Cerita pasal kena tembak sana-sini mulalah rasa gerun bila bergelar 'Penguatkuasa'..termasuklah saya...sementelah mendapat bos baru di pejabat..semua kami yg bergelar 'Penguatkuasa' dah kena turun padang..serbu pemaju yg ingkar Akta Pemaju Perumahan...masing2 tertanya2 adakah kami juga bakal menerima nasib yg sama..DITEMBAK..bila tiada kepuasan dihati akibat tindakan yang diambil mengikut undang2...kami hanya menjalankan tugas... Mungkin satu penyelamat buat aku..Jumaat petang yang lalu aku terkesima membaca memo yang ditujukan kepada aku...aku akan ditukarkan ke bahagian lain yang memerlukan khidmat aku sebagai pegawai perakaunan bukannya penguatkuasa...yang paling aku bersyukur ialah di bahagian baru yang bakal aku ditempatkan tidak memerlukan aku untuk melakukan kerja di luar kawasan...tambahan pula aku akan bertugas di tempat baru bila selesai kursus di INTAN Sabah yg sedang aku hadiri saat ini sehingga 14 Nov ini... Mungkin ini hikmah hijrah dan bulan hijrah ini...terima kasih Ya Allah...
Kehidupan penuh dengan pelbagai warna. Medan perkongsian ilmu dan amal dalam mengharungi kehidupan.
Isnin, 11 November 2013
Selasa, 8 Oktober 2013
Syurga bagi Wanita
'Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan ( Ramadhan ) memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk Syurga dr pintu mana saja yang dikehendakinya..'...berbahagialah wanita itu selama2nya.. Amat la rugi bagi diri ku kerana tidak termasuk antara wanita2 itu..Ya Allah ampunilah aku...aku hanya mengharap kepada rahmat Mu untuk memaafkan aku...ku mohon juga kepada Mu Ya Allah agar memaafkan org yang sama2 melakukan dosa semasa kejahilan ku dulu...jgn lah Engkau siksa kami..ampuni lah kami..sesungguhnya kami tidak berdaya menepis tipu daya syaitan...ku mohon kepada Mu Ya Allah..lindungilah kami dari siksa neraka Mu atas segala kesalahan kami...Ampunilah kami...ampunilah kami..hanya kepada MU aku berserah...
Rabu, 18 September 2013
Hak Pembeli Rumah
Jabatan Perumahan Negara melalui Siaran Media Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertarikh 31 Julai 2013 memberi peringatan kepada pembeli2 rumah agar berhati2 kerana terdapat berbagai promosi menarik yang ditawarkan kepada bakal pembeli rumah. Antara tawaran2 tersebut ada yg hanya memerlukan syarat2 pandai membaca Al-Quran dan perjanjian secara 'Perjanjian Salam'.Tatacara penjualan perumahan sedemikian adalah tidak terjamin kerana tidak mengikut garis panduan sebagaimana termaktub di dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996 (AKTA 118) & Peraturan-peraturan. Hak pembeli rumah dilindungi di bawah akta ini (AKTA 118). Hak pembeli rumah tidak terjamin dan tidak dapat dilindungi sekiranya berlaku penipuan sekiranya masih meneruskan niat untuk membeli rumah yang tidak mematuhi Akta tersebut. Sebelum membeli rumah sila pastikan beberapa perkara penting berikut :- i) Lesen pemaju perumahan yang sah dan masih berkuatkuasa. ii) Permit iklan dan jualan yang sah dan masih berkuatkuasa. iii) Kebenaran merancang dan pelan susunatur telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iv) Tanah berstatus perumahan dan pecah sempadan telah diluluskan di Pejabat Tanah. v) Surat Perjanjian Jual dan Beli yg seragam mengikut Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989 iaitu Jadual G (Tanah dan Bnagunan), Jadual H ( Bangunan yang dipecahbahagi), Jadual I ( Bina dan Jual bagi Tanah dan Bangunan ) dan Jadual J ( Bina dan Jual bagi Bangunan yang dipecahbahagi ).
Selasa, 27 Ogos 2013
DOA
Ya Allah..
Sekiranya hati ini telah dikotori,
sucikanlah...
Sekiranya hati ini telah dilukai,
sembuhkanlah...
Ya Alllah,ceriakanlah airmata yang mengalir dari kesedihan kepada kebahagiaan yang berpanjangan,
dan berikanlah kepada hati ini kekuatan untuk membalas setiap kebencian dengan kebaikan dan senyuman.
Ahad, 25 Ogos 2013
Sakit
Sakitkan nak melupakan seseorang yang pernah dicintai, lebih sakit lagi bila kita pura-pura bahagia tanpa dia, dan akan lebih sakit bila cinta di hati sukar untuk pergi..Hanya orang yang positif yang mampu melihat hidup dari sudut yang lain yg lebih positif..
