Pada 15 dan 28 Mei 2012 yang lalu peluang kepada kakitangan kerajaan untuk menyambung pelajaran bagi transformasi diri kearah lebih berpengetahuan telah terbuka luas dengan adanya kerjasama ( memorandum persefahaman) antara Institut Perakaunan Negara (IPN), Jabatan Akauntan Negara, CIMA, ACCA dan UITM.
Kelas pengajian CIMA dan ACCA yang akan dibuat secara separuh masa di Bhg. Pengurusan Audit Dalam, Jabatan Akauntan Negara, Presint 2, Putrajaya itu akan bermula Julai 2012. Adanya kerjasama seperti ini pastinya akan memudahkan kakitangan awam untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (' profesional course') tanpa perlu bersusah payah menempuh kesesakan lalulintas untuk ke tempat pengajian dan yang pastinya akan dapat mengurangkan kos pengangkutan serta kos masa. Ribuan terima kasih kepada Ybhg. Datuk Wan Selamah bt Wan Sulaiman, Akauntan Negara Malaysia.
Sesungguhnya budaya menuntut ilmu patut dipupuk tidak kira lah berapa usia kita sekali pun. Kemudahan semua telah ada di depan mata, hanya tepuk dada tanyalah iman dan ketuklah kepala tu dan tanyalah akal...jom kita belajar...jom kita tambah ilmu...
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita
tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan
saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan
saya ada dua ilmu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan