Belajarlah menghargai perasaan seseorang yang menyayangi kita. Jangan biarkan dia menangis sebab kadang kita tak pernah tahu yang dia sentiasa berusaha untuk membuat kita tersenyum..
Kehidupan penuh dengan pelbagai warna. Medan perkongsian ilmu dan amal dalam mengharungi kehidupan.
Khamis, 27 Disember 2012
Iman dan Kasih Sayang
Sesungguhnya, hati manusia perlu diisi dengan dua perkara iaitu
iman dan kasih sayang. Orang yang kurang iman hatinya akan mudah rungsing pada
perkara keduniaan dan orang yang hatinya kurang kasih sayang akan tumbuh
kebencian. Orang yang hatinya ada kebencian akan mudah membenci orang lain.
Blog
Ustaz Amin
Rabu, 26 Disember 2012
Bila Suami kata....
Ada ke patut jika seorang suami cakap kat isteri dan anak2 dia "..korang ni kan asyik tau nak kikis duit ayah je"..tak ke sedih dan terasa hati...si isteri hanya mampu mengalirkan air mata..tapi duit yang dilemparkan si suami tu ia ambil jugak dgn hati yang amat berat sekali...terasa dirinya dan anak2 membawa beban kepada sang suami....sedihnye...
Jumaat, 7 Disember 2012
Anak
Aku ada 4 orang anak yang masing2 mempunyai perangai tersendiri..seronok ada anak..sebab anak adalah penyeri rumahtangga..walaupun kadangkala perangai mereka boleh menaikkan darah..tapi sebenarnya itulah hiburan...aku bersyukur...anak sulung aku baru sebulan yang lepas meyambut hari kelahirannya yang ke-12 tahun...tapi kalau dilihat susuk badan dia macam sudah berusia 16 tahun...aku terharu apabila sikakak melihat senarai barang dan buku yang hendak dibeli bagi membolehkan dia menjejakkan kaki ke Tingkatan 1 di sebuah sekolah agama yg berasrama.."mama cukup ke duit nak beli semua ni..kalau tak cukup mama beli yg penting je dulu...yg lain boleh beli kemudian. kasut sekolah yg lama kakak pun boleh pakai lg"..kemudian dia menyenaraikan beberapa barangan yang tidak perlu dibeli...aku terkesima seketika..Alhamdulillah anak aku tahu susah payah ibu dan ayah mencari duit...tak sia-sia didikan aku selama ini yg tidak mengajar mereka hidup dengan kemewahan...walaupun kami mampu memberi kemewahan itu...
Selasa, 4 Disember 2012
Temuduga
Apalah yang nak diduga selepas bertemu?...Anak aku akan ditemuduga untuk masuk ke Tingakatan 1 tahun hadapan...temuduga untuk masuk ke sekolah aliran agama..kenapalah disusahkan perkara yang baik..jika dah ada keinginan untuk belajar agama itu merupakan petanda yang baik...patutnya diberi galakkan dan dorongan...bila adanya temuduga untuk kealiran agama, banyak la niat2 baik yang terbantut sekiranya tidak melepasi 'standard' yang dikehendaki...semoga kakak dapat memenuhi kehendak penemuduga..Good Luck Kakak...
Ahad, 25 November 2012
Penat yang Berbaloi
Alhamdulillah..pada pagi hari Sabtu yang lalu 24 Nov 2012, adik bongsu ku telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya dengan sekali lafaz. Kenduri kahwin pada tengahari itu berjalan dengan lancar..walaupun pada pagi itu hujan renyai2 ...hujan rahmat..sejuk hati2 yang hadir pada majlis pernikahan yang diadakan di Surau berhampiran rumah emak di Bandar Putra Permai. Menjelang tengahari matahari menunjulkan diri..panas hinggalah selesai majlis..syukur Alhamdulillah semua urusan kenduri telah selesai..walaupun majlisnya tidak seberapa tapi tetap meriah..
Kahwinnya adik bongsu ini maka terasa selesai tugas aku sebagai seorang kakak sulong utk mengahwinkan adik2. Terasa penat yang amat berbaloi bila melihat semua gembira..terutama apabila terpancar kelegaan di wajah emak. Semoga perkahwinan adik2 ku kekal sepanjang hayat..kena tabah menghadapi cabaran hidup..inilah permulaan perjalanan hidup yang sebenar..
Mohon maaf kepada sesiapa yang tidak mendapat undangan kerana majlis kenduri hanya ala kadar sahaja dan jemputan pun hanya saudara-mara dan kenalan rapat sahaja. Terimakasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut.
Ahad, 18 November 2012
Dunia Dah Nak Kiamat
Hari Sabtu yang lalu, terserempak dan tertengoklah sebuah cerita di TV bertajuk 'Sebelum Kiamat'...cerita berkisar kisah seorang anak yatim yg mencari ibunya setelah diceraikan oleh arwah bapanya dengan talak tiga...arwah bapanya telah mengingatkannya bahawa dia hanya dapat berjumpa ibunya setelah dunia kiamat..itu yang dia cuba sedaya upaya mencari ibunya sebelum dunia kiamat...punya jalan cerita yg menarik..tp menarik lg cerita ahli politik Lembah Pantai ni...dari kata2 dia sahaja..ramai yg mengambil kesempatan..yg sedihnya digunakan kata2nya sebagai contoh yang baik dan dipesongkan makna..hinggakan mendapat sambutan hangat bagi golongan2 yg menyokong 'murtad'...seolah2 murtad tidak menjadi kesalahan..sedangkan hukuman bagi mereka yang murtad adalah rejam batu sehingga mati..!!.lain kali kalau nak bercakap terutama di khalayak ramai dan dunia semua mendengar..kenalah berhati2..belajar cakap berlapik..jgn ingat diri dah cukup pandai..jgn ingat diri dah pandai berkata2 dan boleh berlebih bila berkata2..ikut contoh Tok Nik yang sentiasa berhati2 dan bersederhana dalam semua perkara...apalah nak jadi...dunia memang dah nak kiamat.!!
Jumaat, 9 November 2012
Berkongsi Rasa
Petikan ini dipetik dari blog Genta Rasa yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi..entri yang amat berkesan dan terkesan kepada ku..aku hanya ingin berkongsi rasa..
Hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman Allah yang lain, mafhumnya: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13: 28)
Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup.
Ya, mengadulah kepada Allah dalam solat. Allah tidak pernah jemu. Perdengarkan masalah kita berulang-ulang, hatta masalah yang sama, Allah sentiasa sudi mendengarnya. Tuhan tidak pernah kecewa dengan kerenah manusia kerana
Tuhan mencipta manusia dan Dia menjaga ciptaan-Nya itu dengan penuh kasih sayang.
Allah sentiasa dekat dengan kita selagi kita tidak menjauhi-Nya. Jika kita bertanya tentang-Nya, Allah menjawab: “Jika manusia bertanya tentang-Ku, katakan Aku dekat, dan Aku memenuhi permintaan orang yang meminta.”
Jika kita berasa kecewa dan hampir putus asa, Allah memujuk: “Tidak ada yang putus asa melainkan orang kafir.”
Apabila kita berasa dihina dan dipinggirkan, Allah mengingatkan: “Jangan berasa hina dan takut, kamu adalah orang yang tinggi martabatnya jika kamu beriman.”
Dan apabila kita terasa keseorangan, kesepian dan mula gementar menghadapi segala ujian dan gelombang kehidupan, Allah memberi harapan dengan firman-Nya yang bermaksud: “Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”
Seorang ulama bernama al-Hakim berkata: “Jika kamu ingin mendengar kata-kata Allah kepadamu, bacalah al-Quran. Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata dengan Allah, dirikanlah solat.”
Hati manusia umpama bateri telefon bimbit yang mesti dicas selalu untuk berfungsi. Jika bateri telefon perlu dicas dua atau tiga hari sekali, maka hati manusia perlu dicas dengan solat sebanyak lima kali sehari.
Hati manusia yang tidak solat umpama bateri yang kosong. Maka manusia yang tidak solat, umpama telefon yang sudah kehabisan bateri. Apabila hati “mati”, tidak berguna wajah yang tampan dan badan yang sasa pada seseorang manusia, seperti tidak ada gunanya telefon bimbit yang canggih dan cantik tanpa bateri!
Ya, selagi kita bersama Allah, selagi kita menunaikan solat, kita akan kuat menghadapi apa-apa jua cabaran
Women fall in love w/what they hear. Men fall in love w/what they see. Thats why most women wear make up & most men lie!
BUT SOME MEN BELIEVE WITH WHAT THEY FEEL....
Jumaat, 2 November 2012
Antara Dua Darjat
Wang RM 100 & RM1.00
Sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.
4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"
...
Sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.
4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"
...
Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"
Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!
Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..
Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!
Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..
di petik dari facebook 'Bercinta Selepas Nikah'...
Jumaat, 19 Oktober 2012
Cinta Sejati
Seorang Isteri bertanya kepada suaminya : “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang?
Suaminya memandang muka isteri dan berkata :: ” Saat itu belum terjadi lagi..
Si Isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”
Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya
...
Suaminya memandang muka isteri dan berkata :: ” Saat itu belum terjadi lagi..
Si Isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”
Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya
...
‘Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..”
suaminya lalu berkata lagi''jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu''..
si isteri menangis tak dapat menahan sebak di dada...
bagai tak disangka... keesokan harinya, si suami terlibat dalam kemalangan jalan raya..
ketika si suami dalam perjalanan mencari rezeki buat keluarga tercinta..
masih tersimpan di genggamannya nota kecil yang suaminya hadiahkan kepadanya :
''biar berjauhan asalkan hati tak berubah, dan biar tak jumpa asalkan hati tak lupa''
seorang isteri menangis menahan sebak di dada.
nak mandikan jenazah suami dia
bapak mertua dgn polis forensik tak bagi..
sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. ''jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu''..
dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal?
lalu ustaz tu kate tidak mengapa kalau isteri nak mandikan jenazah suami..
ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"
selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu
dan aku sbg seorang isteri redha akn pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."
Ya Allah..menitis airmata admin terbaca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..
"Jika betullah kita sayang dia, tapi kita belum mampu jaga dia, maka bangunlah berjaga di malam hari minta Allah yang jagakan dia dulu buat sementara waktu."
petikan dari facebook 'Bercinta Selepas Nikah'
suaminya lalu berkata lagi''jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu''..
si isteri menangis tak dapat menahan sebak di dada...
bagai tak disangka... keesokan harinya, si suami terlibat dalam kemalangan jalan raya..
ketika si suami dalam perjalanan mencari rezeki buat keluarga tercinta..
masih tersimpan di genggamannya nota kecil yang suaminya hadiahkan kepadanya :
''biar berjauhan asalkan hati tak berubah, dan biar tak jumpa asalkan hati tak lupa''
seorang isteri menangis menahan sebak di dada.
nak mandikan jenazah suami dia
bapak mertua dgn polis forensik tak bagi..
sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. ''jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu''..
dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal?
lalu ustaz tu kate tidak mengapa kalau isteri nak mandikan jenazah suami..
ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"
selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu
dan aku sbg seorang isteri redha akn pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."
Ya Allah..menitis airmata admin terbaca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..
"Jika betullah kita sayang dia, tapi kita belum mampu jaga dia, maka bangunlah berjaga di malam hari minta Allah yang jagakan dia dulu buat sementara waktu."
petikan dari facebook 'Bercinta Selepas Nikah'
Selasa, 9 Oktober 2012
Khasiat Pisang
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh
MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan
jiwa,
kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan
pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin
dalam tubuh manusia,
yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada
otak dan mengimbangi kandungan air dalam
tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar
potassium menurun.
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari .
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari .
Pisang dapat
membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang
membaikpulih mood kita.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil .
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil .
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Isnin, 1 Oktober 2012
Dugaan Seorang Kakak
Aku anak yatim...anak sulung dari empat beradik yang semuanya perempuan...arwah abah pergi meninggalkan kami sejak tahun 2001..ketika itu hanya aku yang telah berumahtangga dengan 2 adik yang masih bersekolah..ketika itu seorang tengah menunggu keputusan SPM (adik ke-3) dan seorang lagi tengah menunggu keputusan PMR (adik yang bongsu )...semua belanja sekolah adik2 aku yang tanggung..sampai la sekarang ini adik ketiga aku tu telah berjaya menggengam segulung Ijazah dan menjadi seorang Akauntan dan yang bongsu walaupun tidak secemerlang seperti kakaknya dapat la juga genggam Diploma Pentadbiran Perniagaan...kalau abah ada tentu abah bangga...
Perkara yang paling mencabar kewibawaan aku sebagai seorang kakak ialah bila tiba masa untuk kahwinkan adik2 aku...adik yang kedua dah selesai pada tahun 2007, adik ketiga dah selamat pada 2010 dan tinggal yang bongsu...yang ini amat memeningkan kepala sebab si bongsu ni banyak la sangat cekadak...banyak la sangat songgehnye...masalah kami yang tidak mengenali keluarga pasangannya..takut kalau apa2 kemungkinan..dah la tak nak bertunang..ni nak terus nikah...dengan bajet pun berlari-larian..tak tentu arah...nak ditegur..asyik nak merajuk..asyik nak menangis...ketahuilah tujuan akak ni nak bagi elok..supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku di belakang hari...dah la nak kahwin dengan orang jauh nun di timur Semenanjung ..lagilah akak risau...mak dah tak tahu nak kata apa..hanya ikut cakap kakak ni...si kakak ni la yang kehulu kehilir minta pandangan orang sana..orang sini..bapa saudara dan sanak saudara...peningnya la kepala ini...orang lain yang nak kahwin kita lak yang tidak lena tidur...emmmm..dugaan..dugaan..dugaan..
Ya Allah permudahkan lah segala2nya....aminnnnnnnnnnnn........
Khamis, 27 September 2012
Sejarah untuk diinsafi kekurangan diri...
Entah mengapa hari ini memori lama mengimbau kembali..satu2 slide terpampang
di skrin mata ini..ada
yang aku suka..ada yang aku benci...tp banyak yang sedih...tanpa ku sedari
airmata bertakung di kelopak mata ini....ayat2 ini mencengkam
jiwa...
'Till for now dear, I try to conclude this note as I got difficulty of believing that I actually spend my wonderful 96000 second with someone I adored for 22 years! Love you so much, honey. Deep down my heart, I want to spend the rest of my remaining life with you even for a day as your husband! I want to take good care of you, your kids and your family and reimbursed you all the lost of love for all these years! Missing you so much! '
Di kala ini aku redha dan dengan penuh ikhlas untuk menerima apa sahaja dugaan hidup ini..Suami ku adalah suami ku kini..orang lain hanya sekadar kawan...Cintaku hanya kepada MU..krn aku percaya pada janji Tuhan...Kalau aku beri cintaku hanya kepadaMU nescaya aku akan dapat cinta seluruh alam dan isinya ..sesungguhnya ujianMu adalah tanda sayangMU.
Aku percaya pada janji Tuhan...UjianNya untuk hambaNya yang disayangi..Dia tak kabulkan doamu sekarang sebab Dia membuat persediaan untuk memberi kepadamu yang lebih baik...aku redha..dan keredhaan itu membuatkan aku terus hidup dalam ketenangan...
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
'Till for now dear, I try to conclude this note as I got difficulty of believing that I actually spend my wonderful 96000 second with someone I adored for 22 years! Love you so much, honey. Deep down my heart, I want to spend the rest of my remaining life with you even for a day as your husband! I want to take good care of you, your kids and your family and reimbursed you all the lost of love for all these years! Missing you so much! '
Di kala ini aku redha dan dengan penuh ikhlas untuk menerima apa sahaja dugaan hidup ini..Suami ku adalah suami ku kini..orang lain hanya sekadar kawan...Cintaku hanya kepada MU..krn aku percaya pada janji Tuhan...Kalau aku beri cintaku hanya kepadaMU nescaya aku akan dapat cinta seluruh alam dan isinya ..sesungguhnya ujianMu adalah tanda sayangMU.
Aku percaya pada janji Tuhan...UjianNya untuk hambaNya yang disayangi..Dia tak kabulkan doamu sekarang sebab Dia membuat persediaan untuk memberi kepadamu yang lebih baik...aku redha..dan keredhaan itu membuatkan aku terus hidup dalam ketenangan...
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
Tips Elak Sakit Hati
Dr. HM. Tuah Iskandar
Saya ingin berkongsi maklumat yang disampaikan oleh Dr. HM Tuah di segmen Motivasi Pagi di Radio Selangor FM pagi tadi. Beliau telah memberi 3 tips bagaimana nak elakkan rasa sakit hati bila org kutuk / mengata kita..
Pertama..buat tak faham, buat tak tahu, buat tak dengar...sbbnya bila kita buat2 tak faham kita tak akan fikir apa org lain kata...kita tak akan cuba mencari punca dan sebab yang hanya akan menyebabkan kita tambah sakit hati...kita buat2 tak dengar sbb kalau kita dengar kita akan terus mendengar dan ingin tahu apa lagi yang dikata juga akan memeningkan kepala dan menyedihkan hati...
Kedua..baca firman dan hadis yang sebut pasal umpat keji ni...hati pasti tenang..sbbnya semua pahala org yang mengumpat kita akan dapat kat kita dan semua dosa kita dia yang ambil...kan bagus gitu...
Ketiga..tingkatkan kerja 5x ganda...bila kita tambahkan kerja kita tak ada masa nak fikir pasal umpat keji org...motivasi pun bertambah..kerja pun meningkat...
Rabu, 26 September 2012
Jumaat, 21 September 2012
Rindu dan Kemaafan
Entah kenapa hati ini rindu sangat pada seseorang...potretnya ku lihat berkali-kali...seseorang yang pernah hadir dalam hidup ini...hadirnya sebagai seorang teman yang menceriakan suasana suram..teman yang berkongsi rasa dan perasaan..kini kau menghilang..seperti hilangnya butiran mutiara diantara pasir-pasir di pantai....aku terkesima..terasa seperti helang kepatahan sayap...yang terbang menjunam ke lembah...aku dibiar walau berbagai janji telah dimeterai...janji-janji yang dipahat dihati ini yang kau akan sentiasa disisi..usah diragu dan usah dirisau karana kau sentiasa akan menyokong dan memberi semangat..walau apa pun yang terjadi kau berjanji akan sentiasa bersama aku....tetapi janji-janji itu hanya tinggal ungkapan...hilang bersama semangat yang aku ada...terasa diri ini hanya batu loncatan..diri ini hanya untuk diambil kesempatan atas kelemahan yang ada...diri ini hanya barang mainan...terasa diri ini tidak berguna lagi..diri ini dihina manusia lain kerana apa yang kau telah lakukan...kenapa manusia2 ini sanggup melakukanya pada insan2 yang bergelar wanita..yang patut dibimbing..wanita yang menjadi pelengkap tulang rusuk lelaki...tetapi wanita ini dibuat seperti barang lelongan...siapa nak boleh masuk untuk dibida...walau serendah2 harga pun boleh di 'nego'.....aku wanita serendah itu!!
Itulah yang terjadi bila hati diserah pada manusia...sebab manusia bukan malaikat..manusia bukan Tuhan....manusia yang penuh dengan hawa nafsu...dan syaitan disekelilingnya hanya ketawa pada manusia2 seperti ini ( termasuklah aku yang tewas dengan pujuk rayu manusia /syaitan yang menyerupai manusia)..patutkah aku memohon maaf...akukah yang salah...biarlah aku yang mengaku..aku yang salah dari menyalahkan orang lain..biarlah aku yang memohon maaf dari mengharap kemaafan dari orang lain...orang lain yang tidak punya hati dan rasa...walau aku sendiri sudah tidak punya hati dan rasa!!!
Ya Allah..ampunkan aku...hanya kepadaMu tempat aku memohon ampun..hanya Engkau yang boleh memaafkan aku..siapalah aku disisi MU...Ya Allah MAAFKAN AKU....MAAFKAN AKU...MAAFKAN AKU....
Khamis, 20 September 2012
Rindu
Kenapa manusia tidak terlepas dari perasaan rindu? Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu yang sentiasa berada dalan ingatan / kenangan...itulah maksud yang ditulis di dalam Kamus Dewan...kalau seseorang itu tiada perasaan rindu bermakna seolah2 dia tiada perasaan..
tiada kenangan..dia tiada keinginan berjumpa seseorang yang sentiasa bermain di kotak fikirannya...mungkin si ibu atau si ayah di kampung..mungkin anak2 yang belajar di kejauhan..mungkin si isteri /sang suami yang ditinggalkan kerana hambatan tugas di perantauan..mungkin juga sahabat2 lama yang sudah lama tidak kedengaran khabar berita...mahupun seseorang yang pernah berkongsi bantal tilam kehidupan dengan kita tetapi telah tiada di sisi..sesekala hambatan kenangan mengimbau2..kadangkala hati ini berbicara alangkah bagusnya kalau lah kenangan yang tidak mahu diingat dapat dipadam dan di 'erase' dari kotak filem...pasti kenangan manis sahaja yang tinggal....tapi itu semua tidak mungkin berlaku kerana kenangan pahit mahupun manis perlu dalam hidup ini untuk dijadikan sempadan dan tauladan sebagaimana garam dan gula dalam makanan...
Rindu pada mentari yang bersinar..
Rindu pada Pencipta bila hati ini gundah gulana...rasa nak serah jiwa dan raga ini padaNYA..biarlah Dia nak buat apa pun..hati ini redha...kadangkala terasa suatu keajaiban..terasa ketenangan bila kita berserah segala-galanya pada DIA..hati rasa terubat..walaupun pada zahirnya kita tersiksa dan menangis terasa bagai hati ini dihiris2 dengan pisau yang amat tajam..tapi bila hati diserah padaNya...merintih padaNya...hilang segala masalah..terasa lapang...tahukah anda jika kita telah menjejakkan kaki di Masjidil Haram...berdiri dihadapan Kaabah...terasa diri ini amat kerdil sekali..terasa diri ini bertuah yang amat sangat dijemput menjadi tetamu di Rumah Allah..terasa siapalah diri ini..terasa nak peluk Kaabah tu..rasa tak nak dipejam mata ini..nak sentiasa memandang Kaabah...bila masa nak berpisah dan meninggalkan Kaabah..terasa suatu perasaan yang teramat sedih...sentiasa berfikir..bilalah lagi aku akan dijemput lagi..adakah masa lagi untuk aku kesini lagi...bila tiba di sini hati ini meruntun yang amat sangat..terasa rindu yang amat sangat untuk menatap Kaabah..hinggakan sejadah aku mesti ada gambar Kaabah...bilalah rindu ini akan berakhir..mungkin bila berakhirnya hayat ini....Wallahualam.
Khamis, 6 September 2012
Rabu, 5 September 2012
Isnin, 3 September 2012
Rabu, 15 Ogos 2012
KUASA BERSEDEKAH
Bersedekah lah..kerana ia mempunyai kuasa tersendiri...peristiwa yang saya alami sendiri...ada seorang staf saya berbangsa India...ditakdirkan suatu hari dia dimasukkan ke hospital kerana mengidap ulser perut...saya cadangkan pada dia untuk makan jeli gamat kerana ia telah terbukti cepat meyembuhkan luka-luka dalaman...disebabkan staf tersebut tidak tahu mana nak cari, jadi saya telah tolong belikan untuknya...dan saya beri secara percuma kepada staf tersebut..selang setengah jam saya dapat panggilan dari kawan baik saya dari Kelantan...katanya kepada saya "u nak tak susu kambing..i nak bagi free je ni sebab ada org yang tak jadi beli'...Ya Allah..saya teringat ubat free saya beri sbgai balasan Allah beri saya susu kambing free...
