak berpegang pd ajaran Al-Quran..bg mereka tidak berdosa asalkan isteri dpt apa yg dikehendakinya..tp kita yg hidup beragama hanya nikah saja yg dpt menghalal hubungan antara lelaki dan wanita...lelaki selalu kata isterinya adalah hak mutlak sang suami tetapi si suami bukan hak mutlak seorg isteri krn dia berhak utk punya 4 isteri..wahai suami2 dluar sana wanita mana yg sanggup berkongsi kasih terutama isteri yg masih segar-bugar..sebab itulah Allah telah menjanjikan payung emas dsyurga bg isteri yg beri izin suaminya berkahwin lg.. Tapi hati wanita bkn senang utk melakukannya.. dirinya rasa tidak diperlukan lg..hanya satu cara yg aku rasa seorg isteri akan mengizinkan dgn rela hati..bila hatinya hanya mencintai Allah melebihi segala2nya...wallahulam