Ahad, 18 Ogos 2013
Ombak Rindu
Tuhan tolong lembutkan hati dia.. Untuk terima ku seadanya.. Kerna ku tak sanggup.. kerna ku tak mampu.. hidup tanpa dia disisiku.. Tuhan aku tahu banyak dosaku... hanya ingatkan Mu kala dukaku.. namun hanya Engkau yang mampu membuka.. pintu hatinya untuk cintaku .. Malam kau bawalah rinduku.. Untuk dirinya yang jauh dari ku.. agar dia tidak kesepian.. selalu rasa ada cinta agung.. Hujan bawa air mataku.. yang mengalir membasuh lukaku.. agar dia tahu ku tersiksa.. tanpa cinta dia di hatiku.. Hanya mampu berserah.. Moga cahaya tiba nanti... Tuhan tolong lembutkan hati dia... untuk terimaku seadanya.. kerna ku tak sanggup... kerna ku tak mampu.. hidup tanpa dia di sisiku...
Airmata dan Terima Kasih
Airmata adalah kekuatan seorang wanita..setelah kering airmata..seolah2 kekuatan kembali semula...dulu apabila kenangan lama bermain diruang mata...aku amat bahagia sekali...tapi kini apabila kenangan itu kembali..aku hanya mampu mengalirkan airmata..kerana kata2 dari insan yang pernah aku sayang.."takkan ku biar airmatamu mengalir lg..aku akan bahagiakan dirimu dan menggantikan kesengsaraan mu selama ini dengan kebahagiaan..jangan risau aku akan sentiasa bersamamu..."...tanpa disedari sebenarnya dirimu lah yang membuatkan aku menangis..menitiskan airmata apabila setiap kali imbasan dirimu bermain dimata...terasa diri ini dipermain2kan dgn kata2 manis..hanya aku yang tidak tahu malu dan terlalu mengharap pada janji dan kata2 manusia...kini aku sedar siapa diriku...syaitan bertepuk tangan dengan semua tindakan aku dulu...Aku kalah dengan nafsu ingin bersama mu..aku hanya mengejar pelangi..pelangi yang dr jauh nampak keindahannya ..tetapi bila hampir pelangi itu tidak dapat digapai...
Ya Allah... terima kasih kerana masih mengasihi ku..masih memberi jalan dan peluang padaku untuk meneruskan hidup ini walau hati penuh dengan kekecewaan...terima kasih Ya Allah kerana menutup aibku..mungkin itu berkat doa ibu...Alhamdilillah..terima kasih Ya Allah kerana aku masih punya ibu..terima kasih Ya Allah...terima kasih...biarlah airmata ini yang menghapuskan dosa2 ku...terima kasih kerana masih menyayangi aku..masih memberi nafas untuk ku bertaubat...terima kasih Ya Allah..
Khamis, 15 Ogos 2013
Rabu, 14 Ogos 2013
Ayat-ayat Cinta
Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
terkisahku diantara cinta yang rumit
Bila keyakinan ku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namum harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
Segersang pemikiran hati
terkisahku diantara cinta yang rumit
Bila keyakinan ku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namum harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
nota: sekadar untuk menyingkap kenangan....
Jumaat, 2 Ogos 2013
Salam Lebaran & Harapan
Salam Lebaran kepada semua umat Islam...ramai yang sudah bermaaf-maafan sesama rakan...memang mudah memohon maaf dan memang mudah memaafkan seseorang..tetapi bila hati telah dicarik2 macam kain buruk...bagaimana harus dilupakan...walau sayang tetap ada..pedihnya masih terasa sampai bila2...kenapa perlu beri harapan jika tak mampu untuk tunaikan harapan tersebut..yang menjadi mangsa adalah orang di beri harapan bukan orang menabur harapan...harapan umpama bergantung pada tali dengan berharapan tali tersebut akan terus berada disitu...tapi dengan mudah tali terungkai...org yang menaruh harapan jatuh terjelepuk di bawah...sakit yang amat parah..untuk bangun semula amatlah payah...sanggup dibiarkan mangsa harapan terkapai2...dah terpaksa tak kiralah siapa yang nak menyelamatkannya...dia kena hidup...demi org lain yang bergantung harapan juga padanya...dia tak sanggup untuk memusnahkan harapan org yang berharap sebagaimana dirinya telah dimusnahkan harapannya....masih adakah harapan itu???
Isnin, 29 Julai 2013
Terima Kasih Allah
Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu.......
"Inilah perjalanan hidupku.. ALLaH yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan ALLaH.. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya..dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.. Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya.. Terima kasih ALLaH kerana mengasihiku"
...
Selepas itu, buka matamu dan senyumlah....
via Pakar diari hati
Cucu-cucu Mak
Muhamad Khairul Ashraf 3 tahun anak adik kedua aku...
Nur Iffah Humairah 7 bulan anak adik keempat aku..
Muhamad Fayyad Hakimi 1 tahun 5 bulan anak adik ketiga aku...
Farah Adibah 13 tahun, Nurdiyana Safiyah 11 tahun, Muhamad Fakhrul Amin 8 tahun dan Nur Ain Kamilia 7 tahun...ni semua anak2 aku..
Tahun ini cucu mak dah 7 1/2 orang...raya ni tambah meriah...semoga hayat aku dipanjangkan dan berpeluang untuk merasa mempunyai cucu dan cicit.....
Khamis, 4 Julai 2013
Teduhan Kasih vs Berteduh Kasih
Tsunami Teduhan Kasih baru sahaja reda, drama yang ditayangkan di TV3 baru2 ini berjaya menarik minat ramai penonton setianya terutama wanita..cerita yang amat menarik dan banyak pengajaran daripadanya..aku tidak terlepas peluang sehingga sanggup membeli novel 'Teduhan Kasih' dan membacanya berulang2 kali...kisah berteduh kasih yang amat memilukan...
Aku terpanggil untuk bercerita berkenaan Nur Iffah Humairah ( spt gambar di atas ) , kebetulan mempunyai nama yang serupa dengan watak utama drama Teduhan Kasih.. 'Iffa"...gambar Nur Iffah Humairah ini diambil ketika berusia 3 bulan..dan kini sudah berusia hampir 6 bulan..bayi yang kematian ayah ketika berusia 40 hari...mempunyai seorang ibu berusia 19 tahun...setelah kematian suami akibat kemalangan jalanraya, ibunya seperti hilang deria rasa..langsung tidak mempedulikan anak ini...menangis dan meraunglah..tiada siapa yang peduli...akhirnya diserahkan anak ini kepada ibu saudara si ayah..ibu saudara yang berumur 65 tahun dan agak uzur mana mampu untuk menjaga Nur Iffah Humairah...
Mungkin rezeki yang Allah telah rancangkan..ibu saudara ini telah menyerahkan anugerah Allah ini kepada anak lelakinya yang kebetulan isterinya baru sahaja mengalami keguguran anak pertama...isteri itu adalah adik bongsu aku!!!..dengan penuh syukur anak ini dibela dgn penuh kasih sayang...Alhamdulillah anak ini kini telah menjadi anak saudara aku....disinilah Nur Iffah Humairah berteduh kasih....
Ahad, 30 Jun 2013
Harga sebuah jasa
Telefon bimbit yg masih berfungsi..
Telefon bimbit ini dihadiahkan oleh suami ku pada tahun 2007, tahun 2013 keadaannya amat uzur sekali ( seperti di gambar di atas ), namun aplikasi 'game' masih berfungsi walaupun sudah tidak berfungsi sebagai alat telekomunikasi..masih berjasa walau sudah tidak punya harga..Itu berkenaan telefon bimbit, bagaimana dengan diri kita? Semoga akan terus berjasa dan dapat memberi jasa walaupun usia semakin meningkat dan keuzuran sentiasa datang dan pergi...
Khamis, 25 April 2013
Peringatan
“Letting go means to come to the realization that some people are a part of your history, but may not a part of your destiny.”
Rabu, 24 April 2013
Takut VS Harapan
PRU 13...rasa gerun pulak dengan situasi kini...BN asyik menakut-nakutkan rakyat..sedangkan PR memberi banyak harapan...mana satu yang rakyat mahu???..tentukannya pada 5 Mei ini..satu tarikh keramat yang sedikit sebanyak mampu menggugat sesiapa sahaja yang telah lama berada di 'comfort zone'..telah banyak masa rakyat berikan kepercayaan kepada pemerintah sebelum ini...namun masih ramai yg tidak berpuas hati...gelombang transformasi dan reformasi semakin ketara....rakyat dah mula bosan dengan janji sana janji sini...ramai yang sedang memerhati...agaknya haiwan-haiwan pun sedang memerhati...
Khamis, 21 Mac 2013
Telur Busuk
Sejak mutakhir ini berbagai malah bermacam2 auta di bongkar..pendek kata telur yang tembelang telah pecah..dan masih ada yg nak menutup hidung dan menutup telur busuk itu dari terbau oleh orang lain...kalau nak tutup pun hidung sendiri je yang boleh ditutup..hidung orang lain tetap bau...PRU-13 penentu nasib rakyat..adakah rakyat telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan2 yang bakal ditempuh..yg masih gila kuasa takut nak lepaskan kuasa sebab takut kuasa yg ada terlepas kepada orang yang lebih berhak dan lebih layak...
Terasa sangat seolah2 dunia dah nak kiamat...yang batil cuba dipertahan bermati-matian sebagai yang benar..walaupun kebenaran telah terunggkap...yang menyatakan diri benar dan berjihad pulak mmg org yang tak boleh dipercayai langsung...yang hanya nampak batang hidung @ muncul bila tembelang dah pecah..masih berusaha utk menegakkan benang yg basah...
Rakyat sudah mual..nak termuntah...dan mula berdoa dan memohon petunjuk Allah mana yang benar...Ya Allah tunjukkanlah kekuasaan Mu...semoga kami tidak salah memilih pemimpin..semoga pemimpin yang akan datang dapat membawa kami agar lebih mencintai MU...Aminnn
Isnin, 4 Mac 2013
Dunia Baru Bermula
Alhamduliilah..Dunia baru ku bermula Isnin 4 Mac 2013. Tidak lagi berurusan dengan kewangan..suatu kelegaan kerana tidak perlu pening kepala memikirkan pasal duit dan kemana ia harus dibelanjakan serta bagaimana nak menyedapkan hati bos2 yang hanya tahu cakap 'saya hanya nak tahu ia dibayar, macamana nak bayar kamu yg fikir'..terutama bagi bayaran yang melibatkan pembekal2 kroni2... susah nak buat kerja..tp itu semua dah ku tinggalkan..
Pemandangan dari Aras 30, pejabat baru ku..
Aku hanya terlibat dengan penyediaan kertas siasatan terhadap individu / syarikat yang melanggar akta-akta yang telah ditetapkan..seronok...siasat mcm2....bila bosan boleh menjengok pemandangan kat luar...sejuk mata memandang...mudah2an Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhirat ku...aminn..
Selasa, 26 Februari 2013
Dunia Bakal Berubah
Minggu ini adalah minggu terakhir ku di sini, minggu hadapan dunia ku bakal berubah..skop kerja pastinya berubah juga..dengar khabar aku tidak lagi terlibat dengan 'kira duit gomen'..tetapi terlibat dengan pelanggaran akta-akta tertentu..terlibat dalam penetapan kompaun dan lebih banyak masa habis di mahkamah. Aku agak teruja tentang dunia baru yang bakal aku hadapi..bagaimana ye nanti...
Setiap kali aku bertukar tempat kerja pasti ada seseorang yang akan aku hubungi...selalunya lima tahun sekali..tapi kali ini aku teragak2 untuk menghubunginya..biarlah...ku kira tidak perlu aku war-warkan di mana aku berada..sebab dia pasti akan tahu di mana aku...
Jumaat, 22 Februari 2013
Nadi Putra
Hari selasa yang lalu tercipta suatu sejarah dalam hidup ku...selama 10 tahun bekerja di Putrajaya, inilah pertama kalinya aku menjadi penumpang Bas Nadi Putra. Seronok ..itulah yang aku dapat ungkapkan..begitu juga anak-anak aku...'mama lain kali kita naik la bas lagi'...aku hanya jawap..'ok la..bila mama tak de kereta lagi ye..'
Selasa, 5 Februari 2013
Kasih Abang
Sulaiman dan abangnya
Beberapa hari yang lalu ketika menunggu anak2 aku di kantin sekolah, ada seorang budak berbaju oren yang berumur dalam lingkungan 13 atau 14 tahun..sambil terhencot2 berjalan dengan senyuman sambil menegur aku.." Assalamualaikum Cik..Cik tunggu anak ke?"..sambil membalas senyuman aku pun menjawab.." a'ah..acik tunggu anak, adik ni nak pergi mana?...lalu budak itu menjawap.."saya pun nak ambil adik darjah dua"..aku anggukkan kepala...aku memerhatikan budak itu hingga hilang dari pandangan mata...kemudian tiba2 aje budak itu muncul semula..." acik..ni la adik saya..nama dia sulaiman..dia ni cacat sikit sama macam saya"..sambil dia menyuruh adik dia salam aku...rasa nak mengalir airmata ini..aku cakap "takpe..Tuhan tengok hati bukan paras rupa"..kemudian dia bawa sulaiman ke padang permainan berhampiran..sambil ayun si adik, si abang ketawa riang...aku hanya memerhati dari jauh dan terbayangkan anak2 aku..boleh ke mereka berkelakuan seperti sulaiman dan abangnya itu....Allah Hu Akbar
Langgan:
Catatan (Atom)