Satu lagi kuasa bersedekah ialah rezeki kita pasti bertambah..kerana hukum alam kita akan dapat apa yang kita beri..kasih sayang kita beri..kasih sayang juga kita akan dapat...ada satu cerita di pejabat kawan saya...kawan saya ni memang selalu tidak puas hati dengan bos dia...ada saja yang tidak kena dengan bos itu...walaupun perangai 'boss' memang begitu sentiasa arah sana..arah sini...tanpa memikirkan situasi kakitangan bawahan...sentiasa marah-marah..dan kadang kala kita rasa bos kejam dan tidak bertimbang rasa...sbb itulah kawan saya dan beberapa kawan-kawannya pun sentiasa merungut tentang bos mereka...tapi Alhamdulillah walaupun bos mereka berperangan 'boss'..tapi dia ni suka belanja makan, suka beri hadiah dan macam2 lagi...tambah-tambah masa-masa macam sekarang ni..debaran menyambut Hari Raya telah berkobar2...dipendekkan cerita kawan saya dan kawan-kawanya telah dapat brooch seorang satu, dapat kueh raya dan duit raya utk sesiapa yang ada anak bawah 6 tahun...kawan saya tu walaupun asyik kutuk bos dia..dia tetap ambil apa yang diberi...sampai dia sendiri berkata...baik la bos...terima kasih banyak2..semoga rezeki bos bertambah2 dan bahagia selalu...
Jadi nampak tak kuasa sedekah...kita akan dapat doa dari orang yang menerima sedekah tersebut...lagi ramai yang doakan kita lagi berkatlah hidup kita...berbanding dengan kita buat jahat pada orang kita akan sentiasa akan dikutuk dan hidup pun tak aman...
Marilah sama-sama kita bersedekah tidak kiralah walau hanya sepotong doa...
Isnin, 30 Julai 2012
HEMPEDU BERMADU
Banyak cerita-ceriti berkenaan suami-suami diluar sana yang tidak enak didengar...terutama yang berkaitan dengan poligami atau yang lebih teruk bila melibatkan kekasih haram..banyak isteri2 yang tertipu dengan temberang2 yang di hemburkan...sepatutnya seorang isteri hanya perlu taat pada suami kerana syurga di bawah tapak kaki suami...suami adalah tempat isteri sandarkan untuk mendapat syurga....walaupun perangai si suami macam jembalang..kita hanya tidak perlu taat pada perkara yang bertentangan dengan kehendak agama...bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang tenang dan redha untuk menghadapi sang suami yang berperangai jembalang ni?...jawapannya si isteri kena serahkan cintanya pada yang empunya cinta...pemberi cinta...bukan serah cintanya pada yang tidak punya apa2 tapi berlagak seolah2 cinta itu miliknya seorang...cinta pada Allah akan membuatkan hati kita tenang..kita mengadu..kita rindu..pada Allah..sebab janji Allah adalah benar dan suci..selangkah kita mendekatiNya 10 langkah Dia mendekati kita..kita tidak akan dibiarkan sendirian...kita tidak keseorangan..kita ada Penyelamat..kita ada Kekasih..kita ada segalanya sekiranya kita ada DIA bersama kita tidak kira dimana kita berada..Dia sentiasa menjadi teman yang melindungi...pasti hati akan tenang..kalau tidak percaya anda boleh cuba...
Di bawah ini adalah luahan hati seorang isteri yang merasakan suaminyalah segala2nya sehingga dirinya terseksa kerana memendam rasa..
MANIS
BERMADU
Kau lelaki yang bergelar suamiPulangmu meminggir rasa..
Berkocak ombak dada
Lautan jiwa bergelora
Tidak mampu setenang Tasik Cini
Tidak mampu setulus pelangi senjaPersis...
Sungai mengalir lesu
Tidak mampu mengairi rasa
Girangnya naga kepanasan
Dek perginya Sang Bedal kepenatan
Bicaramu manis bermadu..
namun nuranimu pahit terpalitUngkapanmu semanis kurma, bermadu melekit,
hakikatnya..
kalbumu selaut masinnya
terpahat di puncak ubun
niatmu masam bercuka
terpalit di pinggir lidah
matilah aku..
terjerut jantung rasa..
terbelit hati terbisa...
Khamis, 26 Julai 2012
Lambaianmu haruman mewangi
Meriuk lentuk mempersona dada
Menghalalkan yang haram
Mengharamkan yang halal...
Manusia cuba menongkat langit....
Walau diri tahu
Ia hanya meramas santan di kuku
Remaja yang memanjat bersengkelit
Gagah cuba memanjat dedap
Mudah mabuk di enggang lalu..
merajut badan jatuh tertiarap.
Yang dikejar tidak kesampaianRemaja yang memanjat bersengkelit
Gagah cuba memanjat dedap
Mudah mabuk di enggang lalu..
merajut badan jatuh tertiarap.
yang dikendong berciciran
Hanya kedengaran hiruk-pikuk
Membatu runtuh...
Gah diri hidup di perantauan
Sedang diri hanya merantau di sudut dapur
Pesan si nenek tua
Cubalah meraih pangkur ke dada
Usah dihambat kerbau melebuh
Usah menyurat di atas air
Kerana..
Tiada tali berpunca tidak berhujung..
Cubalah meraih pangkur ke dada
Usah dihambat kerbau melebuh
Usah menyurat di atas air
Kerana..
Tiada tali berpunca tidak berhujung..
Selasa, 17 Julai 2012
Ramadhan VS Perut



Punca penyakit adalah dari perut...berbagai penyakit akan hinggap bila pemakanan tidak dijaga..antara penyakit yang biasa dikaitkan dengan makanan yang tidak seimbang adalah penyakit darah tinggi, diabetes, jantung dan angin ahmar..Pengarah Jabatan Kesihatan dalam Berita Harian 17/7/2012 ada menyatakan 2.6 juta rakyat Malaysia disahkan mengidap diabetes...suatu angka yang amat mengerunkan...dan Malaysia adalah antara negara yang tertinggi mempunyai rakyatnya yang obesiti...Malaysia negara yang bertuah dan kaya dengan makanan...macam2 ada...tu la pasal jadi macam tu..bila makan mcam esok tak boleh makan...tambah2 bila tiba waktu berbuka puasa...betullah ada orang kata..kalau nak 'shopping'..jangan dilakukan ketika lapar kerana..semua benda nak beli..semua benda nak makan..macam tak dapat makan dah pada esoknya....
Marilah kita berbelanja ala kadar dan berjimat-cermat...agar hati, perut dan badan lebih sejahtera....aminnn
Jumaat, 13 Julai 2012
Malu -malu Kucing
Aksi malu-malu kucing...Si Jenah...
Si Jenah..nama diberi..alahai malu2 pulak...baru melahirkan 4 ekor anak yang comel2...tetapi hanya 2 ekor sahaja yang hidup...seekor namanya Hero dan seekor lagi namanya Conan...nama yang diberi oleh anak2 aku...sebenarnya bukan kucing aku pun..kucing jiran..saja je anak aku bg nama...pada hal nama yang tuan Jenah bagi lain...anak aku kata..nama tu tak best...aku senyum je..
Isnin, 2 Julai 2012
KESESAKAN VS KELENGANGAN
Jalan masuk ke bahagian pakir belakang bangunan Kompleks D, Putrajaya. Kelihatan kereta dipakir di kiri dan kanan bahu jalan. Hanya ngam2 muat kereta lalu..masalah ketika di laluan 'corner'..jalan yang sama untuk kereta keluar dan masuk..bayangkan sekiranya ada kereta yang hendak keluar ketika ini...salah seorang kena berundur sampai la ke tempat yang ada ruang utk laluan dua kereta..
Keadaan hari-hari biasa di belakang bangunan Kompleks D..menyesakkan mata dan hati...
Sebagaimana yang ramai sedia maklum kesesakan lalulintas di Putrajaya...bukan perkara baru...pendek kata kalau menginap di kuarters kerajaan ..masing2 kena bajet masa lebih setengah jam untuk sampai ke pejabat walaupun jarak rumah ke pejabat hanya 2 hingga ke 5 km...cuba bayangkan dari Presint 18 ke Presint 9 mengambil masa 45 minit..( kalau bukan hari bekerja boleh sampai ke destinasi dalam masa 15 minit ) ..terdapat 11 lampu isyarat yang terpaksa ditempuh!!
Gambar di atas merupakan cerita di Kompleks D yang menempatkan pelbagai Jabatan Kerajaan...JAKIM, SPRM, KDN, MOT, KSM...masalah memakir kereta amat merunsingkan...laluan dua hala dah menjadi sehala sebab kereta dipakir di kiri dan kanan bahu jalan..jalan masuk dan jalan keluar dari pintu Utama sahaja...keadaan bertambah teruk bila terdapat operasi2 yang melibatkan orang luar dan waktu hujan kerana yang bawa motor semua akan bawa kereta!!...kerisauan memuncak terutama bagi pekerja wanita apabila tiba bulan puasa...untuk sampai ke pintu keluar utama dari tempat pakir kadang kala mengambil masa hingga sejam!!!
Pelbagai perkhabaran kedengaran...berbagai cadangan diutarakan bagi menyelesaikan masalah tersebut..tapi hingga sekarang keadaan masih sama...tiada TINDAKAN...yang ada hanya SUNGUTAN, RUNGUTAN dan BEBELAN..terutama bagi kakitangan sokongan yang tidak layak mendapat tempat pakir di bawah bangunan...disuruhnya kami guna 'park n ride' dan 'car pool'...kalau kami ni tak ada anak..tak ada suami..mungkin boleh dipertimbangkan...tapi mana nak hantar anak sekolah, taska dan ada yang terpaksa balik waktu rehat tengahari untuk uruskan sekolah kafa anak2..!!
Rabu, 20 Jun 2012
PELUANG TRANSFORMASI DIRI
Pada 15 dan 28 Mei 2012 yang lalu peluang kepada kakitangan kerajaan untuk menyambung pelajaran bagi transformasi diri kearah lebih berpengetahuan telah terbuka luas dengan adanya kerjasama ( memorandum persefahaman) antara Institut Perakaunan Negara (IPN), Jabatan Akauntan Negara, CIMA, ACCA dan UITM.
Kelas pengajian CIMA dan ACCA yang akan dibuat secara separuh masa di Bhg. Pengurusan Audit Dalam, Jabatan Akauntan Negara, Presint 2, Putrajaya itu akan bermula Julai 2012. Adanya kerjasama seperti ini pastinya akan memudahkan kakitangan awam untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (' profesional course') tanpa perlu bersusah payah menempuh kesesakan lalulintas untuk ke tempat pengajian dan yang pastinya akan dapat mengurangkan kos pengangkutan serta kos masa. Ribuan terima kasih kepada Ybhg. Datuk Wan Selamah bt Wan Sulaiman, Akauntan Negara Malaysia.
Sesungguhnya budaya menuntut ilmu patut dipupuk tidak kira lah berapa usia kita sekali pun. Kemudahan semua telah ada di depan mata, hanya tepuk dada tanyalah iman dan ketuklah kepala tu dan tanyalah akal...jom kita belajar...jom kita tambah ilmu...
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita
tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan
saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan
saya ada dua ilmu...
Ahad, 6 Mei 2012
BANGUN BANGSA KU
Sayang seribu kali sayang..Bangsa Melayu yang dulunya penuh adab dan kesopanan hilang dek kerana kerakusan politik..rakus pada kuasa..apa yg ada sangat pada harta dunia..yang penting bagaimana kita menguruskan harta tersebut..semuanya akan ditimbang di Padang Masyar..
Wahai bangsa ku..kenapa perlu kita menyanjung dan mengikut tanpa bantahan kepada manusia2 yang hanya menunggu masa untuk menjahanamkan bangsa mu sendiri..bangsa Melayu jadi alat untuk memusnahkan bangsa Melayu sendiri..bangunlah bangsaku...hidupkan budaya menghormati semua bangsa yang ada di Tanah Air tercinta ini...agar keamanan dapat dikecapi seperti dulu..mengapa hendak di porakperandakan apa yang telah kita perolehi selama ini..hendak di bantah..??..bantah lah tapi ikut lah saluran yang telah ditetapkan, bukannya membabi buta..buat kerja macam orang tak ada otak..negara ada undang2..nak berdebat ..tiada siapa yang menghalang tapi kena ikut undang2..ditempat yang disediakan..pembangkang mmg diperlukan bagi mengimbangi apa pemerintah hendak, sedang dan telah dilaksanakan...bangkanglah dengan cara yang terhormat...
Sokonglah pemimpin yang dapat mengembalikan keamanan pada negara supaya kita dapat bekerja dengan aman dan selesa...bayangkan jika pemimpin yang suka 'berdemo' jadi pemimpin..masalah demo-mendemo akan bertambah2...Wahai bangsaku..tepuklah dada tanyalah imanmu..bertindaklah dengan secerdik-cerdiknya...terutama musin pilihanraya yang bakal menjelang...tunaikan tanggungjawab anda..
Khamis, 3 Mei 2012
Salam Mawaddah
Selamat ketemu kembali...ketemu siapa?..bertemu dan bertamu di alam maya...Alhamdulillah hayat aku masih panjang untuk kembali berceloteh di blog ini..aku sayang kamu...sayangnya aku kat blog ini..tempat luahan hati..tempat bicara jiwa..dikala hati dan jiwa dilanda lara...dikala hati dan jiwa diharumi bunga-bungaan..haruman cinta MU ..terima kasih Allah..di atas segala pinjaman MU...aku hargai dan akan terus menghargai..Mawaddah MU untuk ku...
Langgan:
Catatan (Atom)