Jalan masuk ke bahagian pakir belakang bangunan Kompleks D, Putrajaya. Kelihatan kereta dipakir di kiri dan kanan bahu jalan. Hanya ngam2 muat kereta lalu..masalah ketika di laluan 'corner'..jalan yang sama untuk kereta keluar dan masuk..bayangkan sekiranya ada kereta yang hendak keluar ketika ini...salah seorang kena berundur sampai la ke tempat yang ada ruang utk laluan dua kereta..
Keadaan hari-hari biasa di belakang bangunan Kompleks D..menyesakkan mata dan hati...
Sebagaimana yang ramai sedia maklum kesesakan lalulintas di Putrajaya...bukan perkara baru...pendek kata kalau menginap di kuarters kerajaan ..masing2 kena bajet masa lebih setengah jam untuk sampai ke pejabat walaupun jarak rumah ke pejabat hanya 2 hingga ke 5 km...cuba bayangkan dari Presint 18 ke Presint 9 mengambil masa 45 minit..( kalau bukan hari bekerja boleh sampai ke destinasi dalam masa 15 minit ) ..terdapat 11 lampu isyarat yang terpaksa ditempuh!!
Gambar di atas merupakan cerita di Kompleks D yang menempatkan pelbagai Jabatan Kerajaan...JAKIM, SPRM, KDN, MOT, KSM...masalah memakir kereta amat merunsingkan...laluan dua hala dah menjadi sehala sebab kereta dipakir di kiri dan kanan bahu jalan..jalan masuk dan jalan keluar dari pintu Utama sahaja...keadaan bertambah teruk bila terdapat operasi2 yang melibatkan orang luar dan waktu hujan kerana yang bawa motor semua akan bawa kereta!!...kerisauan memuncak terutama bagi pekerja wanita apabila tiba bulan puasa...untuk sampai ke pintu keluar utama dari tempat pakir kadang kala mengambil masa hingga sejam!!!
Pelbagai perkhabaran kedengaran...berbagai cadangan diutarakan bagi menyelesaikan masalah tersebut..tapi hingga sekarang keadaan masih sama...tiada TINDAKAN...yang ada hanya SUNGUTAN, RUNGUTAN dan BEBELAN..terutama bagi kakitangan sokongan yang tidak layak mendapat tempat pakir di bawah bangunan...disuruhnya kami guna 'park n ride' dan 'car pool'...kalau kami ni tak ada anak..tak ada suami..mungkin boleh dipertimbangkan...tapi mana nak hantar anak sekolah, taska dan ada yang terpaksa balik waktu rehat tengahari untuk uruskan sekolah kafa anak2..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan