Ahad, 25 November 2012

Penat yang Berbaloi

         Alhamdulillah..pada pagi hari Sabtu yang lalu 24 Nov 2012, adik bongsu ku telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya dengan sekali lafaz. Kenduri kahwin pada tengahari itu berjalan dengan lancar..walaupun pada pagi itu hujan renyai2 ...hujan rahmat..sejuk hati2 yang hadir pada majlis pernikahan yang diadakan di Surau berhampiran rumah emak di Bandar Putra Permai. Menjelang tengahari matahari menunjulkan diri..panas hinggalah selesai majlis..syukur Alhamdulillah semua urusan kenduri telah selesai..walaupun majlisnya tidak seberapa tapi tetap meriah..
         Kahwinnya adik bongsu ini maka terasa selesai tugas aku sebagai seorang kakak sulong utk mengahwinkan adik2. Terasa penat yang amat berbaloi bila melihat semua gembira..terutama apabila terpancar kelegaan di wajah emak. Semoga perkahwinan adik2 ku kekal sepanjang hayat..kena tabah menghadapi cabaran hidup..inilah permulaan perjalanan hidup yang sebenar..
          Mohon maaf kepada sesiapa yang tidak mendapat undangan kerana majlis kenduri hanya ala kadar sahaja dan jemputan pun hanya saudara-mara dan kenalan rapat sahaja. Terimakasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut.

Ahad, 18 November 2012

Dunia Dah Nak Kiamat

            Hari Sabtu yang lalu, terserempak dan tertengoklah sebuah cerita di TV bertajuk 'Sebelum Kiamat'...cerita berkisar kisah seorang anak yatim yg mencari ibunya setelah diceraikan oleh arwah bapanya dengan talak tiga...arwah bapanya telah mengingatkannya bahawa dia hanya dapat berjumpa ibunya setelah dunia kiamat..itu yang dia cuba sedaya upaya mencari ibunya sebelum dunia kiamat...punya jalan cerita yg menarik..tp menarik lg cerita ahli politik Lembah Pantai ni...dari kata2 dia sahaja..ramai yg mengambil kesempatan..yg sedihnya digunakan kata2nya sebagai contoh yang baik dan dipesongkan makna..hinggakan mendapat sambutan hangat bagi golongan2 yg menyokong 'murtad'...seolah2 murtad tidak menjadi kesalahan..sedangkan hukuman bagi mereka yang murtad adalah rejam batu sehingga mati..!!.lain kali kalau nak bercakap terutama di khalayak ramai dan dunia semua mendengar..kenalah berhati2..belajar cakap berlapik..jgn ingat diri dah cukup pandai..jgn ingat diri dah pandai berkata2 dan boleh berlebih bila berkata2..ikut contoh Tok Nik yang sentiasa berhati2 dan bersederhana dalam semua perkara...apalah nak jadi...dunia memang dah nak kiamat.!!

Jumaat, 9 November 2012

Berkongsi Rasa

Petikan ini dipetik dari blog Genta Rasa yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi..entri yang amat berkesan dan terkesan kepada ku..aku hanya ingin berkongsi rasa..
 
Hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman Allah yang lain, mafhumnya: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13: 28)
 
Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup.
 
Ya, mengadulah kepada Allah dalam solat. Allah tidak pernah jemu. Perdengarkan masalah kita berulang-ulang, hatta masalah yang sama, Allah sentiasa sudi mendengarnya. Tuhan tidak pernah kecewa dengan kerenah manusia kerana
Tuhan mencipta manusia dan Dia menjaga ciptaan-Nya itu dengan penuh kasih sayang.
 
Allah sentiasa dekat dengan kita selagi kita tidak menjauhi-Nya. Jika kita bertanya tentang-Nya, Allah menjawab: “Jika manusia bertanya tentang-Ku, katakan Aku dekat, dan Aku memenuhi permintaan orang yang meminta.”
 
Jika kita berasa kecewa dan hampir putus asa, Allah memujuk: “Tidak ada yang putus asa melainkan orang kafir.”
Apabila kita berasa dihina dan dipinggirkan, Allah mengingatkan: “Jangan berasa hina dan takut, kamu adalah orang yang tinggi martabatnya jika kamu beriman.”
 
Dan apabila kita terasa keseorangan, kesepian dan mula gementar menghadapi segala ujian dan gelombang kehidupan, Allah memberi harapan dengan firman-Nya yang bermaksud: “Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”
 
Seorang ulama bernama al-Hakim berkata: “Jika kamu ingin mendengar kata-kata Allah kepadamu, bacalah al-Quran. Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata dengan Allah, dirikanlah solat.”
 
Hati manusia umpama bateri telefon bimbit yang mesti dicas selalu untuk berfungsi. Jika bateri telefon perlu dicas dua atau tiga hari sekali, maka hati manusia perlu dicas dengan solat sebanyak lima kali sehari.
Hati manusia yang tidak solat umpama bateri yang kosong. Maka manusia yang tidak solat, umpama telefon yang sudah kehabisan bateri. Apabila hati “mati”, tidak berguna wajah yang tampan dan badan yang sasa pada seseorang manusia, seperti tidak ada gunanya telefon bimbit yang canggih dan cantik tanpa bateri!
 
Ya, selagi kita bersama Allah, selagi kita menunaikan solat, kita akan kuat menghadapi apa-apa jua cabaran

Women fall in love w/what they hear. Men fall in love w/what they see. Thats why most women wear make up & most men lie!

BUT SOME MEN BELIEVE WITH WHAT THEY FEEL....

Jumaat, 2 November 2012

Antara Dua Darjat


Wang RM 100 & RM1.00
Sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

...
Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!
Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..

di petik dari facebook 'Bercinta Selepas Nikah'...