Hari Sabtu yang lalu, terserempak dan tertengoklah sebuah cerita di TV bertajuk 'Sebelum Kiamat'...cerita berkisar kisah seorang anak yatim yg mencari ibunya setelah diceraikan oleh arwah bapanya dengan talak tiga...arwah bapanya telah mengingatkannya bahawa dia hanya dapat berjumpa ibunya setelah dunia kiamat..itu yang dia cuba sedaya upaya mencari ibunya sebelum dunia kiamat...punya jalan cerita yg menarik..tp menarik lg cerita ahli politik Lembah Pantai ni...dari kata2 dia sahaja..ramai yg mengambil kesempatan..yg sedihnya digunakan kata2nya sebagai contoh yang baik dan dipesongkan makna..hinggakan mendapat sambutan hangat bagi golongan2 yg menyokong 'murtad'...seolah2 murtad tidak menjadi kesalahan..sedangkan hukuman bagi mereka yang murtad adalah rejam batu sehingga mati..!!.lain kali kalau nak bercakap terutama di khalayak ramai dan dunia semua mendengar..kenalah berhati2..belajar cakap berlapik..jgn ingat diri dah cukup pandai..jgn ingat diri dah pandai berkata2 dan boleh berlebih bila berkata2..ikut contoh Tok Nik yang sentiasa berhati2 dan bersederhana dalam semua perkara...apalah nak jadi...dunia memang dah nak kiamat.!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan