Khamis, 26 Julai 2012



DUNIA MEMPERSONA
Lambaianmu haruman mewangi
Meriuk lentuk mempersona dada
Menghalalkan yang haram
Mengharamkan yang halal...
                                                                        




Manusia cuba menongkat langit....                        
Walau diri tahu
Ia hanya meramas santan di kuku
Remaja yang memanjat bersengkelit
Gagah cuba memanjat dedap
Mudah mabuk di enggang lalu..
merajut badan jatuh tertiarap.
Yang dikejar tidak kesampaian
yang dikendong berciciran
Hanya kedengaran hiruk-pikuk
Membatu runtuh...
Gah diri hidup di perantauan
Sedang diri hanya merantau di sudut dapur



 Pesan si nenek tua
Cubalah meraih pangkur ke dada
Usah dihambat kerbau melebuh
Usah menyurat di atas air
Kerana..
Tiada tali berpunca tidak berhujung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan